Akhirnya mungkin ada benarnya juga pandangan Ustaz Rizal, bahawa tamrin mesti keras dan menguji mental dan ketahanan fizikal. Tamrin BTN, ada juga fizikal. Tamrin PTD, ada fizikal. Tamrin untuk bakal guru JQAF, ada fizikal. Tamrin Askar Wataniah atau PALAPES, lagi-lagilah fizikal.
Kata ustaz, latihan ini dibuat sebelum berlaku sesuatu. Tiada latihan yang dilakukan semasa sesuatu berlaku. Maka kekerasan diwujudkan sebelum berlakunya peperangan. Sekarang peperangan berlaku di Selatan Thailand. Maka semestinya kita bersedia.
Dan mungkin lebih radikal lagi, kita sepatutnya sudah berani menghantar sepasukan ahli gerakan Islam untuk ke sana untuk berjihad. Jangan tunggu sampai ia merebak ke negara kita. Tidak boleh hanya desakan tetapi mesti melalui jihad.
Saya sebenarnya tidak tahu apa solusi terbaik. Saya sekadar ingin berbincang tentang nasib saudara kita di Selatan sebenarnya. saya menyebutkan kepada sahabat-sahabat Lajnah Siasah, jika kita benar serius tentang Selatan, maka tidak perlu sekadar demonstrasi.
Yang perlu ialah, kita mengadakan kutipan derma secara besar-besaran. Turun ke jalanan, mengutip derma secara terbuka. Saya bersedia bersama. Semua ahli jamaah, menghulurkan bantuan sebanyak-banyaknya. Sama ada pakaian mahupun kewangan.
Saya masih menanti perancangan Lajnah Siasah. Jika lambat benar perancangan tersebut, saya dan rakan-rakan dari Lajnah Siasah GAMIS yang akan turun sendiri ke medan untuk mengutip derma. Tindakan mesti disegerakan. Aksi perlu diperkasakan.
Inilah Teknik Seni Bela Diri di Avatar, The Last Airbender
Sehari yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
Assalamualikum..
terasa sentuh hati ini mlihat akn kematian&pg0rbanan saudara seisalam..di wilayah islam pattani (selatan thai) yg msh di jajah..di hina..slm 200 tahun lbh di tindas..tidak ada gagasan besar smaada 0IC atau pn apa2..yg mahu mbela nasib mrk..evrydays,ada yg tk0rban..di 2 pihak msg..apatah lg,ana nie mrupakan kluarga asal wilayah pattani..em..bagus2..ana s0kong idea ust dlm bgerak mringankn dugaan&cabaran umat islam pattani..ana s0k0ng 100%..tp di sini..ana hrapkan duit yg dikumpul dpt di salurkn ke tempat yg "sesuai"...kita bkn sahja mgangkat msalah di sini..tp jgak msalah2 umat di sekitar kita..alhamdulillah..buat yg tbaik dlm mbangunkn mahasiswa islam..salam syang kpd ust dzul&barisan pimpinan yg lain..syukran..
Salam.. kan senang hati ana... ust tulis entry2 mcm nie.. kalo macam nie saya kan menyokong ustaz.. rela di jalanan membantu Ust.. Jauhi kontroversi.. mantapkan jamaah.. hehe.. sori Ust.
Catat Ulasan