Selasa, 30 Jun 2009

BERUSAHA MENCARI KEKUATAN MUSUH


Apabila seseorang ingin berjalan dan berlari lebih pantas ke hadapan, maka ia mesti bersedia belajar daripada musuh. Iblis sebagai contoh. Allah menyuruh kita mengambil musuh sebagai contoh.

Tetapi Allah tidak melarang untuk kita mengetahui apakah kekuatan Iblis dan syaitan. Bahkan wajib seseorang mengetahui apakah kekuatan musuh tradisi manusia itu. Jika tidak, mudah terpedaya.

Iblis turut mempelajari dan mengkaji apakah kekuatan dan kelemahan manusia. Dengan itu, barulah Iblis berjaya mencipta senjata yang sangat ampuh untuk merosakkan akal kita.



Saudaraku Fadhlullah, saya tetap meyakini bahawa Iblis bukan makhluk yang tergesa-gesa. Yang tergesa-gesa tu, adalah kita. Hal ini diakui dalam al-Quran.

Maka yang terbaik ialah, mencari apa kekuatan musuh dan mengetahui apa kelemahan kita. Apa kelemahan musuh dan apa kekuatan kita. Baru kita menguasai medan pertarungan.

Apabila kita asyik mencari kekuatan kita dan kelemahan musuh, maka saat-saat kejatuhan akan tiba. Mengetahui kelemahan kita adalah lebih baik daripada mengetahui kekuatan kita.

6 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

hoi zul!

ko nie memang makhluk yang ego lagi takabbur.

bila sudah datang hadis nabi, ko masih lagi gunakan akal fikiran untuk tafsir syaitan tue tak tergesa gesa!

aku dengan rasminya isytiharkan ko dah jadi pengikut syaitan. bukan lagi pengikut nabi sebab ko dah tak boleh terima hadis nabi sebagai pegangan.

zul... bertaubatlah!

Azmi berkata...

sdra. pedulikan mereka yang hentam sdr. saya cadangkan sdra menulis artikel yang terperinci untuk belajar dari syaitan..

Salam perjuangan

Firdaus berkata...

Salam saudara. A. dzul lontarkan pandangan2 ni skadar nak suruh kita berfikir..

Nak nyatakan yang sudut2 pemikiran tu masih banyak..

Jom luaskan fikiran, jangan sempitkan..

Siapalah kita nak kata seseorg tu makhluk yg ego serta takabbur? Kita duk mengata2 org.. akhirnya ntah2 kita yang x diterima amalan dan dicampakkan ke neraka Allah swt.

Sama2 renungkan..

imakkelantan on 1 Julai 2009 pada 6:35 PG berkata...

yer saudara zul..
teruskn pemikiran kritikal otak saudara. tapi jangan lari daripada panduan Al-Quran dan Hadis nabi.

sememangnya kita memerlukan pemikiran yang semacam ini. tapi berhati-hati jangan sampai terjerat diri.

Yang menegur Ust Zul dalam nie jangan lah anda berperangai lebih daripada syaitan. nanti syaitan sendiri malu dengan kata-kata anda. Belajar daripada syaitan tapi jangan jadi syaitan..

Tanpa Nama berkata...

bukan tegesa2 yg dimaksudkn ustz bknlh mcm rilek2 pisang tuh...
bukan tegesa2 syaitan yg dimaksudkan adalah perancangan yg teliti... bukan kelam kabut...
memanglah syaitan tegesa2 tapi dalam erti kata lain, tegesa2 menyesatkan ank adam tapi dengan keadaan yg penuh strategi...

-berfikir luar k0tak-

Tanpa Nama berkata...

Jangan gaduh-gaduh...

Minta penjelasan dengan cara baik.

Dan berikanlah penjelasan untuk mengelak timbul salah faham.

Mungkin saudara dzul bermaksud "tergesa-gesa itu daripada (hasutan/bisikan/suruhan) syaitan".

Sebab tidak dinyatakan di situ 'daripada sifat' syaitan.

Ini bermakna syaitan itu sifatnya tidak tergesa-gesa pun, tapi dek dengki dengan anak Adam, dibisiknya supaya manusia tergesa-gesa.

Akhirnya manusia rosak.

Apapun yang jelas manusialah yang tergesa-gesa.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE