Sabtu, 11 April 2009

bagi jela laki awak tu kawen lagi


Ust Fauzan mengeluh. “Kenapa ustaz,” tanya saya manja. Eh, mana ada manjanya. Saya bertanya dengan intonasi sederhana, takde manja-manjanya.

“Tula, ada muslimat sorang tu. Bagus. Berilmu tinggi. Pandai cakap Arab. Tapi takde orang lagi,” jawabnya sambil mememekkan muka. Lawa juga muka ustaz bila dimemekkan rupanya.

“Lawa orangnya,” tambahnya lagi. Ha, yang ni pantang orang laki dengar. Saya mula memasang telinga tetapi wajah tetap selamba supaya tidak nampak sangat gelojohnya.

“Berapa umurnya?” saya bertanya dengan berkarisma. “27 tahun,” balas ustaz Fauzan dan saya menarik nafas. Ala, tua dua tahun. Apa barang macam ni. Ingatkan muda lima tahun.

“Ada sorang lagi, umur 25. Juga lawa dan pandai,” ustaz menambah. Ala ustaz, yang pandai ke tak tu, biar je. Yang penting, lawa tu. Pandai ke tak boleh diajar. Lawa tak boleh dibentuk-bentuk. Agama pun boleh dididik.

Pandai je saya mengarut.



Ada seorang kakak tu pun, yang urus bahagian perkahwinan. Akak tu asyik mengeluh tentang perkembangan sahabiah yang belum berpasangan sedangkan usia terus memanjat-manjat. Kedut muka makin berhias.

“Ni la masalah laki. Pilih yang cantik je,” marah kakak tu. Berbulu telinga saya dengar.

Kakak tu tak perasan kot yang suami dia pilih pun sebab cantik. Geram saya balas. Dalam bab ni, lelaki je asyik dipersalahkan. Yang perempuan jual mahal tu, ha, tak salah pula?

Bukan ke perempuan yang cerdik ramai, lelaki kurang. Erm, penghuni neraka pun ramai perempuan. Saya dah mula geram. Saya Tanya balik akak tu, “Akak bagi la suami akak kawen dua demi dakwah,” ha, mula la kakak tu menggelabah. Tadi, sembang deras.

Bukan akak tu je yang pening. Bukan hanya Dr Kamar, Dr Ham, dan ustaz tu ustaz ni yang pening, malah ramai yang pening. Ust Mat nor kata, poligami pun tak jadi. Habis tu, macam mana?

Tok guru Nik Aziz kata, dia taknak poligami sebab Islam. Tok guru Haji9 Hadi kata, dia poligami sebab Islam. Habis tu, apa kata kita?

Ke perlu kita buat Ruangan mencari jodoh dalam Harakahdaily, atau mana2 gerakan Islam seperti Gamis, atau macam mana? Atau boleh kita syorkan nikah misyar dan mengambil pendapat Ibnu Abbas R.’Anhuma untuk nikah Mut’ah?

Entahlah, Aiman tak kisah…

Aiman je yang tak kisah, tapi Dzul kisah.

Saya bincang dengan kawan saya. Saya nak tahu apa perasaan dia. Dia muslimah, saya nak tahu apa pandangan muslimah.

Bukan nama dia muslimah, cuma jantina dia muslimah. Saya dah malas Tanya pandangan laki. Alan ke, sape ke, semua nak poligami. Entah2 ust hisom yang baru kawen pun nak poligami. Jangan marah ye, ust. Saya mohon derhaka.

“Sian muslimah yang tak kawen. Dia orang pun ada fitrah, keinginan, dan dia orang pun nak anak,” saya memulakan perbincangan.

“Tula, muslimin ni memilih sangat,” balas dia. Eh, disalahkan muslimin pulak. Asal bab kawen je, muslimin je salah.

Betul kata majalah Gila-gila, masalah lelaki bermula bila kawen dan masalah perempuan selesai bila kawen.

“Awat ustazh salahkan muslimin pula. Masalahnya sekarang muslimat ramai sangat. Ni bukan masalah ibu mengandung,” ikut hati saya, nak je kaum ibu ni beranak gilir2, yang pertama perempuan, pastu lelaki, pastu perempuan, pastu lelaki. Tapi mana boleh camtu.

Akhirnya saya tanya pandangan dia.

“Sian muslimah kita tak kawen lagi meskipun umur dah cecah 30 ke atas. Apa pandangan ustazah, kita bagi je mana-mana muslimin yang dah umur 40 tahun ke atas kawen dengan muslimah yang dah umur 30 ni?” saya bertanya.

Sebenarnya saya nak kata macam ni. Bagi je si suami meskipun baru berumur 30 lebih untuk kawen dengan muslimat yang juga sudah 30 lebih.

Sian dia orang. Nampaknya kawan saya macam setuju.

Maafkan saya. Mengikut ulama, kawen adalah tujuan mengharuskan wati. Ha, nanti jangan panggil nama orang “wati”. Maksudnya, maafkan saya, jimak.

Semua orang ada keinginan itu. Jadi bila tak ditunaikan, maka berlakulah zina dan sebagainya. Takkan la nak puasa tiap2 hari.

Perempuan pun nak bercinta dan dicintai. Mereka pun nak lahirkan zuriat. Mereka mampu bukan tidak mampu.

Malah mungkin yang tidak kawen ni, mampu untuk melahirkan zuriat yang lebih baik dan mendidiknya menjadi pahlawan agama yang terbilang.

Tapi payah jugak. Bukan dia orang nak bagi pun. Suami aku, milik aku lah. Bukan milik agama. Bukan milik masyarakat. Bukan milik orang lain. Bukan milik Tuhan. Fuh, payah macam ni.

Kalau kawen tetapi lelaki tidak mampu, tu suku kira. Kalau kawen tetapi perangan lelaki kurang elok, itu lain kira. Saya bincangkan tentang lelaki yang mampu.

Ala, lagipun demi dakwah dan ukhuwah, bagi je la. Jangan kedekut sangat. Kalau lelaki tidak mampu tapi baik, bagi je la. Buat konsep misyar. Tak pun, dua-dua kena hidup susah demi dakwah. Jangan salah guna sudah.

Nabi Muhammad SAW dulu pun,Khadijah tanggung dia. Saya tidak setuju dengan Dr Mustafa yang kata nabi SAW tanggung sebab memang Khadijah yang tanggung.

Lagipun semua isteri nabi susah sehingga diberi tawaran oleh Allah SWT. Nak nabi dan hidup susah ke, tak nak nabi dan hidup senang. Rumah mereka pun jarang berasap. Ha, susah, bukan tak susah.

Tapi sabar la. Ala, nak cemburu lebih-lebih pun, buat apa. Bukan suami kita tinggalkan kita. Dia sayang, Cuma dia lebih sayangkan kemaslahatan umum.

Kan kita dah belajar fiqh awlawiyat. Kesan yang besar dan berpanjangan lebih baik daripada kesan sikit tetapi tidak panjang. Betul ulama kata syarat kawen dua lelaki kena mampu. Tapi itu syarat umum. Syarat khusus untuk pejuang belum dibincangkan secara detail.

Sahabat Ansar dulu, cakap je pada muhajirin. “Nak mana satu, ambil la,” ha, bukan diorang simpan yang cantik dan tawarkan yang biasa-biasa. Dia kata, “Ambil lah nak mana satu. Lepas habis eddah, kawen la dengan dia”.

Saya bimbang ni. Dulu nabi SAW bagi kawen mut’ah dalam peperangan kerana ada dua sebab utama:

1- Sahabat jauh daripada isteri menyebabkan gejolak nafsu. Sedangkan tentera musuh, bawa perempuan simpanan dan pelacur kelas atasan.
2- Mereka dah lama terbiasa dengan budaya zina sejak jahiliyah. Jadi, payah bila berjauhan dengan perempuan.

