Menariknya, kemelampauan sudah berlaku dalam blog saya. Bagi saya, saya tidak kisah dengan kritikan dan cercaan. Walau dipanggil Dajjal dan binatang sekalipun. Tidak mengapalah. Jika dengan membawa Islam saya dipanggil babi, saya sanggup.
Jika dengan saya berpegang teguh dengan prinsip yang saya yakini, maka saya dipanggil syaitan, saya sanggup. Apa guna jika saya dipanggil pemimpin bermentaliti tinggi sedangkan saya hanya tahu mengambil analisis orang dan dijadikan semacam analisis saya, tetapi tidak bertindak dan tidak bekerja.
Orang mengatakan saya suka ‘air mani’. Kotor bunyinya. Saya tidak boleh menyembunyikan istilah ini daripada penulisan saya. tidak mengapalah. Saya tidak mengambil hati. Manusia memang memusuhi apa yang mereka tidak tahu.
“Ust Dzul suka pancutan air mani, air mani sape tu? Saluran kencing yang kotor pun dia suka, saluran kencing yg sape punya tu? Bapa dia ker?”
Katalah apa pun, bagi saya saya redha dan tidak terasa hati.
Namun kemelampauan yang saya istilahkan ialah, merujuk kepada orang yang menggunakan nama saya dalam ruangan perbincangan. Kita tengok apa yang diperkatakan oleh orang yang menggunakan nama saya tersebut,
“Ana minta maaf atas segala kesalahan ana, ana akn berubah kalau perlu, tp melalui pembacaan ratusan buku yg ana baca tak perlu ana hiraukan kata2 org lain, antum hanya pandai komen tp takde tindakan.
Ana byk terlibat dgn urusan jamaah lbh byk dr antum, kalau antum dh mengatasi keterlibatan dlm jemaah melebihi ana baru antum layak utk komen ana, maaf kalau bahasa ana kasar.
syahid girl boleh contact ana direct kalau perlu ye.
kpd syeh.. nta discribe kt ana maksud tawaduk...”
itu adalah antara penyamaran yang dibuat. Orang mukmin bukanlah orang pembohong. Orang pembohong adalah orang munafiq. Rasanya mahu saja saya memanggil mereka sebagai munafiq. Namun apabila difikirkan, tidak mengapalah.
Mengapa perlu saya marah? Saya tidak perlu marah. Sabar itu lebih baik. Mungkin mereka ingin menegur saya, maka seharusnya saya memahami. Saya mendoakan agar mereka dan saya diampuni Allah.
Ini kerana saya perlu menilai beberapa perkara. Jika saya marahkan seseorang, maka:
1- Apakah saya tidak pernah membangkitkan rasa murka Allah kepada saya?
2- Apakah keimana saya lebih tinggi daripada orang yang mencerca saya?
3- Adakah saya akan dimasukkan ke dalam syurga yang lebih tinggi daripada mereka?
Menginsafi hakikat ini, saya tenangkan diri. Usah dimarahi. Bahkan bersyukur kepada Allah. Sekurang-kurangnya, kamu baru dimarahi sedikit itu. Yang penting, teguhkan hati kuatkan semangat, buat tidak peduli.
Kebenaran itu ibarat matahari yang bersinar. Cuma sekarang, nampak gaya gerhana masih kuat. Saya hanya perlu bersabar sedikit lagi. Mungkin saya perlu berpesan kepada diri saya,
“Jika Islam bangkit dengan saya menjadi mangsa cercaan, maka saya lebih rela cercaan itu itambah-tambah kepada saya asalkan Islam bangkit sepantas mungkin.
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua…
6 Cadangan/Pandangan:
salam. ustaz zul, better delete kata-kata tak senonoh dalam shoutbox tu..
kata-kata yang menganggu emosi orang nak baca blog ustaz
salam. Ustaz.. bg saya.. adalah terbaik bagi ustaz untuk menutup "PINTU FITNAH"... kerana disana banyak kerosakkannya. buat Ustaz dan orang lain.. ini bukanlah untuk menutup pendapat org lain. Tapi berheat.. mungkin patutu tidak diluluskan komen "tanpa nama" dan shoutout
SALAM ABG, SIHAT KER?
lame rasenya x jenguk blog abg, ana amat tersinggung gak ada pengungjung blog nih tanpa segan silu, tanpa penuh adab, dengan hancur sopan santun mengkritik dalam blog ni.
abg, adik amat bertuah kerana dapat hidup sezaman HAMBA ALLAH bernama dzulkhairi, banyk adek blajar daripadanya,
abg, ade ketika adk sengaja tidak merutinkan kerja harian adik yang dulunya selalau membaca blog abg, ini kerana idea2 abg amat susah adik fahami, ada yang adik fahami, dan ada yang adik tidak fahami, so bagi mengelakkan berlaku mcm yang terjadi dekat org yang suka mengkritik kat sini, baik adik x payah bace. so kepala x serabut.
satu ag adik nak pesan kat pembaca blog ni, abg dzu adalah presiden, so ape2 yang berkaitan gamis adalah pimpinan mengetahui daripada orang bawah, so ape2 kenyataan adalah untuk kebaikan bersama, munkin ade yang kontoversi, tetapi cube kita fikir, xkn org2 yang komen ni x pernah terdengar SR n HZR, XKAN X PANDAI NAK BERHELAH KOT....
gamis sekarang mengamalkan politik nilai, menyokong mane2 pihak yang buat baik, xkan itu yang di anjur islam, knapae wujud nya kafir zimmi, walaupun kafir, tp dowg buat baik, make x patut kita memerangi mereka.
umno, yang dilabekan musuh, tapi jika ape2 pogram anjuran dowg yang baik, kita mesti sokong, jika terdapat kekurangan, tegur lah secara berhikmah, maf, dakwah lah secara berhikmah,
munkin setakat tu dulu, pesanan adik buat semua, belajar sesuatu ilmu adalah dgn taalim, bukan daripada blog, maksud adik, ilmu yang dasar, yang fardhu ain, AQIDAH, SYARIAH, USULUDDIN.
stakat tu dulu ye, manne2 insan yang x puas hati, yang terbakar hati, boleh kita berbincang....

Assalamualaikum
semalam saya mendengar dari Dr. Abu Hassan Hasbullah,
"Pada abad ke-21 ini, adalah abad orang meluahkan perasaan"
Pada saya, bila kita dah masuk dunia blog, kena terimalah seadanya cabaran yang kita hadapi.
p/s: Moga dikuatkan hati. memang sekarang zaman fitnah.
assalamualaikum,ust dzul.
bila ana baca entri ni,ana pun tak sangka mereka sanggup mereka mengeluarkan kata2 mcm tu.
ana teringat doa Rasulullah s.a.w utk umatnya yg selalu menentang baginda dan selalu menghina bginda:(wahai tuhanku, ampunkanlah umatku itu, sesungguhnya mereka tidak mengerti)sabar dan pemaafnya Rasulullah.
subhanallah!tahniah ust atas kesabaran itu.
Catat Ulasan