Khamis, 9 April 2009

AKTIVISME


Saya sudah mengalami perubahan radikal dalam pemikiran. Entah mengapa saya jadi begini, saya sendiri tidak mengerti. Saya sering kali berasa malu mengenangkan diri saya yang lepas.

Yang pasti, ia bukan salah tarbiah PMI. Tarbiah yang saya lalui dah cukup bagus. Cuma mungkin saya yang lambat dan lembap, menyebabkan prestasi dan perkembangan saya bagaikan kura-kura yang berjalan.

Dulu saya antara orang yang tidak percaya dengan sistem pendidikan sehingga saya boikot pengajian. Saya tidak memberikan tumpuan yang baik dalam pengajian dan saya tidak suka kepada pensyarah yang hanya pandai bercakap.

Saya membenci suasana itu. Saya adalah seorang yang berminat untuk menjadi pensyarah namun saya menolaknya kerana jiwa saya tidak ke situ. Saya tidak mempedulikan tentang peperiksaan meskipun keputusan saya berada dalam paras yang agak memuaskan.

Saya tidak suka. Itu retorik bagi saya. Saya ada menganut aliran tersendiri dalam bidang pengajian. Namun sekarang saya berubah.

Saya juga tidak suka kepada pemikiran Dr Ishak Suliaman. Bukan saya tidak sukakan beliau, tetapi corak pemikiran beliau. Namun kini saya menerima beberapa bentuk pemikiran beliau. Soal disiplin dan kekuatan ilmu, rupanya itu teramat penting.

Mungkin saya lembap sangat untuk memahami suasana. Atau saya berada dalam alam yang lain ketika itu.

Saya menganggap, aktivis yang turun kepada rakyat, itu yang terpenting. Namun kini saya makin memahami, bahawa setiap orang ada kekuatan dan keinginan masing-masing. Mereka berada dalam posisi yang sesuai dengan kebolehan mereka.

Pensyarah dalam bidang ilmu, membuat kajian, membentuk generasi masa hadapan serta mencorak suasana ilmu di kampus. Gunanya, melahirkan pemimpin bermaklumat masa hadapan. Mereka mungkin tidak pandai membuat risalah untuk kesedaran rakyat, tetapi petani, peladang, demonstrater dan lain-lain, juga tidak mampu melakukan kerja yang mereka lakukan sekarang.

Yang penting adalah, bagaimana gerakan Islam menggunakan intensif sebaiknya untuk menarik orang sebegini serta memberikan ruang yang terbaik kepada mereka.

Bukannya dipersalahkan sahaja mereka.

Setiap orang ada ruang aktivis masing-masing. Dr Ishak sekarang, malah dua tiga tahun lepas lagi bersungguh untuk meningkatkan jihad ekonomi. Maka itu satu ruang aktivisme bagi beliau. Beliau bukan tidak menyumbang, malah yang mengenali beliau akan mengetahui, bahawa beliau menyumbang dan tidak kedekut.

Yang penting, jangan suka dan mudah salahkan orang dan ingatlah, setiap orang ada kemampuan dan kecenderungan masing-masing.

7 Cadangan/Pandangan:

-pendidikhati- on 9 April 2009 pada 6:16 PG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
-pendidikhati- on 9 April 2009 pada 6:19 PG berkata...

assalamualaikum abang dzul yang disayangi..

ana sgt gembira bace entri terbaru abang dzul ni...

semoga boleh membetulkan kembali segala tenggapan yang tidak menyenagkan dari pendokong dan penyokong gamis..

ana sentiasa dibelakang abang dzul.. insyaallah


hidup2

takbir!
Allahu akbar

Bisa Biasa-Biasa on 10 April 2009 pada 1:47 PG berkata...

salam..

sahabatku dzul,
ana gemvbira dengan perubahan corak pemikiran nta yang sangat syadid dan sekarang telah menjadi sangat best..selamat menyambung pelajaran sahabatku..

abu awazim..

syabi(hasbi) berkata...

Salam dzul...kaifahaluk???
betul la 2 dzul...
Islam itu kan indah...
Kita perjuang Islam pun pelbagai cara..
Ada cara politik..ada cara akademik..aktivis.Yang penting bekerja untuk islam.Cikgu PASTI pun kita anggap pejuang islam jugak.Semua tu kita perlukan.Oleh kerana itulah kita perlu lebih terbuka menerima cara masing-masing..Untuk wujudkan kesepaduan Islam.
Antalah penentu jalan pilihan..

Ummu Jauharah on 10 April 2009 pada 9:19 PTG berkata...

Salam,ye benar,semua ada ruang aktivis masing2 menjadikan Islam itu universal dan versatile..

Tanpa Nama berkata...

tahniah. anda semakin matang. ramai penuntut universiti terlalu bangga dgn persatuan masing2. tapi sebenarnya mereka hanya berligar2 di dalam kelompok mereka shj. fikir2 kan lah.

Tanpa Nama berkata...

tahniah. anda semakin matang. ramai penuntut universiti terlalu bangga dgn persatuan masing2. tapi sebenarnya mereka hanya berligar2 di dalam kelompok mereka shj. fikir2 kan lah.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE