Isnin, 29 Jun 2009

JIKA DARI SYAITAN SEKALIPUN, KITA AKAN AMBIL


Secara jujurnya, saya sedikit terkilan apabila Gamis Tronoh cuba membanding-bandingkan saya dengan Akhi Mior dalam www.mahasiswakini.com. Ia tidak patut, namun jauh dari sudut hati, saya memahami hasrat sebenar Gamis Tronoh.

Terima kasih kerana mungkin simpati kepada saya. Apapun, Akhi Mior tetap saudara saya dunia akhirat. Petang tadi kami berbalas-balas SMS. Beliau berpesan kepada saya, mengurus perbezaan pendapat itu yang penting.

Mungkin pembaca boleh melihat sendiri dalam blog Ust Syaari. Tulisan dan pandangan beliau bagus. Masakan saya membenci orang sebegitu berbeza pandangan dengan saya. saya akan jadi orang paling bodoh jika mempertikaikan perbezaan pandangan.



Saudara juga boleh melihat pandangan Akhi Mior. Beliau bekas aktivis Gamis dan banyak memberikan pandangan dan bantuan kepada Gamis. Saya juga ada meminta pandangan beliau dan mejemput ke program Gamis. Beliau antara yang menjayakan Parti Mahasiswa Negara.

Saya mungkin sangat beruntung bersama rakan serumah yang sefikrah dan mempunyai pandangan kritikal seperti Shahir dan Alan. Ramai lagilah. Tidak perlu saya sebut satu-satu. Kami ada berbeza pandangan namun sehati dan sejiwa.

Saya tetap memperjuangkan perbezaan pandangan sebagai rahmat. Katakanlah sebagai contoh, hadis nabi SAW yang mengatakan khilaf sebagai rahmat itu sebagai hadis yang dhaif. Meskipun dhaif, saya tetap berpegang sememangnya perbezaan pandangan adalah rahmat.

Hadis dhaif tidak semestinya menafikan kebenaran isi kandungan. Inilah yang dipegang teguh oleh kebanyakan ulama dan sahabat nabi. Sehingga Umar Abdul Aziz berkata, “Aku tidak suka jika sahabat nabi tidak berkhilaf pandangan.”

Saya dari satu organisasi. Maka saya mengkritik pimpinan Pas. Itu sebenarnya perkara biasa. Sebagaimana sekarang ramai sekali yang mengkitik saya daripada bukan Gamis. Bahkan ahli Gamis pun harus mengkritik saya. Tiada masalah.

Sebagaimana Abu Dzar mencabar kepimpinan Uthman. Muawiyah mempertikaikan kewibawaan Ali. Abdullah bin al-Zubair menentang kekuasaan Yazid. Anak Abu Bakar sendiri menentang idealisme Uthman. Umar sendiri pernah mengkritik Abu Bakar. Semua ia sunnah.

Maka budaya kritikan, berbeza pandangan, sememangnya bagus dan mesti dihidupkan. Kritikan memang sifatnya pedih. Yang tidak pedih, namanya nasihat. Jika kita semua bersedia dengan budaya baru sebegini, baru kita boleh melangkah lebih jauh.

Oh ye, beberapa orang mempertikaikan saya lantaran saya menganut slogan Hisyamudin Rais, bahawa idealisme mahasiswa mati lantaran terikat dengan parti politik. Dikatakan Hisyamudin sebagai sosialis. Maka saya penganut sosialis.

Mengapa sampai begitu cetek sekali kita mendakwa. Bukankah hikmah ini kepunyaan orang mukmin. Benda baik, meskipun ada pada syaitan dan iblis sekalipun, kita akan ambil. Apa lagi jika ada pada Hisyamudin.

Saya bersetuju pandangan beliau. Idealisme mahasiswa mati jika terlalu mengikut rentak parti politik. Mahasiswa mesti ada pendirian. Bahkan setiap orang mesti ada pendirian. Sesungguhnya benarlah kata Cikgu Azmi, “Menguatkan yang benar, bukannya membenarkan yang kuat.”



9 Cadangan/Pandangan:

Berasal dari Mani juga berkata...

Wahai sdra yang berasal dari pancutan air mani. bukan kah masih banyak isu2 kebajikan mahasiswa yang terbantut di sana sini. kenapa sdra terlalu menjurus kearah politik.

Kalau ingin sertai politik. teruskan. jangan lah GAMIS menjadi alat politik sdra. Isu kebajikan bagaikan nombor dua bagi GAMIS. isu pertama bagi GAMIS ialah perkara yang PAS warwarkan.

Adakah GAMIS ni macam lembu dicucuk hidung. Harap sdra yang berasal dari air mani. Terjunlah dalam platform politik yang betul. Mereka amat memerlukan semangat juang yang tinggi dari sdra yang berasal dari air mani.

Tanpa Nama berkata...

aku x pernah dgr lg syaitan ni ada jgk sifat2 yg bleh dcontohi...

konfius aku dgn press ni...

setahu aku, sebaik-baik jin itu sejahat2 mnusia... mknanya bleh la ambik benda 'baik' kt iblis tu yg hkikatya sejahat manusia...


p/s:aku dh x respek dgn pmikiran press gamis...dulu aku mengagumi dsebabkn adab2nya yg elok... tpi skang nmpknya dsebabkn politik,dia smacam b'ubah arah... terknang pesanan sorang ustaz,, mahasiswa skg ni lbh sbuk politik,ilmu x cari...then timbullah golongan yg kononnyaalim,tp hakikatnya menyesatkn(bknutk press,tp utk smua yg kononnya nk jd 'pjuang islam')

Tanpa Nama berkata...

maafkan aku atas ulasan diatas...

'aku yg dulu pernah menghormatimu sbg seorang abg'

Mohd Dzul Khairi Mohd Noor on 30 Jun 2009 pada 8:28 PTG berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Mohd Dzul Khairi Mohd Noor on 30 Jun 2009 pada 8:29 PTG berkata...

akhi tanpa nama, tidak pernah termaktub dlm ilmu yg sahih, bhwa sebaik2 jin adlh sejahat2 manusia

Tanpa Nama berkata...

Ko tahu hadith ke? Ko blaja UM je, dgr citer ko x grad UM, kena buang mase final year, kuwang2...

Tanpa Nama berkata...

gamis tronoh tidak wujud

cikgu kecil on 3 Julai 2009 pada 12:33 PTG berkata...

jNgan la kutuk teruk sgt...kutuk sikit2 dah la,,,kamu ni...

Tanpa Nama berkata...

apa sbnrnya msalah pemuda islam hari ni,hanya kerana perbezaan pndapat.sanggup men'syaitan'kan pihak yg pndangannya berbeza drpd pndgannya.pada amatan sy.org yg men'syaitan'kan org lain.dia tuh la syaitan.sbb da jelas sgt dia nk pecahkan silaturrahin.bkan tuh tuh sifat syaitan.

p/s..raikan perbezaan pndpat wahai pejuang Allah.sy bmbang kerana kesilapan anda ini mnjadi punca kejatuhan islam.risaukanlah perkara ini.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE