Rabu, 17 Jun 2009

MUSA DAN KHIDR


Saya baru perasan, di mana persoalan Musa dan Khidr timbul. Saya baru perasan. Jelasnya, sekiranya saya mempertikaikan para nabi, saya akan masuk neraka. Itu yang sangat jelas.

Saya malas nak kupas dari sudut ‘pembahasaan’. Semacam seseorang berkata kepada kekasihnya, “Dirimu pada diriku, ibarat Khadijah pada diri Muhammad.” Bolehkah kita mengungkap perkataan sebegitu? Boleh, ia hanya satu mainan bahasa.

Masakan saya mempertikaikan para nabi. Saya hanya satu sinikal atau sindiran dalam berbahasa. Masih teringat saya akan sekumpulan sahabat saya terdahulu, belajar kesufian dan hakikat, lalu belajarlah mereka yang pelik-pelik dalam makrifat kononnya.

Mereka hanya mendengar guru mereka mengajar, memberitahu, menyuruh dan memaksa, tanpa dipersoalkan. Apabila kita bertanya, mereka mejawab balik, “Musa pun tidak diminta untuk bertanyakan Khidr.”

Alangkah, dalih mereka kepada kes Musa dan dalil mereka kepada peraturan Khidr amat menggelitik. Lalu saya teringat semasa menulis pandangan ini tentang kisah-kisah lama. Maka saya mengungkapkan dalam bahasa sindiran.

Mohon saya berhenti memberikan penjelasan tentang bahasa dan pembahasaan.

9 Cadangan/Pandangan:

budak bru blajar on 17 Jun 2009 pada 10:38 PTG berkata...

salam alaik, terima kasih atas pjlsn yg smkin brsuluh..mdh2n saya dn org2 lain mmhmi msj yg ingin pres.gamis smpikn pas ni..jazakallah..

Tanpa Nama berkata...

Ya... tapi tuan presiden juga perlu mengambil kisah pasal pembaca/pendengar... tidak semua sama tahap pemahaman dan pemikiran... bukan apa... supaya tidak keliru dan mengelirukan...

sasterawan on 18 Jun 2009 pada 8:41 PG berkata...

Semacam seseorang berkata kepada kekasihnya, “Dirimu pada diriku, ibarat Khadijah pada diri Muhammad.” Bolehkah kita mengungkap perkataan sebegitu? Boleh, ia hanya satu mainan bahasa. perkataan ini tiada unsur mghina..

tp dlm kes musa/khaidir enta seolah2 menghina nbi musa.. mainan bahasa mainan bahasa jg. tp samakan perbuatan nbi dgn contoh yg tdk baIK itu haram.. ada faham???

Asqalani on 18 Jun 2009 pada 9:21 PG berkata...

tak sangka 'Sasterawan' tak paham sastera ustaz...

bukan tindakan nabi Musa itu diletakkan pada contoh yg tak baik...

Ustaz nk qiyaskan penghujahan orang yangs ering berhujah dengan hujah nabi Musa dan Nabi Khidir..

Sedangkan kita perlu perhalusi antara dua syariat dan perhalusi tatacara qiyas yg betul...bukan semberono nk qiyas dalm semua keadaan...

Abu Uwais berkata...

oh ya sasterawan. cmne kalo ana cakap, sorang budak bunuh diri sbb nk bunuh diri macam kaum Nabi Musa yang mana diperintahkan oleh Allah kepada Musa untuk mereka membunuh diri agar dosa mereka diampunkan. Adakah ana menghina Allah dan Nabi Musa A.S.? Kita kena faham. Keadaan, situasi dan perlaksanaan sesuatu perkara perlulah di nilai kpd asal masa dan suasana hal itu sendiri. Bila kita katakan Nabi Musa taqlid dgn Nabi Khidir, jangan nilai ia dengan situasi sekarang yang mana Islam melarang Taqlid buta. Tidak menjadi masalah kalo kita hndak menggunakan contoh dari dahulu selagi mana kita tidak mengkritik. Spt yang ana katakan, Black Metal membunuh diri untuk menebus dosa seperti mana Allah memerintahkan Musa agar umatnya membunuh diri bagi menyucikan dosa. Senang cerita. Perkara sebegini tak usah nak timbul syubhah.

sasterawan on 19 Jun 2009 pada 7:47 PG berkata...

baik,membunuh itu haram,tp Kenape Allah perintahkan nabi ibrahim bunuh nbi Ismail? skrang ini isunya adalah perintah Allah. bukan isu permainan bahasa yg main2... ana bg contoh, boleh ke ana bgtau tau mcm ni, "hang ni wala buta tuli mcm musa la.. bolehkah dimainkan bahasa sbegini??

ingat wei, nk bela org pun biar kene tempat..,jgn taksub sbb dia ustaz je..

yang mencari.... berkata...

Salaamullah 'alaikum...
Hanya orang yang faham tahu hakikat dan keadaan yang sebenar...Bahasa ini cukup puitis...Wahai orang2 yang tak tahu, belajar lah untuk tahu...Jangan reti guna ayat2 orang je nak berhujjah...Guna ayat sendiri...Manfaatkan otak kurniaan Tuhan...Ana faham apa yang Presiden cuba sampaikan...Jazakallah khairan kathiran...
Salaamullah 'alaikum...

sasterawan on 23 Jun 2009 pada 12:59 PG berkata...

kepada abu uwais> kaum nabi musa bunuh diri sbb taat pada Allah.. musa taat pd khaidir sbb taat pada Allah...mereka bkn taat buta tuli mcm mat ju ni cakap..ada faham??

along pchg berkata...

sy agak sokong sasterawan dalam cuba membetulkan perkataan abu uwais (dlm komen ni) yg sy rasa ntah ape2..

lain kali bila nak bela pun biar la kne tmpt ok.. bahaya tu..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE