Ahad, 28 Jun 2009

GAMIS BUKAN PARTI POLITIK


Akhirnya Ust Syaari secara terbuka meletakkan jawatan sebagai moderator web-site. Saya tidak kisah. Itu kehendak peribadi. Saya dengan rendah hati menghantarkan SMS kepada beliau. Itu sahaja.

Dan saya tidak tahu siapa yang telah menghilangkan tulisan berupa pandangan beliau. Debat mesti diteruskan antara saya dengan saudara Mior. Saya bukan tidak mahu menghidupkan budaya intelektual. Cuma saya rasa sudah tidak begitu penting buat masa sekarang.

Apapun, saya akan meminta kepada AJK Gamis untuk memasukkan kembali tulisan Ust Syaari. Saya mengerti, mungkin seseorang berasa tidak patut dengan tindakan Ust Syaari. Namun bagi saya, tidak mengapa.

Pimpinan Gamis lain mahu berbeza pandangan dengan saya, silakan. Itu adalah sikap terpuji. Bahkan jika pimpinan lain beramai-ramai mahu meletakkan jawatan dan tidak mahu bekerja pun tidak mengapa. Islam tidak akan mati.



Saya tidak kisah dengan kritikan itu. Saya akan mendengar, memahami dan menerima jika ada benarnya. Mungkin kerana beza bentuk tarbiah yang dilalui, maka bezalah kefahaman yang terwujud antara kita.

Saya mengharamkan diri saya mengutuk orang lain. Namun saya menghalalkan kutukan orang terhadap saya. saya tidak berhak menghalang lidah mengutuk dan tangan menulis cercaan. Saya harus menerima dengan dada terbuka.

Sesungguhnya jika saya ada melakukan kesilapan, maka Saidina Umar dan Saidina Abu Sufyan dulunya, adalah lagi jahat berbanding saya. Tetapi mereka berubah. Maka saya rasa, saya pun boleh berubah. Tidak semestinya saya berubah pandangan. Ini kerana saya ada sebab, ada dalil.

Semalam saya berforum dengan Dr Zulkifli al-Bakri dan Ust Halim Din. Dr Zulkifli membacakan satu hadis yang baik untuk direnungi bersama. Hadis ini melambangkan idealisme mahasiswa dan anak muda yang harus disuburkan.

Hadis itu berbunyi, “Kamu berada dalam satu posisi dalam banyak-banyak posisi Islam. Maka jangan biarkan musuh datang dari pihak kamu.”

Maknanya, posisi menegakkan Islam ini banyak. Nelayan tidak boleh buat kerja petani. Peguam tidak boleh sama dengan tauke kedai. Ahli politik tidak boleh buat kerja macam kerani. Mahasiswa tidak boleh sama dengan ahli politik.

Kalau saya jadi pimpinan Pas atau Umno sekalipun, saya akan melarang ahli Umno atau Pas daripada memperalatkan dan mengongkong pemikiran mahasiswa, atau anak muda. Jika dikongkong, hanya akan melahirkan manusia yang tidak cerdik.

Makanya, saya tetap berpegang teguh, Gamis adalah Gamis, ia bukannya parti politik.






1 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya kalau dzulkhairi atau gamis hebat n poyo sangat nak berdebat tentang UG ni eloklah jangan cabar ust nasa atau cikgu Pa tp cabarlah TGHH, kerana kita tahu idea ini dilontarkan oleh TGHH sendiri..so kenapa nak ajak ust nasa?? dzulkhairi takut ke nak berdepan TGHH ke?? pada ana cara dzulkahri berdepan dengan masalah UG ni langsung tak profesional..eloklah pada saya beliau belajarlah lebih mendalam lagik tentang akhlak dan adab berjemaah...janganlah nak merasa hebat bila sudah menjadi presiden PMIUM n GAMIS..saya yakin mahasiswa luar negera sedang memerhati gelagat kartun saudara yang saya yakin poyo yang tidak berkesudahan..

Abu Amru

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE