Seseorang yang masuk ke dalam gerakan, tidak boleh mengharapkan dia dihamparkan permaidani merah. Itu yang disebut.
Permaidani merah merujuk kepada kesenangan, mahu dilayan dan yang seerti dengannya.
Di sana, kita perlu melihat dengan dua kaca mata. Sebagai ahli dan sebagai pimpinan. Sebagai ahli, tidak boleh mengharapkan permaidani merah. Tetapi sebagai pimpinan, mesti menghamparkan permaidani merah. Maksud saya, membuka ruang dan memberi peluang.
Semasa saya menjadi pimpinan PMIUM, kita tidak menyalahkan orang yang tidak terlibat dalam tarbiah PMIUM, tetapi kita mempersoalkan di mana dia penggerak tarbiah.
Kita tidak menyalahkan orang yang tidak mahu memposisikan diri dalam PMIUM, tetapi kita bertanya diri sendiri, kenapa kita tidak mengambil dia dan meletakkan dia dalam posisi terbaik.
Maka antara sebab futur berlaku adalah kerana seseorang tidak diletakkan dalam posisi yang betul. Pemimpin pula lambat untuk mengenal pasti kebolehan ahli. Atau jika sudah tahu, tidak mengambil tindakan segera.
Bagi saya, kesilapan pimpinan tidak mencatur posisi ahli adalah lebih besar berbanding kesilapan ahli yang tidak masuk dalam gerakan secara langsung.
Ada pandangan menyebut, bila masuk gerakan lebih besar, maka kena bermula dari bawah. Tidak kira sama ada ia pimpinan kampus atau tidak, mesti bermula dari bawah.
Tetapi pandangan ini akan melambatkan gerakan. Ia sudah menjadi pemimpin kampus yang pernah terlibat dalam perancangan mencatur politik Malaysia, tiba-tiba mesti bermula dari bawah. Ia pemikiran 10 tahun yang lampau.
Saya tidak menganut aliran pemikiran ini. Saya tidak bersetuju kita mengundurkan semula bakat orang yang sudah terserlah. Sepatutnya yang sudah ke depan, jangan diundurkan ia ke belakang dengan alasan mahu diajar dari bawah.
Sesungguhnya Nabi SAW memberikan posisi yang baik kepada Khalid al-Walid apabila beliau masuk ke dalam Islam.
7 Cadangan/Pandangan:
ana brsetuju dgn pendapat abg dzul
ana x trlibat secara langsung dalam gerakan kerana tiada kesedaran sebelum ni..
tp alhamdulillah Allah antar seseorang untuk menjadi naqib ana dan menarik ana untuk bersama2 brjuang..takbir 3x
tu la kite...
sering bndingkn dgn pjuang hebt...
nazree sehebt khalid al walid ke?
kalau dah jadi pimpinan kampus.. pastu rase bahawa diri ini hnya layak di tempatkan diposisi atas sahaje.... jadilah macam umno... berebut jawatan n kuasa.. sbb masing2 rase hebat..
bro.. sedar lah bro..kalu lame jadi pimpinan kampus..tp masih x paham perjuagan PAS..itu la yg menyebbkan mudahnye futur..
kalu nazre paham perjuangan ni... dia xkan masuk tinggalkan pas...walaupon tidak mendapat jawatan sekali pon.. dia akan tetap bersame perjuangn islam.. masuk gerak tp menentang islam buat ape????
nzre tu..rasuah belambaak dlm umno..tp parti kite jugak yg dihentamnye.;. ini lah pemuda gile jawatan
salam....Permaidani merah?
"Saiyidul qaumi khaadimuhum"(sebaik2 pemimpin kaum itu adalah khadam bg mereka)
Perlukah disalahkan pimpinan jika tidak mendapat jawatan?adakah kita benar sedar akan kesesuaian jawatan yang patut disandang?sehinggakan keluar dr perjuangan oleh kerana hal ini?ya, khalid al walid diberi posisi yang tepat oleh rasulullah, tapi beliau tidak pernah putus asa dari perjuangan walau dilucut jawatan semasa Saidina Umar sebagai khalifah...adakah saidina umar tidak mengenal akan potensi khalid al walid?
Wallahu a'lam..
Dzulkhairi
Anta tahu tak. Dalam PAS ni ada lebih kurang 800,000 orang ahli. 1/3 daripadanya ada degree. Bakat dan kebolehan dan keunikan ada pada masing-masing individu walaupun mereka bukannya Presiden PMI. Bukannya pimpinan Gamis. Mereka datang masuk terus dalam PAS dengan kemahiran masing-masing.
Nak naik dalam PAS, kenalah bersaing, bertanding. Menang dan kalah dalam pemilihan. Itu caranya. Sebab itu, jangan pelik dengan pertandingan dalam PAS. Sebab itu caranya. Mana ada main syura-syura dah.
dzul yang dihampar permaidani merah pun tak nak masuk.padahal lantikan bukan dimusim perlantikan jawatan,betapa istimewanya dzul.tapi tak masuk juga.mungkin tak layak di peringkat negeri, nak calonkan exco pemuda pusat terus kut...
nak tunggu permaidani kuning,sampai ampun tuanku sembah patik harap diampun, baru nak masuk...
nasaie
aik,nta pun bedal dzul.. tengok rapat sangat.nasihat la die pelan2.dzul pun satu,cerdik lah sikit berfikir..
kalu tak leh bandingkan dengan sahabat, nak banding dengan sape??ariel sharon ke??netanyahu??kenapa kena masuk PAS mesti dibicarakan mendapat jawatan??kate jemaah, anak2 tarbiyah die di kampus, ni masalahnya, maklumat parti tak ada..tak bagi jawatan pun, budak2 kampus ni laju je wat keje, cuma nak diposisikan, itu yang dibincangkan...dah tahu pas lemah tarbiyah, salurkan ke situ...
jangan nak sama tahap keimanan diri kita dengan semua org..mungkin kita sanggup bergaji sedikit disebabkan tangungjawab yang kecil..tapi sahabat yang banyak tangungjawab, kenapa tak ditangung bersama???semua masalah hmpuk atas muka sahabat kita tuh..tangung bersama..
memang budak2 mentah tak tahu pas bagaimana, pas penuh dengan agenda politik yang keterlaluan, isu nazree, nak salahkan die, kenapa tak ditanya kepada pas selangor???tanya pimpinan atasan, masalah ini sudah diketahui..jangan nak kutuk2, tambah dose je...
ingat juga, pas ini politik yang dahulu, dan sesiapa sahaja boleh menyertainya walaupun tidak ditarbiyah, hatta selepas menjadi ahli pun, tak ditarbiyah..tuh penuh dengan karat2 jahiliyyah....elemen tarbiyah diserap masuk dalam pas sekitar tahun 80-an, tapi org2 yang berjasa menghidupkan tarbiyah, semua ditendang sebab politiking melampau...
bahkan, ramai ahli yang ditarbiyah, meluat dengan sikap org2 politik melampau, demi menjaga diri, lebih baik tolong islam daripada luar...dah bincang dalam muktamar, langgar jugak keputusan, politiking...sape nak jawab???
Catat Ulasan