Rabu, 27 Mei 2009

MENGKRITIK PRESIDEN TIDAK SALAH


28 Mei 2009

Semalam kami jumpa YB Solahuddin. Ada beberapa perkara yang kami bincangkan. Saya mengajukan dua persoalan kepada beliau. Berkaitan persoalan kedua, tahulah saya bahawa saya sedikit berbeza pandangan dengan beliau.

Namun saya boleh sifatkan, beliau lebih bersikap berhati-hati dan kaya dengan pengalaman. Saya berharap sangat, bahawa perbezaan pandangan antara kami adalah perkara biasa dan sunnatullah. Beliau sendiri berkata, “Berbeza pandangan tidak mengapa”.

Saya turut berbeza pandangan sedikit dengan ustaz Ramadhan berkaitan dengan manhaj tarbiah. Saya lebih menyenangi pandangan Pengarah JKS. Ia lebih sesuai dengan jiwa saya. Namun saya memahami, Ustaz Ramadhan ada bentuk pemikirannya dan saya juga begitu.

Bagi saya, tidak salah berbeza pandangan dan inilah sifat kepemudaan yang disyarahkan oleh YB Solahuddin semalam.




Perbezaan pandangan adalah melambangkan kekayaan bentuk pemikiran dan percambahan idea. Malah pemikiran berkaitan dengan masa depan dan manhaj itu sendiri. Termasuklah yang menyentuh soal status quo.

Namun tidak ramai yang berani menyentuh kemuliaan status quo. Masih ramai yang selesa dengan bentuk yang sudah betah dan terbiasa. Bagi saya, apa salahnya jika kita mencuba yang baru.

Ustaz Mad Sabu Junior sering menyebut pandangan ulama, “Gabungkan perkara lama yang soleh dengan perkara baru yang bermanfaat.”

Baik, YB Solahuddin menyebut soal anak muda yang berdarah panas dan agresif. Beliau secara tegas menyebut, bahawa kita mesti berani memberikan pandangan. Beliau sendiri sanggup berbeza pandangan dengan Presiden Parti.

Salahkah beliau berbeza pandangan dengan Presiden? Langsung tidak salah. Inilah dinamika. Lemahkah Presiden apabila ada yang mempertikaikan pandangan beliau? Langsung tidak lemah. ini perkara biasa.

Kata Dr Zulkifli Ahmad, perbezaan pandangan menambahkan kemuliaan parti dan Presiden. Presiden langsung tidak lemah apabila pandangan ditolak. Itu perkara biasa. Pandangan nabi SAW juga ada yang ditolak. Pelik sangatkah? Langsung tidak pelik. Langsung tidak aneh.

Yang tidak boleh ialah apabila kritikan yang cuba menjatuhkan. Jika kritikan membina, tidak mengapa. Namun ramai yang tidak mampu membezakan antara kritikan membina dan menjatuhkan.



1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam akhi..
kita pernah bersama tika liqa pimpinan pelajar Islam YIK di MT pulau chondong.. ana dari SMU Hamidiah Padang Lepai, Kadok.. waktu itu ana baru tingkatan 2.

ana baru je melayari blog anta.

ini blog ana :sham86.wordpress.com

ana tidak pernah ada usrah, dan ana menyakini bahawa tidak semestinya dengan usrah je yang dapat melahirkan pimpinan islam yang berkualiti. ada telah mepratikkanya. bagi ana, hanya ilmu yang menjadi asas kepada segala2nya..

teruskan perjuangan.. sirrul ala barakatillah..

sham86.wordpress.com

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE