Selasa, 16 Jun 2009

PAS, ADAKAN SEMULA PEMILIHAN TIMBALAN PRESIDEN


Saya mencadangkan agar PAS mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar atau EGM. Tumpuan yang paling jelas ialah pemilihan semula pimpinan tertinggi dalam PAS khususnya dalam Timbalan Presiden.

Bukan saya pendokong Datuk Husam, maka saya menggesa ke arah itu. Tetapi saya melihat satu perkara yang semakin mengganggu PAS dan telah menimbulkan satu kerunsingan yang maha dahsyat. Berkenaan kerajaan perpaduan.

Nampaknya isu ini belum padam bahkan semakin hangat selepas muktamar. Ini satu kerugian dalam PAS. Ia menambahkan kematangan dan pemikiran. Namun ia sangat merugikan. Pelbagai jalur cerita yang saya dengar namun saya tidak akan menelannya bulat-bulat.

Maka saya mencadangkan diadakan semula pemilihan Timbalan Presiden khususnya. Ada satu tujuan tersirat yang mungkin boleh dicapai.



Pertama, jika Ustaz Nasarudin Isa menang, maka sah ahli PAS masih bersama beliau dan rela mendokong perjuangan dan agenda kerajaan perpaduan. Pasti ia akan memberikan tamparan yang sengit kepada pendokong Datuk Husam.

Dan jika Datuk Husam menang, maka ia memberikan dua kesimpulan penting yang harus kita renung bersama-sama. Kesimpulan bersifat zan (sangkaan) dan yang bersifat nyata dan jelas.

Jelasnya, perwakilan menyedari kesilapan mereka menolak Datuk Husam dalam muktamar yang lepas. Yang zan pula ialah, berlaku ketidaktelusan atau mungkin lebih radikal saya katakan, berlaku penipuan, atau lebih baik, berlaku kesilapan dalam pengiraan undi baru-baru ini. Saya tidak menuduh, cuma saya menyebut ‘zan’ yang mungkin akan timbul.

Dalam mencapai kejelasan ini, ada baiknya sebelum diadakan EGM tersebut, PAS mengadakan ruangan debat dan hujjah terbuka antara Datuk Husam, Ustaz Nasarudin Isa dan Abang Mad. Biar mereka jelaskan apa hala tuju parti pada pandangan mereka.

Biar ahli mendengar pandangan mereka berkaitan kerajaan perpaduan tentunya. Biar ahli yang menilai.

Saya menggesa PAS melaksanakan EGM secara segera. Demi menghapuskan konflik kepeningan yang melanggar ahli PAS. demi mengelakkan sebarang prasangka yang kian membengkak.

Dan saya mencadangkan, agar bukan lagi Datuk Mustapha Ali sebagai pengerusi pemilihan demi menjernihkan keadaan. Wallahu a’lam.

11 Cadangan/Pandangan:

Ada Nama berkata...

Cadangan yang karut lagi karut.
cuba fikir sedalam mungkin sebelum menyatakan pandangan. Terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau melihat formula sdra. Kenapa sdra tak minta jawatan Tim Presiden PAS dihapuskan macam Dewan Ulama.

my two cent

fadhlullah on 16 Jun 2009 pada 8:06 PTG berkata...

salam,pres.gamis kata artklnya bukan mnnjukkn bliau pro kpd mana2 pihak smada husam atau us.nasarudin mt isa..tapi,hkikatnya sblm mktmr lg bliau sudh mnulis artkl scra trg2n ,mytakan skogn jika jwtn tim.pres dpt pd husam...ok,lupakanlah..soalnya,slsikah kpeningan ahli bila jwtn tim.pres dipilih smula? atau pres.gamis mmg nk dato' husam yg duk jwtn tu?jd,apakn pres.gamis yg ingin mnmbh kclruan dgn mgjr ahli pas lwn kptsn mktmr?kalu tk puas hati dgn jwtn tim.pres dpt pd org lain pun..tak kan smpi mcm ni cdgn...afwan abg dzul.tk slh jg kalu adik2 bru blaja mcm ana ni brbeza dgn abg kan..slm pjugn.

hamba on 17 Jun 2009 pada 1:02 PG berkata...

