Rabu, 1 April 2009

SAYA AHLI PAS


Sahabat saya Azlan paling banyak membantu PAS. Malah sekarang pun. Tetapi beliau tidak pernah hiruk-pikuk untuk menceritakan apa yang beliau lakukan. Saya tahu.

Maka dia menasihati saya, seraya meniupkan motivasi, “Kita tidak gemar menceritakan apa yang kita buat Dzul”.

Sahibun Niqab, orang yang menutup kepala. Agar orang tidak mengenali mereka tetapi mereka bekerja. Saya menghormati beliau. Beliau lebih komit membantu gerakan Islam berbanding saya.

Islam boleh dibawa dengan cara yang amat luas, menepati ciri Islam yang syumul. Bukan hanya Islam boleh dibawa dengan tarbiah dan turun kepada rakyat, malah Islam boleh dibawa melalui pembinaan generasi elit untuk menjadi pimpinan seperti Madrasah Qadiriyah yang membantu kesultanan al-Zanki.

Ada yang turun membela rakyat. Ada yang berada dalam gelanggang intelektual. Ada yang berdakwah kepada non-muslim. Ada yang menulis. Ada yang melukis. Ada yang bersastera. Ada yang mengajar.

Maka tidak boleh dikatakan future kepada guru-guru pondok jika mereka berada dalam lapangan ilmu dan tidak membela rakyat. Yang membela rakyat kemungkinan tidak mempunyai kemahiran memurnikan Islam dari sudut professional.

Maka tahniah kepada Datuk Paduka Prof Zulkifli Yusuf. Mungkin ada yang tidak menyukai beliau dan menyifatkan beliau tidak membantu gerakan Islam. Namun saya mengenali beliau dan apa jasa beliau sepanjang saya menjadi Presiden PMIUM.

Juga tahniah kepada Ustaz Zaharuddin walau sangat ramai memarahi beliau. Namun beliau dapat melakukan kerja yang belum tentu orang dalam PAS dapat melakukannya. Bahkan beliau lebih dikenali umum berbanding ulama dalam PAS. Salahkah beliau?

Ramai juga memarahi Ust Nazree dengan Gerak nya. Namun sedarkah kita, Ust Nazree bekerja dalam bentuk kerangka yang lain dan masih ramai lagi bekas pimpinan kampus yang tidak bekerja seserius beliau. Orang yang tidak bekerja tidak dikenali. Maka tiada kritikan untuk mereka.

Orang PAS sendiri pun, tidak perlu semua turun ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Bahagikan tugas masing-masing dengan bijaksana. Yang menjadi Ketua Pemuda PAS tidak semestinya lebih banyak bekerja berbanding orang yang berada di luar kerangka PAS.

Al-Qaradhawi juga berada dalam kerangka luar demi kemaslahatan dakwah. Beliau mengambil tugasan membela Islam di peringkat yang tinggi. Manakala ada juga yang membela jamaah dengan menampal poster. Tetapi apakah yang tidak menampal postre dikatakan tidak bekerja?

PAS adalah sebuah jamaah yang syamilah, namun malangnya masih ramai yang telah mendapat tarbiah yang tinggi tetapi berfikiran dalam satu skala sahaja. Maafkan saya…

9 Cadangan/Pandangan:

alfatonah on 1 April 2009 pada 10:12 PG berkata...

salam
maaf utk bakal kata2 yg akn an lontarkn
bkn ana mempertahan u.dzul tp apa yg dikatakan olh ust ada kebenaran..
renung2lh petikan kata2 dr HARAKAH ini:
"APABILA PAS MASUK KERAJAAN, MEREKA HANYA HENDAK FIKIR APA YANG PAS BLH DAPAT.KDG2 ORG KATA APA PAS BLH DAPAT,BKN APA ISLAM BLH DAPAT?"
renung2 kn....maaf utk kata2

Tanpa Nama berkata...

haha..ustaz dzul pn dah termakan provokasi kritikan agaknya..lastly mengaku ahli PAS

Tanpa Nama berkata...

ustaz.kalau bekerja untuk naikkan dato norza sebagai ketua pemuda umno dengan menjadi promoter kempen,berkempen untuk tan sri nor mohd yaaqub di bukit gelugur itu dikira kerja jemaah di luar kerangke ke?maaf ustaz. ana tidak prnh jumpe satu jemaah yang membenarkan ahlinya berkempen untuk lawan jemaah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Ustaz memang begitu..
ustaz memang banyak alasan...
ustaz memang banyak hujah...
ustaz memang banyak dalil...
ustaz memang banyak ilmu...
ustaz memang banyak bercakap...
ustaz memang banyak menulis...
ustaz memang banyak berfikir...
ustaz memang banyak berblog..
jadi banyaklah alasan ustaz untuk tidak buat kerja..
banyaklah alasan ustaz untuk tidak wala pada jemaah..
ustaz berpesan di kampus,jangan kritik jemaah secara terbuka jika ada sebarang masalah, tapi bila keluar kampus, ustaz kata, kenapa pimpinan tidak benarkan anak muda kritik secara terbuka..
USTAZ MEMANG BEGITU....

Tanpa Nama berkata...

NAK TAMBAH LAH...
Waktu di kampus juga, ustaz berpesan jangan buat kerja tanpa pengetahuan pimpinan, jangan wujudkan jemaah dalam jemaah, jangan hanya bercakap apa yang kita tidak buat, ustaz pun bacalah surah assof, celakalah orang yang bercakap apa yang tidak dia lakukan...
BILA KELUAR KAMPUS
Ustaz...........buat semua itu.
TAHNIAH USTAZ, GURU YANG BAIK.
USTAZ MEMANG BEGITU..
SAYANG USTAZ KU....

Tanpa Nama berkata...

USTAZ MEMANG BEGITU....
USTAZ MEMANG BEGITU.......
USTAZ MEMANG BEGITU.........
USTAZ MEMANG BEGITU...
BEGITU..BEGITU.. BEGITU..TU..TU..TU..TU..TU..TU

baidi berkata...

ustaz dzul x buat keje ke?

aik???? xkan xwat keje pun gamis dpt jd NGO? Kalo camtuh, ana pn nak tubuh 10 NGO la...sbb ana ni pun jenis x wat keje jugak...

Disiniku Mencari Sinar on 2 April 2009 pada 3:10 PG berkata...

ana nak nasihat kp sahabat2 yang mana suka mengkritik...tp kalau dikritik habis satu dunia dengar kesannya...
inilah sikap orng islam kita....
cbe kita tukar pemikiran kita supaya dapt menerima kritikan...dari kritikan inilah kita dapat menambahkan dan membaiki apa yang kurang..sperti kata2 TN. GURU NIK AZIZ..".setiap pembangkang dalam satu tanzim akan menunjukkan apa silap kita..."...kalau kita tidak silap orang lain tidak akan berbunyi...
kp ustaz dzul ana ucapkan tahniah n teruskan kritikan nta...krana dari kritikanlah kita dapat mengesan kelemahan kita....teruskan perjuangan ana akan terus menyokong...

MUJAHIDIN MUDA on 2 April 2009 pada 7:36 PG berkata...

kepada semua..maaf..

Ana rasa x perlu kita perlebarkan isu ini...ini secara x langsung akan membuka rahsia jemaah kampus..
cukup la setakat ni..
mana perginya sir, hazar n walaq....?

Ambil tindakan yang drastik.. Adakan satu sidang diskusi antara pimpinan gamis dan pimpinan PAS pusat bagi menyelesaikan kekeliruan yang boleh mendatangkan fitnah..jangan biar musuh mengambil kesempatan atas kelalaian diri kita semua.. banyak lagi kerja besar yang kita nak buat.. Ingat matlamat asal kita..

" syurga yang kita cari bukan untuk diri sendiri, tapi untuk semua umat manusia.. "

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE