Selasa, 30 Jun 2009

IBLIS SEBAGAI TOKOH INTELIJEN BERJAYA


Tokoh intelijen yang paling berjaya dan paling berpengalaman pada saya, adalah Iblis. Ia mempunyai ilmu dan kepintaran yang luar biasa. Ilmu Iblis adalah, melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai.

Kuncu-kuncu Iblis, namanya syaitan. Menurut Fazlur Rahman, syaitan seusia dengan manusia. Apabila wujudnya manusia, wujudlah syaitan. Sebelum itu, belum ada lagi.

Siapakah syaitan? Itu persoalan yang menarik. Ulama tidak ittifaq tentang siapa syaitan. Syaitan ni, memang dicipta untuk menyesatkan manusia atau macam mana?



Abu Bakar al-Jaza’iri berpandangan, syaitan adalah keturunan Iblis setelah ia terlaknat. Ada yang lain mengatakan, syaitan ni, ada kalangan adalah yang jahat dari kalangan manusia dan jin.

Saya tidak tahu apa jawapannya. Iblis sebagai tokoh intelijen, tetap tunduk kepada keangkuhan Fir’aun. Apabila Fir’aun mengaku dirinya Tuhan, Iblis terkejut. Ini kerana Iblis tahu kewujudan Tuhan. Dan Iblis mengakui kekuatan Tuhan.

Lawan Iblis, bukan Tuhan. Bukan juga malaikat. Iblis bukan mahu lawan malaikat. Iblis hanya menentang Adam dan anak cicitnya. Maka matlamat kehidupan Iblis, menyesatkan anak Adam.

Iblis mengamalkan undang-undang yang ketat dalam organisasi dan kerajaan yang ia ciptakan. Syaitan yang tidak menjalankan tugas dengan baik akan dihukum seteruk-teruknya.

Iblis juga mengamalkan perbincangan sesama mereka. Mereka melihat kepada visi jangka panjang, bukannya misi yang sementara. Maknanya, Iblis amat memahami kaedah usul fiqh dalam satu dimensi.

Iblis amat berhati-hati dan sentiasa berstrategi. Ia mempunyai pantauan yang sangat rapi terhadap manusia yang ingin digodanya. Cara godaannya amat memainkan psikologi dan menggoncangkan pendirian.

iblis baik daripada manusia daripada beberapa sudut. Antaranya, Iblis tidak tergesa-gesa sedangkan manusia sifatnya tergesa-gesa. Maka kehancuran manusia disusun mengikut time-planning yang baik dan sistematik.

Belajarlah daripada Iblis, daripada beberapa sudut. Bukannya mengikut budaya Iblisisme, tetapi memahami dan mengaplikasikan kekuatan yang wujud dalam dirinya.

Tidak salah belajar daripada musuh. Jangan hanya belajar daripada kumpulan kita. Janganlah ahli Gamis hanya mengambil ilmu daripada ahli Gamis. Bahkan belajarlah sesuatu daripada Iblis.

Benar Iblis tetap salah. Namun hikmah yang dimiliki oleh Iblis, adalah tidak dapat dinafikan lagi.









6 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

hoi! bertaubatlah. ko dah menafikan hadis nabi dengan akal ko yang dangkal tue!!!

tarik balik tulisan ko tue. selamba babi aje ko kata syaitan tak tergesa gesa!!!!

ko memang tergesa-gesa@ syaitan!!!

p/s : kalau ko manusia, ko jgn pdm ulasan aku nie. kalau ko padam, jelas ar pada aku yang ko nie memang bukan manusia, tapi syaitan yang bertopengkan manusia!!!

Tanpa Nama berkata...

salam, rjuk hadith ini: sabda Rasulullah: al'ajlatu minassyaitan.(trgopoh2 itu drpd (sikap) syaitan)..saya bstuju dgn pdgn bhwa idea dn pdgn msuh blh diambil..tapi bukn mgmbil idea dn pdgn msuh ttg Islam sprti org2 semacam fazlurrahman yg brotak liberal dlm mnfsirkan Al-Qur'an..so,ahli gamis pun blh ambl idea pres.gamis yang 'baik-baik' shj.slbihnya,anda berhak mnilai dn bfkir sblm mnrima.sbgimana pres berhak mnulis dn yakin dgn idealismenya.mnolk pdgnnya tdk brmkna anda tdk wala' pdnya..apa2 pun thniah krana kuat dn sbr mghdpi ahli2 gamis sprti saya yg lmbt fhm dan tak fhm2 apa strtgi sbnr pres yg mgkin trsirat disblik pnulisn2 ini - fadhlullah.

abdullahmansor berkata...

salam...idealisme penting dalam perjuangan dan saya nampak kamu meruapkan sosok yang benar-banar kuat idealismenya.

namun, ingat.

kita tidak boleh nafi akan realitinya. setiap idea perlu juga digubal dari sudut pandang realiti yang berlaku hari ini.

jangan terlalu memandang ke hadapan sampai lupa perlaksanaan masa kini.

dan saya nampak penulisan kamu memang hebat tetapi selalu timbul kontroversi.

bukan ke kamu juga yang mahu elak kontroversi dan fitnah.

Berasal Dari Air Mani berkata...

Cantik cadangan sdra yang berasal dari air mani. apa kata kalau cadangan sdr itu di jadikan objektif utama perjuangan GAMIS. buat lah perhimpunan di kalangan mahasiswa supaya mereka lebih faham cara-cara untuk belajar dari syaitan.

kadang-kadang2 sdra berasal dari air mani bercakap tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. tapi sebagai org hebat. ideas sdr perlu diperjuangkan.

Marilah BELAJAR DARI SYAITAN.

Tanpa Nama berkata...

teringat saya kepada cerita dalam tablis iblis, bagaimana syaitan menyesatkan orang alim bani Israel dengan sogokan perempuan cantik yang ingin berubat dengannya. cerita syaitan menyesatkan ahli sufi supaya riak dengan baju yang lusuh dan compang-camping. semoga Allah menjauhkan kita dari tipu daya syaitan. Nor ISmail

Shazwani Mazuki on 2 Julai 2009 pada 3:53 PG berkata...

Salam..maksud tergesa-gesa tu merujuk kpd tindakan iblis y pandai memanipulasikan akal manusia ke? bijak bermain dgn kata-kata pujukan, menggoda manusia melakukan perbuatan berdosa di sisi Allah?
wallahualam..blog ini benar2 buat ana bfikir..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE