Isnin, 29 Jun 2009

TUMPUKAN KEPADA GEJALA SOSIAL


Tersilap besar jika sekadar menilai gerak kerja melalui penulisan saya. saya dalam blog, hanya menulis pandangan. Tidak pula saya coretkan pengkisahan gerak kerja Gamis.

Jika mampu saya katakan sedikit, hampir lima kali Gamis turun ke sekolah untuk memulihkan gejala sosial dalam masa dua bulan. Meskipun dihantui oleh kerja yang banyak, namun kemampuan masih dicipta untuk ummah.

Jika mampu saya ungkapkan lagi, Gamis turut berhempas pulas mengkaji sistem pendidikan negara. Ini langkah yang tidak popular. Saya tidak mahu Gamis sekadar turun di jalanan, bermainan media dan mendapat nama sedangkan hasil entah di mana.



Sedikit lagi saya mahu ceritakan, Gamis turut menggerakkan agenda dakwah di hospital. Dalam bulan Jun, sekali. Dalam bulan Julai akan datang, sekali. Dan seterusnya, setiap bulan Insya-Allah. Meskipun Gamis tidak berduit.

Tentang kebajikan pelajar. Adalah buta jika menuduh Gamis tidak peduli dan peka dengan kebajikan. Gamis ada sayap di kampus, maka kebajikan amat diutamakan. Perjuangan siasah, tetap menjadi hidangan berselera bagi Gamis.

Gamis bekerja, bukan sekadar menggunakan nama Gamis. Apa lagi nama ini sudah terlalu buruk. Kerajaan pantang mendengar nama ini. Maka gerakan senyap bagai anai-anai, ini yang dilaksanakan Gamis.

Baru sahaja saya bincangkan dengan sahabat dakwah Gamis, kita akan menubuhkan satu sekteriat atau unit khusus untuk memikirkan cara mengurangi gejala sosial kalangan remaja. Insya Allah akan diadakan perbincangan dengan beberapa entiti jamaah.

Bersama Karisma, PKPIM, Haluan, Isma, dan lain-lain untuk membincangkan tentang plan mengatasi gejala sosial secara amal jamaei. Namun belum saya bincangkan dengan mereka. Ini bukan anjuran Gamis, tetapi anjuran bersama.

Gamis akan bersama dengan semua jamaah untuk merancang Malaysia. Sebenarnya, Gamis dan lain-lain ibarat satu tubuh yang menggunakan nama yang berbeza. Tubuh itu ialah Islam.




3 Cadangan/Pandangan:

Ashcroftstylus on 29 Jun 2009 pada 11:21 PTG berkata...

andai dikata fateh adalah sebaik raja, tetnteranya sebaik tentera,.
jika abg sebaik presiden, adik x rase org bawah sbg org bawah terbaik,

ape yang dilihat, kebanyakan ahli gamis kini, pandai mengkritik, tetapi bukan analitik dan juga kontruktif, sampai bila mahu begini?


pada org bawah seperti diri ini, masih lagi menganut pemikiran yang selapis, tidak m,ahu memikir ape di sebalik dinding itu, lebih malang lagi yang berkata kata seperti itu adalah lelaki, malunya aku kerana lelaki mempunyai pemikiran wanita yang boleh memikir selapis, maaf kan wanita, maafkan sigma, bukan nak mengata, tetapi untuk menyedarkan lelaki2 bawahan dalam gamis ini,
malangnya wanita2 dalam gamis kini lebih maju daripada lelaki, bukan lelaki tidak bekerja, ada kerja, tetapi kerjanya hanyalah mencaci memaki tanpa konstruktif dan juga munkin terlupa untuk analitik....

mahasiswa cerdas berkata...

salam ukhawah, saya masih lagi tidak faham asas perjuangan GAMIS, tolong jelaskan kepada mahasiswa apa sebenarnya perjuangan kalian. di kampus pula, bagaimana anda tahu bahawa wakil-wakil anda menjalankan amanah yang diberi? minta penjelasan. Perjuangan kalian ibarat byk halatujunya.

Ashcroftstylus Az berkata...

izinkan saya menjawab, jika nta tidak lagi memahaminya, cubelah bermula dari bawah, bermulalah dgn USRAH, inshaALLAH nta akan faham, ikutlah usrah dahulu, jgn terus menyelam ke dasar perbincangan mahasiswa kini, GAMIS bawa islam, islam ada di mana2......bermulalah dgn USRAH....smoga berjaya

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE