Semalam orang kata, kenangan. Hari ni, kita bertindak. Esok pula, ruang untuk merancang. Semuanya berbeza. Kenangan tidak semestinya diulangi kembali. Namun yang penting adalah tindakan hari ini.
Akhirnya saya hampir tumpas dalam satu perjuangan saya dalam Gamis. Biar saya terangkan. Iaitu perjuangan membebaskan mahasiswa daripada kerongkong pemikiran ahli parti politik. Saya tidak berjaya yang ini.
Ahli Gamis tetap menunjukkan mereka Pemuda Pas, atau mungkin Pemuda Umno. Jelasnya, tetap mahu menunjukkan mereka Pemuda Pas. saya tidak tahu mengapa. Jika Gamis ingin jadi macam Pemuda Pas, atau Muslimat Pas, baik Gamis ditutup operasinya.
Maka, idealisme mahasiswa mati. Serasa saya, begitulah mungkinnya. Saya rasa rugi. Baik, kalaulah Gamis itu proksi Pas sekalipun, ia tetap merugikan apabila Gamis menonjolkan diri mereka semacam Pemuda Pas. Jika begitu, baik sahaja Pemuda membuka keahliannya secara terbuka.
Ahli Gamis mesti bebas. Parti politik juga tidak boleh mengongkong pemikiran dan idealisme yang terwujud. Ia merugikan. Saya cadangkan, agar Gamis menjadi seperti HMI di Indonesia. Bebas daripada kepartian, tetapi tetap terikat dengan politik.
Mahu membawa Islam, jangan hanya satu jalan. Perbanyakkan jalan. Tidak perlu mendedahkan identiti. Sembunyikan sahaja. Yang penting, Islam tertegak.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
1 Cadangan/Pandangan:
mereka bersketsa di hadapan mahasiswa dengan laungan "student power"
Mereka menjerit melaungkan kalimat "barua HEP" kepada Aspirasi...
Mereka berkata "PUPPET HEP" kepada aspirasi..
Tidakkah sekiranya kemandulan idealis yg terjadi dlam gerakan mahasiswa yang seakan2 menjadi "PUPPET Pemuda PAS" seolah-olah suatu cerminan semula diatas kalimat-kalimat keramat mereka diatas..
Idealisme mahasiswa bukannya bermaksud mencari pertentangan...tapi idiealisme mahasiswa adalah idealis yg sedia bertentangan pandangan dari 'orang atas'...bukan hanya ikutan semata...
Ayuh Mahasiswa.yakinkan diri anda..ada kalanya idea anda lebih beribu kali lebih bernas dari idea PEmuda PAs...bukankah lebih bernas itu lebih menguatkan jemaah dari terus dibelengu kebisuaan suara yg menghasilkan bodek yg tidak sengaja...membuatkan 'orang atas' terus leka dengan idealis Mhasiswa...
teruskan Ustz Zul...
Catat Ulasan