Maka boleh Mut’ah. Syiah kata boleh sampai sekarang. Ikut say abaca, Ibnu Abbas R.’Anhuma pun kata boleh sampai sekarang. Ali RA marah sangat dengan Ibnu Abbas R.’Anhuma dalam bab ni.

Jadi sekarang faktor ke arah zina banyak. Kesian la perempuan tu. Takkan nak suruh dia tahan camtu je sampai tua. Takkan nak suruh dia puasa tiap2 hari. Kurusla dia. Hari Jumaat pun kena puasa.

Ala, bukan kita je baik. Ramai lagi orang baik. Tolonglah kawan kita. Dalam tamrin kita laung, “Kami adik-beradik”.

Ada dua orang kawan baik. Orang arab. Lepas kawen dia, rindu sangat dengan kawan dia. Maklumlah sentiasa bersama. Maka disuruh suaminya kawen dengan kawan dia pula. Wow, kan best macam tu.

Semua rasa cemburu. Aisyah R.’Anha pun cemburu. Pernah beliau curahkan bubur ke madu dia. Siap mengumpat madu dia Sa’udah lagi, Perempuan tu rendah dan gemuk”. Siap buat pakatan dengan hafsah lagi, sampai nabi SAW merajuk.

Umar RA yang garang juga yang pandai pujuk Nabi SAW. Tu pun secara sinis. Maklumlah orang garang.

Fuh, kalau saya tunjukkan pada isteri saya tulisan ni nanti, mau melenting dia.

Nasibla…








15 Cadangan/Pandangan:

najibah berkata...

salam.

ni penulisan ust sndiri atau pndangan org lg?

(perlu lebih berfikir dlm memahamkan penulisan org)

Tanpa Nama berkata...

betul..betul..betul...

Tanpa Nama berkata...

pendapat ana ya...time ana rasa semangat duk buat kerje dakwah tu ana rasa cam nak je sorang pembantu...dan pembantu ana u ana tak nak org lain, tak kan nak mintak bantuan adik kot sebab dia pon ada kehidupan sendiri ada family sendiri...sahabat sepjuangan mereka pon ada klrga n khidupan sndiri...nak tak nak nampak kena cari madu nh sbb family dia family kita time kta kuar bdakwah dia bantu kita urus rumah tangga...time dia kuar plak kta bantu dia plak...tapi ni semua angan2 kosong n ntara bbrapa benda yg ana terfikir...tp rasanya susah tk direalisasikan..angan2 jer...blajar pon tak habis lagi...tp alangkah indah andai kita mampu...

Tanpa Nama berkata...

salam..

ustaz perlu kahwin dulu rasanya. baru tahu macam mana

Tanpa Nama berkata...

Lelaki memang tak boleh dipercayai, hati-hati wahai wanita...

Dakwah GAMIS on 11 April 2009 pada 10:02 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

PAS Semakin Subur

Sengaja saya mahu menunggu sehingga Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gantang selesai untuk menjawab telahan seorang anak muda, Dzulkhairi, dalam blognya bertajuk 'PAS akan Berkubur'. Sebagaimana pepatah Inggeris menyebut "a picture illustrates more than thousands words", maka keputusan PRK tersebut menggambarkan lebih daripada itu. Keputusan tersebut mengesahkan PAS berada di landasan yang tepat dalam melansungkan tanggungjawab dakwah dan jihadnya. Amalan shura, adab al-ikhtilaf, amal jamai`i, intima' dan wala' di kalangan pimpinan dan ahli-ahlinya menjadikan PAS semakin subur mengharungi medan dakwah desawarsa mutakhir ini.