MENGARUT!

salam... Maaf,
saya bukan penyokong YB Husam @ YB Ust Nasa..

Kenyataan anda juga bermaksud, pemilihan utk Jawatan Presiden juga perlu diadakan semula.. Kerana idea gagasan perpaduan adalah dari Presiden..

Bagi pendapat saya yg kotor ini... penyelesaian yg terbaik adalah melalui majlis Syura.. Perbincangan segera perlu diadakan pada peringkat tertinggi PAS.. Kejernihan perlu dicari...

Perwakilan telah memberikan sokongan yg besar kpd Ust Nasa.. Mengadakan pemilihan setiap kali keadaan kegawatan bukanlah idea yg tepat!

punca masalah perlu dicari dan diselesaikan secara berhikmah!

lgpun perwakilan telah berikan sokongan yg besar pd Ust Nasa.

berhati-hati dengan patah perkataan anda.. kerana ia boleh mematahkan perasaan org.

Tanpa Nama berkata...

artikel ni menggambarkan seolah2 berlaku perpecahan d dlm PAS...
apa ni tuan presiden....
xkan tmakan dgn hasutan utusan malaysia dan tv3 kot...

hamba on 17 Jun 2009 pada 1:28 PG berkata...

saya juga tidak faham mengapa anda menulis artikel ini.. anda sepatut menjernihkan lagi keadaan.. kenyataan: meminta itu dan ini berhenti/letak jawatan.. dan beberapa kenyataan anda yg lain, membuat hati ini cukup gelisah.. tidak akan menyelesaikan permasalahan!

Ya, anda tidak menuduh... tapi persangkaan yg anda timbulkan amat/sangat berbahaya... Jauhi persangkaan buruk... ia memusnahkan ukhwah seperti kayu dimakan api..

Apa hujah, dalil, bukti anda berlakunya penipuan dalam pengundian?? mengemukakan sesuatu memerlukan bukti dan asas.. terutamanya bila ia datang dari pimpinan seperti anda!

Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, QS4/114, dan QS 23/3), dalam hadis nabi s.a.w menyebutkan: “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” HR Bukhari Muslim.

fadhlullah on 17 Jun 2009 pada 2:56 PG berkata...

assalamualaikum kekandaku,
1) jika isu krjaan prpduan mnjdi pnybb artkl ini ditulis,saya mncdgkn juga agr sdr pres.gamis mcdgkan juga Presiden PAS pun dipilih smula,ust tuan ibrahim pun dplih smula.bukn smata2 tim.pres krna idea ini bukn idea dr tim.pres shj.(itu jika sdr pres.gamis tidak mahu prmslh ini 'mrugikan pas'.
2) sdr mnyatakan jika ust nasrudin yg mng,ahli pas msih akn bsama beliau.tapi jika husam yg mng,ada 2 kmgkinn brbntuk zan dan yg jelas.kmudian sdr mnybut pula,'jelas prwkiln mnydri ksilapan mnolak husam'. sbnrya sdr pres.gamis mahukan yg mana dn bnrkh prwkiln mnysl krna tidak mnaikkan husam?atau sdra sdiri yg trasa hasrt ingin mliht dato' husam yg naik (sbgimana artkl sdr sblm mkmtr) gagal brlaku?
3) sdr mnybut 'zan' bahawa mgkin ada pnipuan dlm pgiraan undi.saya yakin sdr ada 'mlumt khas' dr dalam pas khasnya dibhgian pgurusn pmilihn atau mana2 indvdu yg mnympikn pd sdra.jika ssuatu blum pasti,sdr tlh mnulis dsni..maka sdrlah yg mnmbh kecelaruan dlm pas bhkan tlisn sdra inilah yang akan mnbhkn hilgnya wala' ahli pas pd pmpnannya.jika bnr brlaku pnipuan ini, mhn sdra dedahkan.jgn skdr mnbulkn plbgi spekulsi diklgn ahli gamis dn ahli pas sndiri dgn knytaan sdra...
4) utk apa ruang debt antara husam dn us.nasrudin sdr cadangkan smata2 untk mrk mpjleskn hala tuju pasrti mnurut mrka? adkh pas bru mncipta hala tuju saat ini? atau inginkn ahli pas mliht prbezaan pdgn yg ketara antara husam dan ust nasrudin...scara tidk sdr,sdrlah yg mluaskn perpecahan ahli pas!!!
5) sdr inginkn prpduan trwujud dlm pas.tapi hakikatnya sdr sdiri yg mgeruhkn keadaan dgn istilah 'blok-blok' trtntu dlm pas sprti prfsionl,ulama dn sbginya..jelas sdra jg trkesan dgn media pihak musuh shga sdra mnjadi aneh mminta org lain mgnti tmpt mustfa ali.brmkna istilah 'blok pmpnn trgnu' blok husam' blo presidn dn sbginya yg dimainkn mdia jg bbrpa indvdu pnulis blog telah dimakan oleh sdr juga sbgi pres.gamis.so, prpduan dlm pas apa yg sdr harapkan dgn cdgn ini????
afwan abg dzul...skli lagi adik ini mlawan..salam pjugn.

