Alhamdulillah, saya dan rakan MT yang lain bersyukur melihat perkembangan kebijaksanaan adik-adik yang bakal menggantikan kepimpinan kami dalam GAMIS. Masih dalam permulaan, namun sudah nampak riak kesungguhan meskipun masih dalam rentak sederhana.
Mereka berhak untuk menidakkan segala tindakan saya yang ‘melampau’ dasawarsa ini. Mereka juga berhak untuk menggubal satu tindakan dan pemikiran baru yang lebih baik. Saya tidak akan menyibuk dalam kepimpinan mereka nanti.
Saya berpesan kepada mereka, dan mereka berhak untuk tidak mengendahkan pesan-pesan saya. Saya mengingatkan mereka, jadilah ahli gerakan mahasiswa Islam, yang lain daripada yang lain, yang tidak mempunyai sikap bias bahkan bergerak berdasarkan rasa anak muda dan mahasiswa.
Jika mahasiswa bergerak atas dasar orang dewasa, maka ia akan jadi semacam Pemuda UMNO atau Pemuda PAS. Ia mesti berbentuk muda. Dan mahasiswa tentunya. Ia tidak boleh sama dengan yang lain. Barulah rencah gerakan itu menarik dan ada check and balance.
Namun saya tidak kisah jika pesan-pesan saya diabaikan. Mungkin benar saya terpengaruh dengan idea keilmuan dan keintelektualan sahabat PKPIM. Mungkin benar saya terpengaruh dengan laungan idealisme mahasiswa dan tempikan watch dog action. Namun saya tetap cuba membumikan tindakan saya dan melangitkan idealisme dan pemikiran.
Saya tidak boleh melihat UMNO dengan kaca mata ahli PAS, begitu juga sebaliknya. Saya mesti mencari kelainan. Itulah tujuannya gerakan pelbagai ditubuhkan. Apabila terdapat dua benda yang sama, maka salah satu adalah tidak relevan.
Pesan-pesan saya, boleh dibakulsampahkan dan saya tidak kisah. Kerana pemikiran ini, sesuatu yang mengalir tidak beku.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
4 Cadangan/Pandangan:
mmg pandai enta reverse psiko..byk tulisan enta diakhiri dgn ayat mmhon belas kasihan scra tersirat...ana kene blajar dgn enta ni
semua komen dan artikel berlegar tentang PAS sahaja. bukan kah GAMIS patut menilai kembali objektif penubuhannya. Kalau sekadar ingin mengembur-gemburkan isu-isu PAS. tidak perlu penubuhan GAMIS. banyak lagi isu kebajikan pelajar yang perlu diperjuangkan..
Kenapa lah pimpinan GAMIS seolah2 milihat apabila keluar dari universiti. perjuangan melalui PAS. sungguh cetek dan dangkal pemikiran ini..
tolonglah GAMIS kembali memperjuangkan obkjektif asal penubuhan GAMIS. jika ada pimpinan GAMIS yang ingin perjuangkan PAS. sertailah platform PAS. jangan memperkudakan GAMIS.
'Budi Bahasa Budaya Kita'
"Presiden GAMIS Sedia Berdebat Dengan Ust Nasharuddin dan Dato Mustapa Ali"
Hebat. saya sokong ketegasan sdr. kita mesti tunjuk GAMIS pun ada suara dalam menentu halatuju politik negara.
ni baru betoi gamis sayang oi... jd check n balanceee PAS.. bukan UMngok barisan nasiyonal laknatullah..
biar padan muke PAS kene muhasabah.. nak berjaya kena ade org yg menongkah arusss...
dah timbul camni baru lah korg sibuk2 nak backup PAS.. tp just back up je pun.. wat keje nye tak nampak langsung.. sengal tahap gabaniah..
yg pas NI TAK PYH DOK SIBUK2 TURUN KAMPUS!! dulu mcm badak jer.. buat bodo kat mahasiswa.. lani baru kene kutuk dan uji baru terkial2 mcm kure2.. yg hangpa tau kerah dan jadi!!!
yang mahasiswa gila walak ni pulak 100% duk follow arahan WAJIBULGHUNNAH buat! oleh PAS..
ingat hangpa tu penggerak massa dan pencipta sejarah gerakan student.. PAS buat apa yg mahasiswa buat dulu... tp sekarang mcm gampang!! korg lembap dan bacul.. ni yg PAS lahirkan!!!!
Brav02x!!!...........
teruskan anak bangsa nasinalisss
Catat Ulasan