Isnin, 13 April 2009

RABI'ATUL ADAWIYAH


Saya tersenyum mendengar cerita Al-Zahir semalam. Seorang muslimah yang bertanyakan soalan, “Boleh ke ibadat sebab nak syurga dan takutkan neraka?”

“Bukan ke ibadat kerana cintakan Allah SWT?”

Dalil yang mereka gunakan pastinya ialah Rabi’atul Adawiyah. Beliau berkata dalam banyak segmen, termasuk syair, antaranya,

“Tidak aku beribadat kepadamu kerana takutkan neraka,
Dan bukan kerana tamakkan syurga”.

Saya ada banyak jawapan secara nas Quran dan Hadis untuk membalas balik jawapan ini. Malah ulama hakikat dan syariat telah membahaskannya dan mereka sudah bertemu dengan jawapan.

Namun kami tidak mahu berbicara dengan orang yang syadid dan orang yang keras kepala sehingga tidak mahu mendengar hujjah orang.

Antaranya golongan Rasul Dahri. Kemudian Salafiyah yang keras. Atau Khalaf yang beku. Atau sufi yang tidak mempelajari ilmu syariat.

Muslimah tersebut bagus. Beliau mencari jawapan. Panjang jawapan Al-Zahir dalam blog beliau.

Muslimah tersebut tidak mahu menggunakan pandangan ‘Aid al-Qarni dalam La Tahzan. Mungkin kerana al-Qarni salafi dan beliau mahukan keadilan. Beliau menggunakan hujjah Imam al-Ghazali.

Namun muslimah itu tidak perasan, bahawa al-Ghazali juga menyebut soal kemahuan terhadap syurga dan ketakutan kepada neraka.

Saya tidak berhajat memberikan jawapan. Saya mahukan kita berbincang dalam ruangan blog ini bersama-sama.

Cuma saya mahu mempersoalkan beberapa perkara.

1- Apa latar belakang Rabiatul Adawiyah?
2- Apakah dengan kemasyhuran beliau dalam bidang sufi, bukannya hadis dan fiqh menyebabkan kita menutup sebelah lagi mata kita daripada melihat pandangan ulama lain seperti Imam al-Syafei?
3- Apa maksud sebenar Rabiatul Adawiyah? Apakah hanya permainan bahasa atau serius?
4- Apa faktor yang mendorong beliau berkata begitu? Ini melihat kepada aspek zaman dan uruf.

Dan jika muslimah itu tetap dengan pandangan bahawa ibadat mestiah berdasarkan kecintaan bukannya syurga dan neraka, maka saya ingin melontarkan dua cabaran.

Ini tidak bermakna saya menyalahkan muslimah itu bahkan muslimah itu sangat baik kerana ia mencari kebenaran dan berhujjah atas nama kebenaran.

Cabaran pertama: Tolong datangkan dalil nas yang mengatakan soal cinta kepada Allah SWT, bukannya kerana syurga dan takutkan neraka.
Cabaran kedua: Tolong sebutkan, apakah tidak ada dalil yang mengatakan boleh ibadat kerana syurga dan takutkan neraka.

“Waqina ‘azabannar”

Maafkan saya…

3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Kalau tak silap saya, persoalan tersebut menjurus kepada ilmu tasawuf...

Betul Ustaz Dzul?

H.Faris on 14 April 2009 pada 5:32 PTG berkata...

sbenarnya byk dalil2 tersebut ddlam Al-Qur'an dan As-Sunnah. Dalil Aqli yg ana nk bg adlah satu analogi. apakah bodoh dan tidak malunya diri kita, sudahlah ayah kita sediakan utk kita rumah utk bteduh, kmudian dia mnggung sgla mkanan, minuman, pkaian dan sgala khendak kita cba di dilengkapinya. Ibarat menatang minyak yg penuh. Tiba2 dlm keadaan itu pula, satu permintaannya adlah dia nak suruh kita ke kedai mbeli nasik lemak berlaukkan bilis dgn menaiki basikal yg di belinya, cuma kayuh. tp anak ini meminta upah 50 sen utk dia tunaikan pmintaan itu.
Apakah layak anak ini bgelar seorng anak yg soleh?

perumpamaan:
1.Ayah=Allah
2.Anak=kita(hamba)
3.Keperluan hidup=sgla nikmat dunia
4.mengayuh basikal=beribadat spt
solat.
5.nasik lemak=syurga yg Allah
janjikan
6.duit 50sen=permintaan kita utk dptkan syurga.

analogi yg mudah yg ana kira bila kita tnya seorg budak kecil, dia akan mbalas yg anak td adalah anak derhaka dan tidak kenang jasa.

Walaupun begitu, perlu difahami, Allah tidak pernah melarang hamba2Nya beribadah kerana dorongan Syurga dan takutkan neraka.

tp bbeza bg gol Sufi yg sntiasa mjga akhlak dan adab sesama makhluk dan Allah, mreka amat menghalusi pkara ini...

Layarilah lautan kesufian sebelum kamu membuat sesuatu andaian...

maaf atas sgla komen, tp semata2 mbetulkan kfahaman sahabat2 dan sohabiah2 seperjuangan sekalian...

Ummu Jauharah on 14 April 2009 pada 9:49 PTG berkata...

salam,mengapa Al-Quran menceritakan syurga dan neraka?bukan hanya cinta kepada Allah dan sifat2 Allah?ibadat itu taat dan komitmen..untuk apa?ada kejayaan yang lain selain syurga sebagai balasan?ibadatlah,untuk kedua2nya,mendapatkan cinta Allah dan syurganya..tiada masalah..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE