Saya mengasihani beberapa orang yang ingin saya meletakkan jawatan. Jangan bimbang. Saya akan meletakkan jawatan dalam bulan lapan. Bukan sebab desakan. Tetapi kerana telah habis tempoh.
Apapun, idea kalian untuk saya meletakkan jawatan tidak saya sisihkan ke tepi. Saya akan menilai dengan sebaik-baiknya. Maka janganlah bimbang sangat. Idea ni bukan kepunyaan saya seorang. Ramai lagi, cuma sedang bersembunyi.
Gerakan anak muda tetap non-partisan. saya menyokong PAS lebih daripada UMNO. Namun ia tidak menolak keinginan saya untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS yang begitu bersungguh dalam isu UG (unity government). Ia mengundang kegelisahan dan perpecahan.
Saya juga tidak bersetuju dengan banyak dalil yang dikemukakan untuk menghalalkan UG. Bagi saya, dalil tersebut banyaknya tekstual dan tidak disyarahkan malah tidak dipadankan dengan zaman. Maka ia sangat mengelirukan.
Saya mengerti, Tuan Guru Mursyidul Am tahu banyak perkara. Namun tidak ia dedahkan. Beliau hanya minta letakkan jawatan dalam keadaan yang paling berlembut. Jika keras, maka pendedahan besar-besaran akan berlaku.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
Seminggu yang lalu
27 Cadangan/Pandangan:
salam, akhi..kalu dh cfirm tarikh utk bdebt ngan TIM.PRES PAS nnti, maklum pd ana ye..ana akn hdir mnyksikn pdbtn abg dgn pmpnan grkn Islam ini..doa ana,mdh2n satu masa nnti jika bnr2 jwtn tim.pres dipilih smula, tiadalah org lain yg akn duduk dsitu mlainkan abg dzul !!!slm pjugn.
Salam ust.
Ana berpandangan tidak perlu ust letak jwtn kerana msh belum smpi masanya lg.Kerana msh byk lg yg perlu enta lakukan utk perubahan dan kemajuan GAMIS.
Mehnah dan tribulasi dlm dunia dakwah dan perjuangan Islam tidak pernah lekang dr ancaman,kritikan dll.
Rasulullah dan sahabat2 yg agung sndr tlh melalui saat2 sebegini.Apa yg perlu dilakukan teruskan usaha dan perjuangan anda.Kesalahan lumrah sbg proses kematangan dan pembelajaran namun perlu diteliti dan dibaiki.
Saya doakan ust dan shbt2 semua sentiasa tsabat dlm perjuangan.
Wallahua'lam.
benci aku rasa bile membaca tulisan kamu...
KENAPA BEGITU SOMBONG??? KENAPA??
mahu menonjolkan anda sebagai anak muda yg berani..?? BOLEH BLAH!
Apalah salahnya kalo kamu dan Gamis berbincang bersama2 dengan mereka... Apa yg akan kamu dapat bila berdebat...??
mungkin kamu pernah dengar hadis2 ini....
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).
“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)..
TIDAK BOLEHKAH BERJUMPA DAN BERBINCANG DENGAN KASIH SAYANG??
JANGAN SOMBONG wahai SAUDARAKU!
AKU TAHU..... KAMU MASIH TAK BOLEH TERIMA KEKALAHAN YB HUSAM MUSA KAN?
tanpa nama.
anda blaja tgk satu hadis je.
memang lar.
tak tgk ke firman Allah yg menyuruh kita berdebat dgn cara yg baik?
nk amik hadis, jgn tgk hadis tu je.baca sama syarah dia.
Apa guna kalam ulama' kalo sume nk paham hadis ikut akal masing-masing.
Debat tidak selamanya tercela, bahkan kadangkala sesuatu kebenaran itu terkuak melalui pintu perdebatan. Debat dengan cara baik adalah seiring firman Allah yang bermaksud: "Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan debatlah mereka dengan cara yang baik." (Surah An-Nahl, ayat 125)
kenpa perlu terus berdebat???
adakah saudara betul2 faham konsep UG yg dcetuskan oleh TGHH itu?
apa kata saudara bjumpa dlu dgn TGHH dan ustaz nasha serta bbincang dgn mereka...Bukankah itu lebih baik drp trus brdebat??
Bg ana,pbezaan pndapat yg berlaku tdaklah tlampau kritikal..cuma media2 umno yg mensensasikannya....
Utk ana sndiri,ana mmg menentang jika perpaduan hnya mlibatkan PAS dan UMNO..klu UMNO betul2 nk berpadu,perlu libatkan sekali DAP dan PKR....TGNA yg klihatan trsangat anti-UG sndiri myebut....:
Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.
"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.
Oh yeee... lupa plak saya... kenapa tak pegi berdebat dengan SIS...?? dok bela2 SIS, penah ke baca buku yg diorg kluarkan??
to abu uwais:
betul.... tapi dalam situasi ini mana yg lebih baik.... bermusywarah atau berdebat??? nie UG pun x faham apa bendanya.... sibuk nk berdebat.... Sooo... arrogant
Ana sebenarnya tak setuju UG ni tambah2 melibatkan parti kuffar. Ada antara tokoh mereka yang menyatakan langkah mayat mereka kalo nk tubuhkan negara Islam. Kita tak perlu nak tubuhkn unity goverment sebab itu akan menyebabkan fikrah dan manhaj perjuangan jadi kucar-kacir. Tak jelas. Nak bela bangsa @ agama?. Ingatlah, kita bersatu atas seruan mentauhidkan Allah, menjunjung pesanan Rasulullah dan mengkiblahkn Al-Quran. So, parti macam PKR ngn DAP awal lg ana tolak tepi. Cuma ana nak seru agar kita sama-sama fikir balik, apa yang kita perjuangkan selama ini? Benarkah kita nak memartabatkan agama? Atau kita sekadar hendakkan kuasa tanpa mengira jalan apa yang perlu kita ambil? Apa pun, mana-mana pihak yang ada dalil dan hujah yg benar. Ana sokong. Adapun yang salah, kita kena faham mereka juga seorang manusia, tidak maksum. Maka berilah pandangan sesuai dengan diri mereka dan kita yang tidak maksum. WA
Abu Uwais atas tu. Ana tak tulis abis. ter 'enter'
afwan,mhn mnulis lg dsni:
tk gr hj hadi,tk gr nik aziz dn ust nasrudin mt isa smuanya adlh pmpnan dlm sbuah grkn Islam.mrk ulama', namun tidk ada pgisytihrn rasmi dr Nabi bhwa ulama' adalh ma'sum.anda brstju dgn tk guru nik aziz,jgn smpi anda mmndg hina dn rendh pd ust nasarudin.nilailah kdua2nya dgn adil.jika tdk fhm apa2 ttg krjaan prpduan yg dictuskn olh hj hadi dn ust nasa srta tidk mndgr lg pjlsn rasmi dr mrk,maka jgn mnmbh barah kpd grkn Islam dgn apa2 tlisn atau idea2 brbntuk prvktor.ckuplh bg alasn 'tlisn ini utk slmtkn jmaah pas'.org yg bijak tidk akan mnulis sbgini.kalau ykin tulisn sbgini mmpu mnylmtkn pas,mdtgkn maslahah lbh bnyk dr mudarat dn ykin tidk akan dpsoalkn oleh Allah, tafaddhol.truskn mnulis.anda lbh baik dr ahli dibwh yg bfkirn cetek srta lembab sprti saya...ktika mmbaca artkl brtjuk 'saya letak jwtn bulan ogos' , hati saya mahu shj mnybut 'akhi,sgralah letak jwtn slps baca komen saya ini'...maaf,saya sudh zahirkn isi hati itu..trasa sgt pedih dn sedih tramat sgt sejak akhir2 ini dgn tlisn dn idea2 akhi..maafkn saya,saya tk mmnntg jasad akhi,tapi sbhgian pmkirn akhi..saya mhn sembah derhaka skli lagi.salam hormt.
Assalamualaikum ustaz.
Jika sebelum ini, saya pernah meminta ustaz datang ke kampus kami, baru tengahari tadi saya merubah fikiran. Saya mahu MT GAMIS datang melawat kami di saat kami telah bersedia untuk dilawati. Maksudnya, biarlah MT GAMIS yang ada sekarang ini melihat di bawahnya ada ahli-ahli GAMIS yang berkualiti.Biar MT GAMIS senang hati bila melawat kami nanti.
Tapi, sedih juga saya, belum puas saya merasai pendekatan MT GAMIS yang ada sekarang ini, ustaz dan rakan-rakan akan letak jawatan pula. Ini satu kerugian bagi saya, bahkan kerugian untuk adik-adik kampus saya yang agak terlewat untuk mengenali MT GAMIS sebelum ini.
Tetapi muktamar tetap muktamar. Letak jawatan tetap letak jawatan. Apakan daya, hidup ini perlukan pencorakan agar tampak lebih menarik.
Tahniah atas segala usaha GAMIS.Terima kasih juga. Saya mewakili GAMIS di kampus saya, mengucapkan maaf dan salam hormat.
salam.ana akan doakan ustaz sentiasa tenang.hanya Allah Yang Maha Mengetahui.tapi jgn berhenti menulis,kerana penulisan ustaz mampu membuka minda pembaca.
Salam...gamis tak mcam dulu..
ana rasa malu..dulu pernah ikut gak ikut program gamis,Gah nya gamis pada masa itu..
sepatutnya kita mengawal keadaan yang hura-hara..bukan kita yang menambah kekeruhan itu...
jom2 sama-sama kita berpegan kepada asas-asas jemaah...
ukhuwwah,walak,baik sangka,tak ego..
walak kita kepada prsdn..selagikan mana prsdn kita tak buat perkara yang bertentang dengan syara'...
UG tidak bertentangan dg syara'...
prsdn suruh kita bincang,cari positif dan negetif UG..ni baru pringkat cadangan...
kalau kita berlainan perdapat dengan UG itu,ikutlah salurannya...
bincang elok2...
ok..moga2 kita semua dapat pertunjuk dari Allah...
wassalam
abu yusuf
eh,,kenape letak jawatan dah?? kan akhi byak lg nak curahkan idea pemikiran diluar kotak akhi.. tp sekarang ana nmpak bkn idea diluar kotak,tp idea di luar otak...
kenape akhi jd cmni?? kenape akhi berani berdebat dgn Ust nasa tp pada masa sama akhi bela SIS. mana lebih mulia? SIS atau pimpinan kita??
atau akhi masih tak puas hati lg tentang kekalahan husam???
tolonglah akhi,yg kalah biarkan kalah..belajar lah wala pada keputusan mktmar spt yg akhi ajar kami dulu...
walau sebijak mana pun akhi,keputusan mesyuarat adalah lebih utama dr keputusan pribadi..
akhi ni terlebih fikir diluar kotak ni... kecewa2...
ntah... TG NIK AZIZ dan PIMPINAN yg lain pun akan berbincang nanti.. kita tengok la macam mana... patutnya debat ngan Presiden la...
Assalamualaikum
Saya ingin menyuarakan sekali lagi pendapat. Atas isu ramai yang minta agar ustaz dzulkhairi berundur. Juga atas isu ramainya 'orang Islam' yang berani bersuara tetapi berselindung di balik nama dengan menggunakan kata-kata kesat di shoutbox ustaz. Saya amat 'kagum' dengan 'adab' yang dipamerkan.
Saya bukanlah die-hard-fan us Dzul, tetapi saya mengormati kepimpinan beliau. Apakah sebelum beliau naik ke kerusi presiden, beliau pakai naik shj? Tentulah pemilihan yg bersesuian telah dilakukan utk menempatkan beliau di tempat tertinggi kepimpinan Gamis.
Disebabkan pendapat berani beliau dalam beberapa isu, macam2 pihak nak melenting. Ok, contohnya kalau lepas ni Us Shazni Munir atau Us Idris pula yg naik jadi Presiden, dan mereka juga bakal memberikan pendapat berani yg 'kasi pecah' dan kritikal, adakah kita nak suruh mereka pun letak jawatan? Setahun berapa kali kita nak tukar pimpinan?
Saya tidak bersetuju dgn perkataan2 'bangang' , 'bodoh' yg dilemparkan pada Ustaz dzul. Sakitnya juga saya terasa. Sebabnya, sy ahli Gamis. Org kutuk pimpinan saya, saya juga pasti terasa. Seperti juga org kutuk ibubapa saya, sy pasti marah. Sya bantah sekeras-kerasnya perbuatan ini. Maka, jadilah org yg beradab.
Perbezaan pendapat itu perlu, dan biarlah diselaputi dengan adab.
Moga Allah mengampuni dosa kita semua
salam, mohon mencelah...
Hari ini ana sempat berjumpa dgn ADUN PAS selepas kem yang dianjurkan oleh DUN dan sempat juga bertanyakan tntg isu UG ini. Beliau berpesan supaya isu ini tidak dibahas lagi..ini adalah atas arahan pimpinan pusat PAS..harap semua thiqah akan keputusan ini.Jika isu ini terus di bahas, akan ada pihak musuh yang cuba mengambil kesempatan untuk memecahbelahkan jemaah PAS.
Tidak sayangkah kita kepada jemaah Islam ini? Satu jemaah yang berasaskan AQ, Sunnah, Ijma' Ulamak dan Qias ini? Dimana perginya tautan hati ukhwah fillah yang berdasarkan aqidah yang utuh?
Apa bezanya sikap UMNO dan sikap PAS klu perkara ini tidak dibendung? Ini lah yang ingin dilihat oleh parti kuffar tersebut. Matlamat mereka sudah tercapai dengan mencanang isu ini menggunakan media rasmi UMNO dan BN untuk memecahbelahkan PAS. Allahu Subhanallah, inilah ujian bg org yang mengaku cintakan Allah dan Rasul..Sebenarnya Allah sedang menguji untuk membuat tapisan siapa yang benar2 ikhlas dan siapa yang tidak. Ujian ini sebenarnya sama dengan kisah tentera t/jalut.
Kerjasama dr semua amat penting dalam memastikan keharmonian jemaah kita.
Cuma sebagai seorang kakak, suka untuk ana berpesan kepada adik2 sekalian supaya untuk menegur mengikut saluran yang betul. Isu ini kalau dibahas, tidak akan ada kesudahannya, ini kerana kita juga kurang arif dan tidak mengetahui masalah sebenar diperingkat pimpinan. Kita ada adab dan akhlak sebagai seorang muslim dan ana mengharapkan supaya isu ini terus tidak dibahaskan.
Kepada adinda Dzul, tidak salah untuk melontarkan pandangan..cuma apa yang akak harapkan :-
1. Ketelusan dlm memberikan pandangan dan tidak berunsurkan peribadi.
2. Apa matlamat akhir kita dalam memberikan pandangan, adakah hanya ingin melepaskan ketidakpuasan hati? adakah hanya sekadar untuk mengangkat diri sendiri? adakah hanya untuk membuktikan bahawa inilah gelombang kebangkitan suara mahasiswa? Adakah hanya untuk kepentingan peribadi? dan sebagainya..
3. Sebelum mengeluarkan pandangan diharapkan dapat mengkaji dengan lebih mendalam dan olahan yang dilontarkan teratur, terjaga gaya bahasa dan tidak keterlaluan. Pendek kata berhikmah. Kerana semua pembaca ada peringkat atau tahap penghayatan dan emosi masing2.
"Inna Solati, Wanusuki, Wamahyaaya, wamamaati, Lillahirabbil 'alamin"
Selagi mana perkara yang kita lakukan mengundang MARDHOTILLAH, teruskan.dan teruskan usaha itu..
"Tok Guru Tetap tok guru kami, Ust Nasha tetap pimpinan kami"
kamulah yg mengundang kegelisahan dan perpecahan...
"dalil tersebut banyaknya tekstual dan tidak disyarahkan"
jadi janganlah membuat ulasan apa2.. sehingga ia dijelaskan betul2 oleh TG... kita semua tahu ini hanyalah Idea.. yg akan kita bincang bersama-sama...
Maaf Ustaz, kat atas nie saya ada tulis Ustaz sombong... Saya tak bermaksud begitu.. mungkin syaithan telah menguasai diri saya pada masa itu... maaf.
to Khaulah:
Hamba lagi SEDIH dan SAKIT bila
*ustaz ZUl minta 'PEMILIHAN SEMULA' bagi jawatan Timbalan Presiden (x hormat perwakilan).
*Minta PIMPINAN letak jawatan
*Kata Dewan Ulama' = kuku besi
*Kata ada penipuan dalam pengundiaan pada Muktamar yg lepas.
*dan kurang hormat pada PIMPINAN..
*Sungguh2 nak berdebat dengan Ust Nasa.. bukankah kalo berjumpa dan bermusyawarah itu lebih baik...
maaf...
http://tuanibrahim.blogspot.com/2009/06/ciri-ciri-kerajaan-perpaduan-kenapa.html
cuba baca tulisan tuan ibrahim tuan man..dia lebih faqih..ko tu zul baru kenal jemaah 4 tahun..jgn bongkak
Salam,
Ana sudah membaca kesemua komentar termasuk kalam Ust Tuan Ibrahim Tuan Man.
Perlunya kita mengelakkan debat jika masih ada pilihan untuk berbincang. Biasanya, debat berlaku antara dua pihak yang berseteru. Jarang sangat debat berlaku antara dua kawan atau sahabat.
Dalam hal ini, amat wajar kita cuba memahami situasi dan cadangan UG terlebih dahulu. Lalu memberi sumbang saran. Bukan berdebat dahulu, baru cari keserasian.
Kepada tanpa nama, perlu juga ada orang bermulut laser macam anda. Tapi, biarlah laser dalam beradab. Jangan ikutkan emosi sangat. Nanti bila orang tahu siapa anda...JATUH MARUAH KERANA MULUT CABUL.
Dalam beberapa hal saudara Dzul sememangnya tidak maksum. Bahkan dalam beberapa hal saudara Dzul juga buat silap. Saya yakin, saudara Dzul sudah jelas akan kemampuan seorang manusia.
Cuma, agak wajar jika saudara Dzul menggunakan ayat yang lebih mesra agar tidak sampai merendahkan Ust Nasharudin. Dia juga lebih sedar situasi dalam negara berbanding kita. Dan dia juga lebih awal berjuang dari kita.
Belajarlah darinya...bukan berdebat dengannya.
Benar A. Ubaidillah, dalam menegur perlu beradab. Itu akhlak Islam yang sebenar. Betapa Islam mengajar kebaikan seseorang hendaklah dibalas dengan kebaikan. Tetapi Islam tidak pernah mengajar keburukan dibalas dengan keburukan. Kena faham usul ni. Dan segala pendapat yang dilontarkan dengan hujah perlu di hormati dan dimatikan dengan hujah jua. Jangan libatkan emosi dalam menegur, ini akan menyebabkan tujuan utama kita tersasar dan hilang keberkatannya.
Menegurlah dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang demi untuk memelihara Islam. "Bantulah saudaramu yang menzalimi dan dizalimi" [maksud hadith]
sahabt2 sekalian rujuk balik sirah nabi semasa dlm satu pprgn mgnai cdgn nabi supaya tentera islam berkubu di belakg mata air...dan shbt nabi tg x bersetuju dgn pndgn itu perg berjmpa nabi tye bhw itu wahyu atau skadr pndgn...bknnya terus jer buat sidang media terus kutuk....dikhlyk ramai....rujuk balik adab dalam berjemaah shbtku
Alhamdulillah...benar itu musafir.
Itu yang cuba ana nyatakan kepada pengomen di sini. Dalam Islam ada adab yang perlu kita patuhi. Jikalau antum berlaku biadab disebabkan saudara zul biadab, maka apakah beza antum dan dia? Antum benci kpd dia disebabkan kebiadaban dia dan berlaku biadab kepada dia. Dengan sendirinya antum membina satu lagi golongan yang benci kepada kebiadaban antum. Mungkin golongan ini tidak pro kepada saudara zul. Tapi sekadar benci melihat sikap umat Islam yang tiada akhlak. Sedangkan antara tujuan utama Islam diturunkan adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia. Jangan malu dengan saudara zul, tapi malulah dengan diri kita semua yang tidak mampu untuk menyelamatkan bukan sahaja saudara zul, tapi juga diri kita.
WA
Ingatkan nak pegang sampai mati,hehehe.
Baguslah tu, ada juga pandangan orang muda sikit daripada pandangan ust dzul tua yang perasan baguih tu
Catat Ulasan