29 Jun 2009: Saya mahu semua ahli Gamis memahami apa dia dasar perjuangan Pas. Saya ingin berterus terang kali ini, bahawa Gamis lebih mengagumi Pas berbanding Umno yang kaya dengan corruption.
Mengapa mesti Gamis memahami dasar perjuangan Pas? Ini kerana saya sangat yakin, orang yang ditarbiah dalam kampus semestinya menjadikan Pas sebagai landasan perjuangan mereka. Maka saya tidak bersembunyi lagi, bahawa saya mendokong Jamaah Islam ini. Gamis terus dengan non-partisan namun hati saya tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.
Saya ada beberapa cadangan yang ingin saya perhalusi:
1) Saya mengharapkan agar semua ahli Gamis tidak lagi memanggil Pas sebagai parti. Ini kerana panggilan itulah yang menyebabkan ramai beranggapan Pas hanyalah sebuah parti. Saya cadangkan kita panggil Pas sebagai Jamaah Pas. Ini kerana Pas adalah jamaah sedangkan parti dan politik hanyalah antara elemen perjuangan Pas.
2) Belajar dan memahami dasar perlembagaan Pas secara serius. Mesti menjadi kritikal dalam memahami dan sekiranya suatu masa kelak perlu diislahkan, kita islahkan. Saya amat tertarik dengan pandangan Tuan Guru Presiden yang menegaskan, kepimpinan bersetuju dengan keahlian non-muslim namun kesediaan peringkat ahli nampaknya kurang.
3) Ahli Gamis hendaklah memahami apakah tarbiah dan sumber tarbiah dalam Pas. Ini kerana saya sangat yakin, tarbiah Pas adalah yang terbaik. Memahami tarbiah Pas bermakna kita cuba memahami dasar tarbiah yang terbaik dan paling diyakini. Dalam hal ini, dengar sahaja pandangan Ketua Pemudanya. Biarlah tarbiah itu difahami melalui pimpinan yang berkelayakan.
4) Ahli Gamis harus merapati pejuang Pas bukan hanya pimpinan. Berkenalan dengan pimpinan menambahkan jiwa besar. Berapat-rapatan dengan ahli, menambahkan kasih sayang dan pengalaman. Rapatilah Ketua Unit Amal. Saya mengagumi beliau. Ahli Gamis UM mesti mengenali siapa dia Abang Zamri dan Abang Man Burger.
5) Ahli Gamis mesti mengetahui apakah perkembangan semasa dalam Jamaah ini. Hadiri muktamar, mengenali pimpinan utama sebagimana kita mengenali peranan malaikat yang sepuluh, tidak menjauhkan diri daripada mereka, membaca Harakahdaily dan membeli akhbarnya dan sebagainya.
6) Ahli Gamis hendaklah sentiasa mendoakan kebaikan Jamaah dan pimpinan tertinggi khususnya dan semua ahli Pas umumnya.
Namun janganlah ini membuatkan ahli Gamis sudah mula bersifat kepartian. Maksud saya, Pas diambil kampus dibuang. Aulawiyat kita sekarang ialah kampus. Maka pemerkasaan kaderisasi dan siasah serta dakwah kampus mesti dilaksanakan.
Juga janganlah sampai terus mem’block’ kita daripada menjalinkan hubungan kerjasama dengan sesiapa sahaja termasuklah Umno. Bekerjasama dengan Umno tidak bermakna bersetuju dengan Umno. Tetapi ini menunjukkan semangat Gamis sendiri yang bersifat merentasi parti.
Malah Pemuda Pas sendiri yang jelas di dahi mereka Pas pun menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Umno sekalipun. Namun sebagai ahli Gamis yang cerdik-cerdik, fahamilah dengan teliti apakah maksud kerjasama itu. Jangan pula disalah tafsirkan, jangan pula suka menghukum sedangkan kita tidak faham.
Kata YB Solahuddin dalam harapannya kepada kami, “Biarlah Gamis bergerak dengan kaki sendiri.”
2 Cadangan/Pandangan:
assalamualaikum, akhi Dzul..
Ana sangat bersetuju supaya PAS tidak dikenalkan sebagai PARTI, tetapi sebagai sebuah JAMAAH...Terutamanya kepada adik2 yang mengikuti tarbiyyah di kampus, yang ada segelintir di kalangan mereka yang agak NGILU dan TAKUT apabila disebut tentang PAS yang hanya dikenalinya sbg PARTI PEMBANGKANG.
namun, lebih penting untuk para ahli berbaiah terlebih dahulu betul2 faham bahawa PAS merupakan sebuah JAMAAH.
dan tidak kurang pentingnya untuk memahamkan sahabat2 daripada jamaah lain tentang perkara tersebut.
allahu'alam..
Assalamualaikum...
ana nk buat pembetulan sedikit...
PAS adalah sebuah gerakan Islam, bukan setakat jamaah sahaja...
Catat Ulasan