Ahad, 28 Jun 2009

MENARIK BALIK PERDEBATAN


Ada beberapa cadangan baik yang dilemparkan kepada saya. Saya harus timbangkan.

Menutup cbox. Saya rasa sedikit mustahil. Kerana saya mahukan demokrasi dan keterbukaan. Tempat orang melepaskan kemarahan. Itu tidak mengapa.

Menutup blog, kerana ia sumber fitnah dan mengucar-kacirkan fikrah. Itu perlu saya perhalusi. Mungkin lebih tepat saya mengubah isi blog.

Menarik balik debat dengan Timb Presiden PAS. Sebenarnya ia tertarik dengan sendirinya apabila saya isu ini selesai di peringkat PR. Tapi boleh je saya umumkan, saya menarik balik dan mendoakan kebaikan buat Timb Presiden. Beliau seorang yang baik. Cuma saya berbeza pandangan cuma.



Saya juga tidak akan memberikan respon dalam ruangan cbox buat sementara. Jadi, jika pembaca melihat ada nama saya, itu bukan saya. itu penyamaran. Saya tak nak marah-marah. Mungkin beliau berniat baik.

Memohon maaf kepada Timb Presiden. Ya, saya akan memohon maaf. Selepas daripada menulis blog ini, saya akan terus memohon maaf daripada beliau dengan penuh kerendahan hati.

Saya rasa, ada satu faktor utama yang membezakan pemikiran dan pemahaman yang wujud. Iaitu, tarbiah yang saya lalui dengan yang lain. Mungkin metode berbeza, menimbulkan ruang bentuk pemahaman dan pemikiran berbeza.

Mungkin saya menganut idealisme Hisyamudin Rais. Bahawa punca idealisme mahasiswa mati, adalah kerana terlalu mengikut pengaruh kepartian. Mahasiswa mesti bebas sudut pemikiran. Dari sudut prinsip, itu perkara lain.





5 Cadangan/Pandangan:

Ashcroftstylus Az on 28 Jun 2009 pada 9:17 PTG berkata...

salam, sekadar perkongsian, faktor yang mempengaruhi, keadaan sosiologi seseorang atau masayarakat menurut ibn khaldun adalah....

kemampuannya berfikir, keadaan muka bumi persekitaran mereka, pengaruh iklim, makanan, emosi serta jiwa manusia itu sendiri...

cube kita memdalami perkara ini...

http://ashcroftstylus.blogspot.com/2009/06/sosiologi.html.

emmmmm on 28 Jun 2009 pada 9:47 PTG berkata...

hisyamudin rais adalah sosialis.. beliau yg membawa knsert smasa PROTES hr tu... cuba menganut idealisme yg ok sikit.

Hj Ahmad Fitri Yusof on 28 Jun 2009 pada 10:11 PTG berkata...

Dzul.
Buka balik sejarah panjang Gamis.

Idelisma anta tak siapa boleh sekat, tapi anta perlu tinggalkan Gamis.

Gamis bukan gelanggang utk kepentingan idelisme presidennya.

Mohon letak jawatan.

fadhlullah on 29 Jun 2009 pada 12:09 PG berkata...

salam,mgkin lebih baik crilah watak-watak lain utk dianuti idealismenya...tk mgkin seorg presdn yg mmpin grkn mhsswa islam di msia trkesan dgn idealisme org2 sosialis yg agama entah ke mana..msh bnyk tkoh ummah ini yg blh diambl idealismenya.mhn dfkirkn.

Tanpa Nama berkata...

Saya merasakan perlunya pada ketika ini GAMIS menekankan juga tarbiyyatulmuawalah..kerana kita sudah terlalu lama membincangkan tarbiyyatul "mu'adah" maka senantiasa gerak nadi perjuangan kita seolah-olah berdepan dengan musuh..sehingga bila tiada musuh sekalipun bagaikan penagih yang gian bila ketiadaan bekalan dadah..sanggup menjadikan tahi lembu sebagai bahan utk melepaskan gian...inilah realiti yang berlaku pada mahasiswa tanah air..bila musuh dah tiada mereka sanggup jadikan sahabat dalam jemaah sebagai musuh kerana "
terlalu berjayanya" tarbiah mu'adah yang diikuti selama ini..sebagai contoh di afghanistan akibat perang terlalu lama dengan soviet hingga jatuhnya empayar tersebut pun peperangan masih berlangsung antara puak hekmatyar dengan puak burhanuddin kemudian disusuli dengan taleban..ini semua kesan dari terlalu berjayanya tarbiah mu'adah...so fikir2kan laa dan ini yang sedang berlaku dalam GAMIS n PAS...

Abu Amru

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE