29 Jun 2009: Saya mengucapkan tahniah kepada beberapa rakan saya termasuk Saudara Nasaie yang telah berjaya menjalankan ekspedisi mendaki Gunung Ledang. Mungkin pahit disengat lebah, tetapi ia merupakan pengalaman dan ikatan ukhuwah yang tidak terjangkau.
Barangkali PAS Lembah Pantai akan berubah rentak, menjadi lebih baik. Itu keyakinan saya. Ini kerana Islam sudah terkedepan, maka semestinya Gerakan Islam turut terkedepan. Jelasnya, kebangkitan Islam adalah disebabkan kesungguhan angkatan dakwah menjalankan kegiatan dan aktiviti secara serius.
Saya dan beberapa sahabat bertemu Tuan Guru Presiden di rumah beliau pada Jumaat lepas, 22 Jun. pertemuan yang memakan masa hampir satu jam setengah penuh dengan suasana ukhuwah, antara ayah dengan anak. Kami membahasakan diri Tuan Guru sebagai ayahanda Tuan Guru.
Diajukan satu soalan kepada beliau yang zahid. Rumahnya yang kosong dan ‘kemiskinan’. Berdekatan dengan masjid sebagaimana Mursyidul Am dan Ketua Dewan UIama. Kitab memenuhi rak, banyak sekali dan mencuri perhatian saya.
“Pas hanya dilihat sesetengah orang sebagai parti bukannya jamaah. Antara isu yang dibangkitkan ialah Pas tidak begitu peduli dengan isu liberalisme, agama anak dan sebagainya.”
Tuan Guru dengan tenang menjawab, bahawa Pas serius dengan kegiatan dakwah. Tuan Guru sendiri menyuarakan pandangan berkaitan agama anak dalam pertemuan majlis raja-raja. Dalam isu liberal juga begitu. Malah Pas sendiri turun ke lapangan masyarakat untuk membantu orang yang miskin.
Saya gembira mendengar ulasan Tuan Guru. Padat dan sarat. Perangai Tuan Guru mudah. Bila ditanya, jawapannya ringkas tetapi padat. Seolah-olah beliau mengerti, kami ada banyak persoalan jadi jawapan harus diringkaskan.
Ya, saya sangat mengerti tabiat Pas. Ia ada banyak kekurangan berbanding Umno. Pertama, Umno ada harta, Pas tidak. Umno ada media primer, Pas tidak. Umno ada upah untuk diberi, Pas tidak. Umno ada kuasa besar, Pas tidak. Satu yang Pas ada ialah, jiwa untuk jihad.
Saya sangat mengerti keadaan sebuah partui yang miskin harta tetapi kaya jiwa ini. Sesungguhnya Pas tidak bergantung dengan duit lain melainkan duit poket ahli. Saya mengharapkan banyaklah derma kelak dalam muktamar.
Tuan Guru miskin. Tiada apa-apa di rumahnya. Entah-entah, Tuan Guru pun mungkin tidak lepas nisab untuk mengeluarkan zakat. Salahkah Tuan Guru miskin sedangkan Islam mengajar umatnya mesti menjadi kaya.
Bagi saya, langsung tidak salah. Ini kerana Tuan Guru boleh jika ingin menjadi kaya tetapi Tuan Guru sudah memejamkan matanya daripada melihat harta dunia.
Ayah Chik buta. Ayah Chik kudung. Ayah Chik jahil.
Benar. Ayah Chik buta daripada melihat dunia, tetapi mata hatinya terang benderang. Ayah Chik kudung daripada melangkah ke era kekuasaan menindas rakyat. Ayah Chik jahil unjtuk melakukan kezaliman. Ya, Ayah Chik langsung tidak pandai berlaku zalim.
Ayah Chik hanya tahu berkhidmat. Ayah Chik hanya tahu berjuang. Ayah Chik tidak pandai boros. Ayah Chik jahil dalam bidang itu. Ayah Chik hanya hidup untuk ilmu dan jihad.
Saya ingin sahaja menangis melihat Tuan Guru. Tua, namun jiwa muda.
Akhir pertemuan kami, saya merapati Tuan Guru sambil menggenggam tangannya seraya berkata,
“Tuan Guru, ana berbai’ah akan memperjuangkan Islam. Doakan ana,” sambil memeluknya, dan sekerdup wajah tua itu tersenyum.
2 Cadangan/Pandangan:
Selamat datang saudara dzul.. ruang perjuangan terbuka luas
mamat.com
masha'Allah.. akhi..
ana penah jumpa tuan guru di rumah beliau suatu ketika. itu pun bersama keluarga ana. tapi ana xmengambil peluang untuk bersoaljawab.. ruginya.. bila baca entry anta, ya akhi.. rasa tersentuh.
disebalik kemewahan dan kelicikan pihak lain, presiden kita pula kekayaan ilmu dan licik dalam ruanglingkup jihad fisabilillah.
teruskan semangat juang. ana juga berbai'ah untuk bsama2 bgerak dlm pjuangan aqidah Islamiyah.
" ana berbai’ah akan memperjuangkan Islam. Doakan ana.."
Catat Ulasan