Pemerhati berkata...

Salam Bro,

Antara persepsi saya (baca:persepsi)
Orang pakat bagi undi kat Ust Nasha arituh pasai depa termakan sentimen Dr Haron Din lepas dia 'serang' kem Husam dengan ucapannya. Sentimen Kepimpinan Ulama seperti yang diulang-ulang oleh Dr Haron Din seolah-olah memukau kebanyakan perwakilan dan hasilnya nah, undi utk Ust Nasha mengatasi jauh undi Husam meski andaian sebelum itu kedua mereka bertempur sengit

Tapi cubala kalau kita buat balik pemilihan seperti cadangan Bro tu lepas TG Nik Aziz punya statement yang pedas kpd Ust Nasha tu, mai kita try tgk..apa yg akan berlaku..

Bukan niat sy nak bsangka2.. tapi inilah yg dok berselirat dalam kepala otak nih..

Sy pn x tau. Tula pasal bila baca idea Bro ats ni xsetuju2 sy pun sy rs geligala jugak otak Pres Gamis ni...

hamba on 17 Jun 2009 pada 8:48 PG berkata...

salam..
maaf.. sekiranya 2 komen saya diatas agak kasar buat saudara... maaf..

DEMI ALLAH.. saya hanya harapkan kerjernihan... dan saya berlapang dada dengan semua..

“Kesejukan kasih sayang-NYA semoga selalu menerangi hari-hari anda dengan kebahagian”

~hamba yang fakir, hina disisi Tuhannya~

aku wala on 17 Jun 2009 pada 9:58 PG berkata...

tak habis2..mana wala' ko terpekik terlolong suruh geng inteligent wala kat ko, ni ko nk suh lawan kputusan muktamar pulak.. bg ana GAMIS sudah tak relevan dgn adanya pimpinan mcm ni.. enta hnya nk menaikkan husam shja dan kontra dgn ust nasa.

aku tak tau la nk ckp cmne lg kt ahli jemaah kalau tak sedar lg sape zulkhairi ni...dia berani tulis bgini sbb dia nk berselindung dgn statement tok guru n.aziz td.

Baca perenggan pertama,terang2 dia memperlekehkan pimpinan PAS,seolah2 dia tu hebat sgt dan arif sgt pasal bab haraki. dia kata para pimpinan PAS akan terkial2 jk dia mnta pimpinan pas jelaskan ttg WALA..wahai ahli jemaah,aku dh iystihar perang lama dah kt zul ni dgn apa dia buat sebelum ni..kalu korang semua tak paham lg aku taktau la...

Tanpa Nama berkata...

Salam. Ana secara terus terang, semakin benci kepada nta. cepatla turun dari jawatan. semoga blog nta.... x jadi fitnah pada gamis

~maaf kan ana~

Tanpa Nama berkata...

Salam. Ana secara terus terang, semakin benci kepada nta. cepatla turun dari jawatan. semoga blog nta.... x jadi fitnah pada gamis

~maaf kan ana~

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE