Saya telah mengendalikan beberapa daurah sebelum ini. Cara saya mengendalikannya adalah mudah. Saya bercakap dalam 60 peratus dan yang lain-lain adalah bertanya pandangan, soalan, dan juga menguji ilmu dan kefahaman.
Biasa saya bertanyakan tentang hadis. Namun malangnya, ramai yang tidak menghafaz hadis. Mungkin hadis ghuraba’ dan yang berbaur jihad sahaja dalam kepada mereka. Itu pun teramat sedikit.
Al-Quran apatah lagi. Ini kerana kebanyakan daripada ahli gerakan banyak bergantung kepada surah al-Saff, atau ayat berkaitan bai’ah dalam surah Muhammad.
Apabila saya meneruskan pertanyaan berkaitan sirah nabi dan sejarah para sahabat, maka yang tercengang semakin ramai. Saya ada menyebut kepada beberapa golongan, “Jangan marah jika orang tidak mengenali kita, lantaran kita sendiri tidak mengenali generasi sahabat”.
Ini suatu nasib baling yang menimpa ahli gerakan. Al-Quran dan hadis diturunkan dan dituturkan untuk semua umat Islam. Bukan hanya untuk yang mengambil pengajian Islam. Maka, saya mencadangkan agar pihak yang menguruskan tarbiah mengambil berat perkara ini.
Saya mencadangkan, agar program latihan menekankan soal bacaan al-Quran. Tajwid dan sebutannya. Tergagap atau tidak. Soal suara sedap atau tidak, itu tidak penting. Kemudian diminta menghayati hadis dan juga sirah.
Apabila seseorang dapat memahami kebanyakan daripada salur galur sirah, maka barulah kefahaman kita kukuh dan jernih, jauh daripada sebarang anasir yang memburukkan.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Alhamdulillah..betul tu ustaz...baru ni kami buat tamrin al-fateh untuk sahabat2 kami...banyak pengajaran dari sirah rasulullah,para sahabat serta sirah perjuangan tokoh2 Islam kami dapat...pengajaran sirah cukup banyak untuk diambil dan dijadikan contoh dalam menggerakkan gerakan Islam hari ini..subhanallah...sehinggakan saya sendiri menanam satu semangat untuk mengkaji ilmu2 sirah...
salam,alhamdulillah.ana setuju pendapat anta,ana terkejut tgk aktivis minum air sambil berdiri,sedangkan Rasulullah ajar kita untuk duduk,berapa ramai ahli gerakan yang bersugi?entah2 kayu sugi pun tak pernah tgk,kita kata je beriman pada al quran dan sunnah,tapi tak amalkan..yang simple pun tak praktik.adab makan,bercakap,semua tu Rasulullah dah bagi guideline,kita je tak nak ambik tahu..benarkan?
Catat Ulasan