Saya berasa seronok dapat berbincang secara umum semalam. Ia dihadiri seorang pensyarah UKM yang saya rahsiakan namanya. Meskipun saya ada berbeza pandangan dengan beliau, namun saya tidak mahu leretkan.
Apapun, pemikiran beliau dengan saya, amat berbeza dari sudut kualiti. Saya menyanjungi beliau.beliau ternyata berpengalaman. Ya, dari sudut yang berbeza itu, biasa.namun dari sudut yang lain, beliau ternyata mengagumkan.
Mungkin cara orang lan memerhatikn beliau, berbeza cara saya menganalisis beliau. Saya sentiasa memikirkan, bagaimana beliau boleh berfikiran begitu? Ia pasti melalui satu dimensi pengalaman yang sudah lama dan berkembang.
Saya mempertahankan lelaki semalam dalam perbincangan. Muslimat ternyata ghairah memperkatakan bahawa ramai penggerak kampus dari kalangan mereka. Malah dengan ’ego’ tersendiri, mereke menempelak secara halus muslimin.
”Sudahlah sedikit, tidak berkualiti pula”.
Saya pula melihat dalam konsep dan bentuk berbeza. Nature dan culture tarbiah menyebabkan muslimat mendapat tempat sedangkan muslimin kurang. Tabiat muslimat suka mendengar dan jarang melawan.
Suka berbincang dalam usrah halaqah.baik dan lembut. Menjaga ukhuwah meskipun ramai yang berpecah dan iri hati. Tidak kita memerhatikan muslimat, apabila selesai ahaja sesuatu perjumpaan, mereka akan menghabiskan masa yang lama untuk berpeluk-pelukan dan bertanya khabar?
Maka nature sebegitu mengizinkan mereka untuk taat dengan kepimpinan dan menjadi penggerak. Sedangkan muslimin tidak. Mereka lebih suka kepada perkara yang radikal dan happy. Mereka bukan suka sangat mendengar kata orang kerana mereka punya ego tersendiri.
Lantaran nature gerakan bukanlah berminat sangat dengan orang begitu, sebaliknya lebih menggemari orang yang baik, maka jumlah penggerak muslimin tidak ramai berbanding muslimat.
Ia berbeza dalam peperangan. Maka muslimin menjadi perancang. Dalam demo, muslimat hanya menuruti sedangkan muslimin yang menggerakkan. Inilah bezanya. Maka awas, meskipun saya menyanjungi muslimat dalam banyak hal, tapi saya mesti menyedarkan cara mereka berfikir yang kian nampak ’egoistik’.
Kita memahami fitrah. Orang perempuan lebih kepada emosi manakala orang lelaki lebih kepada ego. Saya kadang-kadang geram dengan muslimat yang sibuk mengata muslimin ego. Kalau mereka jadi orang lelaki, mereka pun akan marah jika dikata mereka ego.
Ego ni perangai orang lelaki. Mereka tidak suka dikatakan lemah. Maka tidak bolehlah orang perempuan macam merendah-rendahkan lelaki walau dengan perkara remeh seperti terlalu suka memberi nasihat. Memberi nasihat tidak salah. Tetapi bila terlalu suka memberi nasihat, ha, tu yang nak kena tu.
Dengan ego la lelaki menjaga perempuan, memberi nafkah dan memberi makan minum. Tidak suka meminta dan melindungi meskipun diri tidak berdaya. Mereka menunjukkan kekuatan demi membela golongan lemah perempuan.
Manakala perempuan pula dengan emosinya. Maka salah juga jika lelaki menyalahkan emosi mereka yang lebih-lebih, sehingga suka membebel dan bayak bercakap. Depan kita baiklah. Belakang, nah, ambil kau. Bila bertemu sesama diorang, apa diorang tak buat. Cubit pipi la, tarik telinga, tarik rambut, memekik sana sini, itu perangai perempuan.
Maka kena saling memahami. Saya ingin ingatkan golongan muslimat, penggerak kalangan anda ramai. Dan anda ramai.
Jika anda katakan muslimin, ”Dahla sedikit, tidak berkualiti”.
Maka saya ingin katakan kepada anda, ”Harap orang je ramai, tapi menyusahkan”.
Apa perasaan anda?
21 Cadangan/Pandangan:
bgs
dpt menyedarkan muslimat
tq
bagus ustaz... tapi saya tertarik dgn kata2 ust yg lelaki nie ego dan tak ramai yg suka dgr nasihat sekaligus myebabkan ahli gerakan dr kaum adam peningkatannya agak lembap nak dibandingkan dgn kaum hawa.. ustz pernah menjalankan beberapa aktiviti spt kem al-fateh kan? di samping majlis yg ke arah ilmiah, kenapa tak gunakan cara yg sama nak menarik perhatian muslimin? (cuma sekadar cadangan untuk menambahkan ahli muslimin kerana rasa tercabar dgn kata2 egois muslimat yg ust sebutkan)
wah! hebat ulasan. tak Amerika laa...kalu nk kata muslimat "ramai je lebih,tapi menyusahkan"..muslimin kenalah ramai utk x bg menyusahkan.
fikir2kan...
terima kasih ustaz atas provokasi yang dicetuskan dan berjaya menyedarkan muslimat...hmm,muslimin bila nak sedar?:)
Yang benar,
Insyirah?
Ana sangat setuju dengan posting ustaz kali ni.tetapi sebagai muslimin,ana rasa kita kena ambil positif dgn komen muslimat ni.ego biar bertempat..sama-sama kita pikirkan cara untuk kita ramaikan kader muslimin.
wooww..sedare..
Orang lelaki ni bukannya ego sangat, kalau tak kena caranya, egonya terserlah lah. Biasa la sifat lelaki, jadi pandai2 lah pujuk. " apa yang penting? kerjasama "
ego sangat ke muslimin?????
ana tertarik dengan pandangan ustaz bila bercakap soal nature dalam proses pentarbiyahan seseorang..
tapi apakah perlu bagi kita untuk melayan nature2 yang ada ini. klu begitu keadaannya..ana rasa nature bagi muslimat2 yang suka bershoping, tengok hindustan, cerekarama, baca novel perlu diteruskan..alangkah indahnya dunia khayalan yang terpaksa muslimat korbankan bagi melayan muslimin2 yang kononnya bernature ego, suka main game, berdemo, cakap berdegar2..baca komik n selebihnya tidur memanjang..
ini fitrah, tapi bila masuk jemaah, semua nature2 tu perlu dikorbankan...ana kira muslimat banyak yang berkorban sikap manja, lemah lembut, control ayu dan yang seumpama dengannya..takkan muslimin tak bleh berkorban ego anda..
"mengalah tidak beerti kalah". ana bersetuju dengan kata "ego membentuk karisma" tapi tak guna nampak berkarisma klu tak wat keje..
assalamualaikum wbt.
akhi, ana setuju apa yg akhi sebut, cuma ana nak tempelak skit komentar2 yg diberi terhadap artikel. seolah2 mengada2 dan lebih2...terutama tanpa nama...
sorry to say bro.
Hairan betul, ni la kalau fikir orang lain sama seperti kita sedangkan hakikatnya tidak sama. Maka mulalah nak salahkan satu sama lain. Lelaki dan perempuan amat berbeza, masing2 mempunyai kelebihan dan kelemahan, janganlah lihat pada kelebihan atau kelemahan sahaja. Itu tidak penting, yang penting masing2 faham peranan masing2, FAHAM....
SaLam ~~
Hmmm...menariik. Tak ada yang beTul dan tak ada y saLah.
Kan baiik kalau kiTa sumer dapat BEKERJASAMA dengan baik dan mengamalkan TOLAK ANSUR...
Tak kira muslimin ke musLimat...sama saJe...
salam, muslimin ke muslimat ke sama je . muslimin dengan egonya muslimat dengan emosinya. tu sebab allah jadikan manusia berpasang pasangan untuk saling melengkapi aantara satu sama lain.
tak perlu dipersoalkan , perbincangan ini adalah bias.
terima jela. kalau dah takleh terima sangat muslimat wat hal muslimat muslimin wat hal muslimin. habis cerita. banyak lagi perkara yang lebih besar perlu dibincangkan.
Assalamualaikum,
Ana tersenyum sendirian ketika membaca..em, muslimin atau muslimat, masing-masing akan cenderung kepada diri sendiri..maklumlah keadaan yang kita alami yang membentuk pemikiran kita. Bila muslimin melalui environment musliminnya,maka itulah pandangannya, dan begitu juga muslimat..
Susah ya nak menghuraikan siapa itu muslimin dan siapa itu muslimat,sebab tulah perlunya ada slot khusus semasa induksi mengenai kerjasama antara muslimin dan muslimat.Em, walaubagaimanapun teguran dan nasihat ustaz itu sangat baik untuk memperbaiki diri. Tapi haruslah kita ingat, muslimin dan muslimat itu diciptakan berbeza..jadi mana la boleh jadi "serupa"..kalau dah jadi "serupa", maka terbaliklah dunia.
sama bukan bermaksud serupa
adil bukan bermaksud sama rata
penulis hanya penulis
penulis bukan penghukum
pandangan tetap pandangan
mungkin ade hujah
atau mungkin sekadar pandangan dangkal dari insan bergelar manusia.
salam...
ape2 pun yg kta lontarkan kpd sesama muslimin dan muslimat, kita sebenarnya dlm proses membentuk satu gerakan yg mantap.
yg paling2 penting adalah, sucikanlah hati2mu.
Jika hati itu elok, maka eloklah seluruh anggota.
sikap manusia normal adlah yg mpunyai 10 sifat2 mahmudah. maka buangkan 10 sifat2 syaitoni dgn mentakhliahkan Hati kita.
Ada benarnya posting ustaz ini..
Kadang2 muslimat perlu disedarkan..
jgn asyik rasa diri power, mentang2lah diorg ramai...
pas2 muslimat kalo bab ukhwah mmg fail! sbb diorg tlalu sensitif n mudah trasa ati..mcm muslimin x bape kesah sgt psl prasaan2 ni..
muslimin tetap selamba walau ego skit2...
apapun, pd pndgn anda, siapa lagi power? muslimin atau muslimat?
salam..
lama tak komen kat blog ni..sekadar pengamatan yang ana nampak pada posting2 yang ustaz berikan kat sini..
if posting berkenaan dengan gender atau pasal insyirah atau yang berkaitan dengannya, ramai sangat yang respon
tapi klu posting berkaitan dengan proses pertarbiyahan, mekanisme dakwah dan aktiviti gerakan, tak ramai yang respon...
kenapa ya???adakah ini budaya berfikir budak jemaah hari ini??
sama2 kita fikirkan..
salam...
baru ana faham fitrah lelaki...dulu pun ana faham..
tapi ana pelik...rasulullah pun lelaki,umar alkhattab pun lelaki dan sangat terkenal dengan kelelakiannya dan ketegasannya..umar abd aziz pun lelaki...tetapi kenapa mereka boleh ego bertempat?dan siapa mereka disisi aktivis muslimin?kisah hidup dan coretan peribadi mereka sekadar bahan bacaan??
bila muslimin menunjukkan kelemahan..dua effect pada muslimat..satunya menunjukkan kehebatan...ruginya turut jadi lemah pun ade(yang ok pun jadi ko kerana hal ni.ana cakap perkara benar)..bile muslimin menunjukkan kehebatan sebagai sebagai aktivis muslimin..satu je kesan pada muslimat...turut bersemangat uk berjuang..muslimin pilihlah nak jadi yang mana..ana tak kata semua muslimin lemah dan ana rasa yang berkata sedemikian yang menyebabkan ust dzul mencoret post ni pun tak bermaksud pada semua muslimin...mgkn post ni hanya tuk membuktikan ukhuwah sesama muslimin...huh...hati2 us...ukhwah begini boleh menyebabkan aktivis muslimin di kampus pupus lantaran keegoannya..
Muslimat....
Perjuangan di kampus hanya sekadar idealisme, keluar kampus nanti, itulah yang sebenarnya...
muslimin muslimat, dua dua ade klebihan masing2, manfaatkanlah,
satu lagi ana setuju dgn sumone kat atas, bila post pasal gender, ramai plak, kalo tarbiyah n yg berat2 kurang cket, munkin kurang ilmu kot, so banyak2 la tambah ilmu, tok guru nik aziz, every time membaca, sentiasa dapat ilmu baru,...
kalo ukhuwah x setel ag, khatam n fahamkan balikBUKU; MAZA YA'NI
rukun usrah,
1 taaruf
2 tafahhum
3 takaful
tp x semestinya kena taaruf dlu baru nak takaful, ketiga tiga ni fleksibel...fikir2fikir la....
Catat Ulasan