Hujah simplistik yang mengunjurkan PAS akan berkubur dengan berpremiskan penubuhan Akademi UMNO adalah terlalu rapuh. Adakah sekadar dengan penubuhan Akademi UMNO yang dipelopori oleh Saifuddin Abdullah, maka sendi-sendi kekuatan PAS lebih 50 tahun yang lalu akan lemah? Hebat benarkah bekas Penolong Pendaftar UIA ini yang naik ke persada politik di bawah ‘shadow’ Anwar Ibrahim? Kalau benarlah beliau sebagai faktor dominan yang boleh menguburkan PAS, maka PAS tidak perlu bersusah payah, cukup sekadar menugaskan YB Muhammad Hussin bekas Presiden PMIUM yang telah menenggelamkan pengaruh Saifuddin di UM awal dekad 1980-an dahulu.

Sekiranya Akademi UMNO itu yang dilihat sebagai faktor dominan menguburkan PAS, maka perlu dipertegaskan bahawa PAS itu sendiri bukan sekadar sebuah wadah tetapi juga sebuah madrasah, malah boleh disebut sebuah Jami`ah (universiti) . Bukan sedikit graduan yang lahir daripada ‘universiti’ ini, yang telah menyusup ke dalam semua sektor politik, sosial dan ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Para graduan ini begitu komited dengan falsafah ‘universiti’ yang telah dipasakkan dalam hati mereka, dengan tidak menafikan ada juga seorang dua graduan separuh masak yang cuba menerokai ‘laluan-laluan berliku’ dalam perjuangan. Hakikatnya, kini PAS bukan lagi wadah picisan sebaliknya semakin bersedia menerajui massa.

Salah seorang graduan PAS ialah Ir Nizar yang sebelum ini hanyalah seorang petugas setia PAS. Seorang yang sebelum ini hanya melakukan tugasan-tugasan pejabat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak. Jawatan paling tinggi beliau di peringkat Badan Perhubungan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Perak adalah Setiausaha, itu pun setelah Setiausaha sebelum itu melepaskan jawatan untuk melanjutkan pengajian PhDnya. Kadang-kadang Ir Nizar ini melakukan tugas-tugas yang lebih remeh, termasuklah menjadi pomen menukarkantayar kereta seorang lagi graduan PAS yang ketika itu menjadi pimpinan Badan Perhubungan Negeri Wilayah. Akan tetapi Ir Nizar kini telah dilihat oleh Anwar mampu untuk menjadi Perdana Menteri.

Apakah keistimewaan Ir Nizar? Kalaulah kerana pangkat Ir sebagai seorang jurutera professional, maka ribuan lagi mereka yang seumpama beliau di negara ini. Kalaulah kerana keupayaan beliau bertutur pelbagai bahasa, maka Mahathir Lokman seharusnya lebih hebat kerana beliau menguasai lebih banyak bahasa-bahasa utama dunia. Kalaulah kerana Ir Nizar boleh membawa majlis tahlil dan membaca talkin, maka ramai lagi tok-tok imam dan lebai yang mungkin lebih panjang zikir tahlil dan bacaan talkinnya. Tidak syak lagi, Ir Nizar dihormati kerana iltizamnya kepada perjuangan PAS yang menjadikan Islam sebagai teras. Beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang komited dalam perjuangan.

Tidak dinafikan beliau mempunyai ‘talent’ dan ketokohan, tetapi ketokohan itu tidak cukup untuk menjadikan beliau dihormati. Berapa ramai mereka yang mempunyai kelebihan seumpama itu tetapi apabila memisahkan diri dengan PAS, mereka tidak lagi dihormati sepertimana sebelumnya. Ustaz Nakhaie Ahmad adalah seorang yang begitu hebat, tetapi apabila memisahkan diri dengan PAS, beliau tidak lagi dihormati seperti sebelumnya. Dato Asri juga seorang yang begitu hebat, tetapi apabila memisahkan diri daripada PAS, menantu beliau sendiri Ustaz Jais Anwar tidak mengikuti haluannya. Malah tidak keterlaluan, sekiranya Tuan Guru Nik Aziz memisahkan diri dengan PAS, beliau mungkin tidak dihormati seperti hari ini.

Sememangnya PAS bukan matlamat, tetapi PAS juga bukan alat seperti yang didakwa oleh Saudara Dzulkhairi. PAS adalah saf perjuangan seperti yang disebut dalam surah al-Saff. Pas juga adalah Hizbulllah seperti yang disebut dalam surah al-Maidah dan al-Mujadalah. Pas juga adalah jama`ah dan toifah seperti yang disebut dalam hadith-hadith Rasulullah saw. Sememangnya matlamat sebenar adalah Islam, tetapi apakah mereka yang mempejuangkan tertegaknya matlamat itu boleh disebut hanya sebagai alat. Rasulullah saw yang memperjuangkan tersebarnya Islam disebut oleh Allah swt sebagai Rasul atau utusan, bukannya alat. Demikian juga, mereka yang menuruti jejak langkah Rasulullah saw memperjuangkan Islam disebut oleh Allah swt sebagai Hizbullah dan Saff, bukannya alat.

Alat berkemungkinan bersifat value-free, jadi nilainya bergantung kepada sesiapa yang menggunakannya. Sekiranya PAS adalah alat, maka PAS boleh jadi akan memperjuangkan Islam sekiranya digunakan ke arah itu dan boleh jadi mempejuangkan taghut jika digunakan untuk sebaliknya. Demikian juga dengan UMNO sebagai alat, berkemungkinan ia juga akan digunakan ke arah Islam sekiranya digunakan ke arah itu. Oleh sebab itu tiada beza antara PAS dengan UMNO, sebab kedua-duanya adalah alat. Inilah fikrah yang cuba diterapkan oleh Saudara Dzulkhairi seperti yang diperolehi dari tulisan-tulisan di blognya. Sedangkan bagi kami, PAS sebagai Hizbullah dan Jama`ah tidak bersifat value-free tetapi value-added.

PAS sarat dengan nilai-nilai kebenaran kerana terasnya adalah al-Qur’an dan al-Sunnah. Oleh sebab itu, PAS tidak mungkin salah disebabkan terasnya adalah Islam, yang mungkin salah ialah pengikutnya. Apabila Saudara Dzulkhairi menyebut dalam tulisan-tulisan di blognya bahawa beliau mahu berada di pihak yang sedia mengkritik sesiapa sahaja yang salah tidak kira PAS atau UMNO, maka jelas sekali beliau berpegang dengan pegangan PAS adalah value-free. Bagi saya PAS tidak mungkin salah, sebaliknya yang mungkin salah adalah pengikutnya, manakala UMNO tidak mungkin benar, yang mungkin benar adalah pengikutnya. Fikrah inilah yang kami dukung menurut silibus ‘universiti’ PAS.

Oleh sebab itu, pengikut PAS yang melakukan sesuatu yang salah, melakukan kesalahan dalam perjuangan yang benar. Pengikut UMNO yang melakukan sesuatu yang betul, melakukan ‘kebetulan’ dalam perjuangan yang salah. Maka sebagai seorang yang hendak menegur dan mengkritik, di manakah Saudara Dzulkhairi hendak tujukan. Apakah kritikan itu hendak ditujukan kepada PAS atau pengikut PAS? Apakah kritikan itu handak ditujukan kepada UMNO atau pengikut UMNO? Fikrah seperti inilah yang turut didukung oleh ABIM dan JIM dalam melihat PAS dan UMNO. Bagi mereka, mereka adalah non-partisan justeru menyokong sesiapa sahaja yang benar, dan menegur sesiapa sahaja yang salah.

Bagi ABIM dan JIM, PAS dan UMNO boleh jadi benar dan boleh jadi salah. Yang menentukan benar atau salah itu ialah mereka. Dengan pengertian lain yang sentiasa benar adalah mereka. Demikianlah juga Saudara Dzulkhairi, beliau mahu menyokong sesiapa sahaja yang membawa kebenaran sama ada PAS atau UMNO, dan menegur sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan sama ada PAS atau UMNO. Yang menentukan kebenaran dan kesalahan itu adalah dirinya, maka dengan pengertian lain dia sahajalah yang sentiasa benar. Fikrah non-partisan seperti ini bagi saya tiada tempat dalam PAS, dan beliau tidak perlu berada dalam PAS dengan fikrah tersebut. PAS tidak pernah rugi kehilangan tokoh seperti ini sebagaimana Dato Asri dan Ustaz Nakhaie.

Sebagai sebuah Hizbullah dan Jama`ah PAS bergerak berpandukan al-Quran dan al-Sunnah dengan para ulama sebagai penyuluhnya. PAS iltizam dengan semangat shura dan muhasabah. Pimpinannya menjadikan solat hajat dan solat istikharah sebagai ikhtiar terakhir untuk mendapat petunjuk daripada Allah swt setelah berazam dengan melakukan shura. Dengan dibarisi oleh para ulama yang tersohor di negara ini dan mereka bergantung harapan sepenuhnya kepada petunjuk Allah swt, saya terasa malu untuk mengkritik mereka melainkan secara tertib melalui saluran yang betul. Marilah kita mengikut resam padi semakin berisi semakin tunduk, bukannya mengikut resam ayam bertelur sebiji riuh sekampung.

Tanpa Nama berkata...

dzul, kami nak senarai muslimat yang sanggup bermut'ah..setakat umur 27 jer..ok x? yang cun-cun jela..

geng kalabul malami..

Tanpa Nama berkata...

salam,
i'm happy reading ur blog..
n i like ur writing style also..
penuh dengan dakwah n diselitkan dgn sedikit sense of humor..

teruskan berdakwah!!

saya tidak menolak poligami tapi biarlah dengan cara yang betul..

Ummu Jauharah on 13 April 2009 pada 3:22 PG berkata...

Salam,alhamdulillah,ana belun nikah,tapi hadiah yamg akan ana janjikan pada suami ana adalah isteri kedua,kerana ada byk hikmah berpoligami,kita faham,cuma keluarga tak fhm..tak ape..

Tanpa Nama berkata...

bagi jela laki awak tu kawen lagi...

lelaki, jgn la memilih pompuan cantik je...ooo, kalu bab2 cantik demo cepat...

pompuan pun jgn la terlalu pickky smpi yg dkejar x dapat.. yg bekenan ke dio xse blako.

Tanpa Nama berkata...

Muslimin dapat kahwin 4...
Muslimat pula hanya dapat 1...
Muslimat bertambah beban 4 ganda...
Muslimat berkurang beban 4 ganda...

Setelah dikira...
Untungnya jadi muslimat...

Tanpa Nama berkata...

kenapa mesti lawa? dan apa definisi lawa pada ust?

Tanpa Nama berkata...

lelaki jangan nak tipu...sure pilih lawa.
perempuan pulak,jgn nak tipu kalo org yg tak berkenan tu tolak,wpn akhlak baik...nak jugak yg tu...
Hidup ni,ada org susah nak dapat jodoh tapi dia senang kat lain Allah beri,ada org senag dapat jodoh,tp Allah bg susah kat lain...kn banyak doa

Tanpa Nama berkata...

kepada PAS semakin subur..anda memang bersemangat membela PAS..tetapi orang macam andalah menyebabkan PAS semakin lemah..anda bagaikan ayah yang terlalu manjakan anaknya..tetapi dzulkhairi bagaikan seorang ayah yang sayangkan anaknya dengan peringatan dan pukulan serta disiplin untuk menjadikan anaknya seorang yang berguna...yang pasti saudara dzulkahiri turun berkampung untuk membantu kemenangan PAS di BUKit Gantang..bukan menunggu untuk menyatakan PAS terus subur...dengan hanya memberi duit kepada PAS dan tenaga pada kerajaan taghut...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE