Saya pernah memasang impian. Ia tidak pernah surut sehinggalah sekarang. Saya ingin membentuk satu kesatuan antara semua kolej Islam yang ada di Malaysia.
Dulu saya mengharapkan agar muslimat memiliki gerakan tersendiri. Secara dalaman ia adalah Gamis namun ia menggunakan platform lain secara luaran. Saya menyatakan pengharapan saya itu kepada Rafidah dan lain-lain.
Mereka berjaya melaksanakannya dan akhirnya mereka menubuhkan Sigma dengan gagasan MP3.
Mengapa perlu kesatuan antara semua kolej Islam di Malaysia. Saya ingin menyebutkannya dan saya mengharapkan agar semua menilainya dan memberikan pandangan.
Pertama, saya ingin sekali melihat kesatuan wujud kalangan pelajar agama dan mereka tidak terpisah dengan blok kampus dan kenegerian. Maka ketika itu tiada lagi KIAS mahupun Insaniah ataupun Kuis, sebaliknya yang ada hanyalah satu kesatuan.
Kedua, ini adalah kesatuan kalangan ulama mahasiswa. Selama ini Gamis hanya memberikan respon dari sudut politik banyaknya tetapi tidak dari sudut keagamaan dan hujjah yang baik. Maka diharapkan ulama mahasiswa ini akan merancakkan suasana yang ada.
Ketiga, saya ingin melihat para ulama mahasiswa bekerja bersama dalam satu gelanggang sebagai satu latihan kepada mereka. Kelak, merekalah yang akan mewarisi tempat-tempat keagamaan dalam negara termasuklah Mufti dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Keempat, saya ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa boleh juga memberikan respon dari sudut keagamaan dengan hujjah yang baik. Ilmu tidak menurut kepada kadar umur.
Kelima, saya juga mengimpikan agar mereka menjadi solution terbaik dalam memberikan pandangan terhadap permasalahan remaja yang kian tunggang-langgang.
Keenam, diharap dengan kesatuan ini, akan menjadi satu force dan front yang akan menjadi badan pendesak atau penasihat kepada kerajaan dalam menyelesaikan masalah Islam di Malaysia. Maksud saya, menurut kaca mata anak muda.
Ketujuh, mereka akan menjadi penasihat agama kepada Gamis agar dengan itu keberkatan akan sentiasa mengiringi Gamis. Bahkan merekalah yang diharapkan dapat menyemai kekuatan ruhiyah kalangan ahli Gamis dan menjadi penegur dan penasihat.
Kelapan, saya ingin sekali mereka berasa lebih bertanggungjawab untuk menjadi solution terhadap permasalahan yang wujud. Maka dengan rasa tanggungjawab yang tinggi itulah akan menyuburkan gerakan anak muda Islam.
Kesembilan, saya ingin menimbulkan rasa gerun kepada musuh Islam. Betapa kalangan anak muda yang ada sekarang, mereka sudah bersedia untuk mengisi ruang keagamaan dan mendidik anak bangsa menjadi penganut Islam yang baik.
Kesepuluh, saya mahu mereka mengisi ruang kekosongan yang ada dalam gerakan ulama. Merekalah yang akan ke depan untuk memberikan press statement, pressure group secara profesional, membuat penulisan dan sebagainya.
Kesebelas, mereka yang akan menambahkan kekuatan gerakan Islam yang sedia ada. Bayangkan jika gerakan ulama mahasiswa yang biasanya agresif membantu gerakan yang lain, maka kekuatan itu bertambah layaknya bagaikan “nurun ‘ala nur”, atau cahaya atas cahaya.
Saya sudah menghubungi beberapa pimpinan besar kolej-kolej Islam dan merancang untuk mengadakan konvensyen bagi penubuhan gerakan baru ini. Saya terasa ingin mencadangkan Kedah sebagai tempat pertemuan kami.
Ia pertemuan terbuka, bukannya tersembunyi. Semua bahkan seluruh negara boleh menyaksikannya. Saya tidak menyembunyikan rasa ingin memperjuangkan Islam daripada khayalak bahkan saya ingin menzahirkannya tanpa berselindung lagi.
Maka ketika itu, saya ingin melaungkan kepada mereka, kita tidak pentingkan nama mahupun jawatan, atau gelaran. Saya tidak langsung kisah jika ummah tidak mengenali siapa kita asalkan mereka mengenali Islam.
Biarlah nama kita tidak tersohor di dunia asalkan malaikat menyanjung-nyanjung usaha kita. Biarlah kita tidak terkenal asalkan Islam yang terkenal.
“Kita akan menjadi akar kepada sebuah pokok. Orang hanya nampak buah tidak nampak akar. Namun akarlah yang mengukuhkan tunjang pokok”.
7 Cadangan/Pandangan:
Salam warahmatullah,
Adzeem.. Kagum hambo lihat dari jauh. Semoga niat dan keazaman yang ikhlas membuahkan hasil yang melekat padanya Barokah.. Ameen=]
Subhanallah...hebatnya pemikiran seorang mujaddid muda seperti ust.Dzul...ibaratnya, pelapis dewan ulama' bakal wujud dalam GAMIS...Mantop...Harap juga kesatuan seluruh golongan profesional diwujudkan dalam GAMIS...Mereka ini boleh menampung dari sudut pengurusan dan berganding bahu dengan kesatuan ulama muda GAMIS tersebut...
Izad,
InsyaAllah, KUIS bersedia mmenjadi tuan rumah konvensyen.
Maaf Ust Dzul, ana teringat satu kata2 filosofi bila ana terbaca artikel ni lagi sekali.. "People who think out perfect plans defintitely have too much flaws" i.e. "Orang ysng berteori/merancang sesuatu yang tampak sangat sempurna sebenarnya mencipta sesuatu yang penuh dengan kecatatan" Harap ia membawa manfaat
SALAM...
ANA BERSETUJU DAN MENYOKONG,MOGA MENDAPAT BANTUAN ALLAH S.W.T
ALLAHUAKHBAR!!!
MAHASISWI INSANIAH
Salam alaikum...
Subhanallah... lama dah ana nak suarakan pada pimpinan mengenai hal ni. namun belum punya kesempatan bertemu ustz. Khilaf ana hanya menunggu..Subhanallah Ustz juga memiliki fikiran yang sama... ANA SANGAT3 MENYOKONG.. Ya!!! Ulama' Mahasiswa kena bersatu untuk memggempur blok2 pemikiran sekularisme dan memberi penawar kepada penyakit2 dan maksiat yang semakin menular di Malaysia khasnya dalam kalangan anak2 muda.. SEMOGA USAHA MURNI INI DIREDHAI DAN DIPERMUDAHKAN ALLAH. MARI KITA LAHIRKAN SEMULA HUJJATUL ISLAM DI MALAYSIA!!!! TAKBIR!!!
Saya menyokong penuh serta merakamkan penghargaan kepada Presiden Gamis
Ustaz Dzulkhairi Md Noor dengan pembaharuan yang bertujuan menyatukan kolej-kolej Islam di bawah satu gerakan yang beridentiti tersendiri.
Cadangan Konvensyen Kolej-kolej Islam yang menghimpunkan IPT Islam seperti KUIS, KUIN, KIAS, KISDAR Perak,KIPSAS, dan seumpamanya dilihat mampu ‘membesarkan’ peranan ulama’ seperti yang disaran oleh beliau melalui 11 matlamat yang telah digariskan.
Bahkan saya sendiri amat berbangga jika pertemuan pertama ini diadakan diKUIS yang sememangnya bersedia pada bila-bila masa untuk bekerjasama dengan Gamis bagi penganjuran konvensyen tersebut
Saya juga amat tertarik dengan istilah ‘ulama’ mahasiswa’ yang digunakan. Ia merupakan satu istilah yang baik, yang cukup membantu memperkasakan gerakan mahasiswa itu sendiri sebagai kelompok yang boleh diharapkan bagi membantu mengatasi permasalahan yang sedang dialami dari golongan mudamudi masa kini.
Salah satu contoh permasalahan yang hangat diperkatakan ialah bohsia(habuan/hadiah mat rempit yang memenangi lumba haram motorsikal) . Disinilah peranan sebenar 'ulama' mahasiswa' untuk berdepan dengan bohsia dapat dilihat melalui pelbagai pendekatan dan kemahiran sebagai seorang daie untuk menyelamatkan madu’ (bohsia) daripada terus memilih jalan hitam.
Justeru saya berpandangan adalah wajar jika boleh, gelaran ulama’ itu diberikan oleh masyarakat dan mahasiswa selepas menilai peranan dan sumbangan yang diberikan.
Sebagai contoh Tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang walaupun membawa imej tuan guru dan kepimpinan ulama’ dalam peperintahan negeri kelantan, namun gelaran tuan guru dan ulama’ bukannya datang dari diri beliau sendiri tetapi ia datang dari pengiktirafan rakyat negeri Kelantan yang setuju bahawa beliaulah Tuan Guru dan ulama’ berdasarkan kepada peranan dan sumbangannya yang sangat besar kepada pemerintahan negeri Kelantan selama hampir 18 tahun hingga sekarang.
Tuntasnya gagasan Presiden Gamis ini wajar disegerakan bagi memastikan setiap detik yang berlalu dapat dimanfaatkan sebaiknya
Catat Ulasan