Alhamdulillah, pertemuan saya dengan Ustaz Yusri Pengerusi ABIM petang tadi berjalan dengan baik. Sebelum ini saya juga bertemu dengan bekas Pengerusi ABIM yang terkenal iaitu Datuk Siddiq Fadzil. Ia membuka mata saya.
Sebelumnya saya dan rakan-rakan bertemu dengan Prof Madya Dr Mat Rofa. Tidak tersangka saya bahawa dulu beliau juga ABIM. ABIM, PAS, JIM, semuanya cintakan Islam.
Apabila berbincang dengan pimpinan daripada pelbagai jamaah, ia menambahkan rencah dan rempah ratus pemikiran. Ia amat mencabar dan menyeronokkan. Mahu saja saya berbicang perkara yang lebih kritikal dengan beliau namun bukan itu matlamatnya.
Saya melihat tiga pandangan yang sangat menarik dalam seminggu. Ust Yusri meminta saya bertemu pula dengan Prof Wan. Ingin sahaja saya menyatakan kepada beliau, bukan sekadar Prof Wan, malah dengan seramai mungkin ilmuan termasuklah Prof Kamal.
Minggu depan saya mahu bertemu dengan Ust Zaid Presiden JIM pula. Beliau mesti memiliki pandangan yang lain dan pemikiran yang kritikal. Wah, semestinya saya akan meneladani dan mencontohi keperibadian mereka.
Bersahabat dengan ahli jamaah lain, mendengar pandangan mereka dan berfikir bersama-sama, ia menyeronokkan sebenarnya. Baru saya sedar keluasan dunia dan ufuk ini. Selama ini hanya dalam GAMIS. Sekarang tidak lagi. Saya berharap mereka menerima saya bukan kerana saya GAMIS tetapi kerana saya adalah muslim yang wajib disantuni.
Apa Pengertian Costumer Journey dalam Bisnis dan Manfaatnya
Seminggu yang lalu
3 Cadangan/Pandangan:
Kuliah Dasar Taadud Jamaah perlu dikemaskinikan. Gaya penyampaian prajudis perlu dielakkan. Zaman sekarang maklumat sangat terbuka, tetapi masih ramai pimpinan dan ustaz yang terlalu rigid...
semenjak tamat induksi gamis beberapa jam yang lalu, aku makin membenci nta. cepatla berambus akhi, biarkan kami teruskan agenda idealisma yang lebih terarah
alhamdulilah,baguslah jika itu yang terbaik yang anta fikirkan dalam membina tamadun khayrah ummah..
ia bukan sekadar semangant politik semata-mata tanpa didasari ilmu sedalamnya..
moga anta menjadi contoh yang terbaik buat sahabat2 anta di dalam GAMIS..
wassalam
Catat Ulasan