Isnin, 15 Jun 2009

PERMOHONAN MAAF


Saya rasa saya perlu meminta maaf di atas segala polemik yang telah berlaku sepanjang saya mencurahkan idea. Saya rasa, ada dua kesilapan besar saya yang patut saya betulkan. Saya dahulukan dengan mengucapkan terima kasih di atas segala teguran.

Pertama, saya tidak memberikan penjelasan yang setepatnya berkaitan pandangan saya. Saya tidak berniat mencetuskan kontroversi sebaliknya memang itulah bentuk pemikiran saya. Namun saya kurang memberikan penjelasan terbaik.

Kesilapan kedua adalah, mungkin kerana saya sedikit kurang beradab. Maka saya amat menyesali segala kekurangan saya itu. Saya berharap ia merupakan proses kematangan dan kemandirian saya.



Dari sudut pemikiran, saya mungkin mempunyai bentuk pemikiran tersendiri. Soal betul salah bagi saya ia bukan perkara terpenting. Yang terpenting ialah, saya berusaha untuk mencari apakah yang paling tepat dan sesuai. Kedua, saya tidak merendah-rendahkan pandangan orang lain.

Dan yang ketiga, semestinya saya mesti bersedia untuk ditegur dan dikritik. Maka saya menerima dengan dada terbuka. Rasanya, kesilapan menggunakan beberapa istilah termasuk ’menghapuskan’ Dewan Ulama adalah kesilapan besar yang tidak boleh dimaafkan.

Saya mengharapkan ayahanda Dato’ Harun Taib dan sekalian pendokong Islam sudi memaafkan saya dan memberikan tunjuk ajar.

Dalam soal akhlak dalam menegur dan memberikan pandangan, mungkin saya banyak kali melakukan kesilapam yang besar ini. Maka saya merendahkan diri saya memohon jutaan kemaafan.

Saya berharap kematangan saya berfikir dapat dikembangkan. Saya juga berharap ruangan untuk tegur-menegur, nasihat-menasihati dan tunjuk-menunjuk akan kekal menjadi budaya dalam Gerakan Islam.

Saya, Mohd Dzul Khairi memohon maaf di atas segalanya. Tidak bermakna saya menarik pandangan-pandangan saya dan tidak bermakna saya akan berhenti daripada memberikan pandangan.

Cuma ia bermakna, saya akan lebih berakhlak, berhati-hati dan memberikan penjelasan yang seterang-terangnya.

Ahli GAMIS berhak untuk mengkritik saya dalam ruangan yang tersedia. Islam sesungguhnya, adalah agama yang tertegak atas asas nasihat keImanan.


18 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

Ni baru gentleman...
Buat slh,then pohon maaf..

truskan pjuangan ust dzul!

Masturah Abu Bakar on 15 Jun 2009 pada 7:45 PG berkata...

Assalamualaikum ust.

Tahniah atas sikap keterbukaan menerima kritikan dan teguran.

Dari Abu Zar r.a., bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Seorang Muslim itu ialah ketika kaum muslimin yang lain selamat dari gangguan lisan dan tangannya yakni selamat dari kekejaman perkataan serta perbuatannya. Seorang muhajir - yang meninggalkan - ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Muttafaq 'alaih)

hamba on 15 Jun 2009 pada 10:33 PG berkata...

Salam..
Tahniah..

Moga bersama-sama kita bersua dengan kejernihan..

"Kesejukan kasih sayang-Nya semoga selalu menerangi hari-hari anda dgn kebahagiaan"

~hamba yg fakir disisi Tuhannya~

Tanpa Nama berkata...

saudara Dzul,

TG Yusof Rawa pernah mencadangkan nama dewan ulama dan intelektual PAS.

"Idea yang terkedepan mesti disulami dengan pendekatan yang penuh berhikmah"

Perjuangan ini bagai air sungai yang menghilir ke kuala. Di kuala ketemui laut yang terbentang luas. Luasnya medan perjuangan, lagi luas cabaran menanti. Sempitnya dulu sebagai di hulu sungai sebagai mahasiswa, selepas alam mahasiswa yang bujangan semasa mengalir menderasi liku-liku sungai dan kini di lautan luas selepas berkeluarga.

Biasalah saudra dzul, adat anak muda mesti radikal mindanya. Letusan gunung berapi semangatnya.

salam perjuangan di alam lebih dewasa

yang mulai tua,
mamat.com

~akuhamba~ berkata...

mabruk!
beginilah rijal dakwah yg kita semua harapkan.

siapapun dia, peringkat mana pun duduknya, semua org dlm proses belajar.
semua org pernah silap.
"man laa yukhthi'u laa yaf'alu shai'a."
sesape yg xpernah lakukan ksalahn, maka dia xpenah mlakukan apa2.
jd, saudara juga telah melakukan sesuatu, dan bukan statik. setiap apa yg blaku bg da'ie itu adalah medan muhasabahnya, yg x kira mana2 tmpt pun.

berilah penjelasan, kerana saya dan yg lain2 ingin mdgr pnjelasan saudara. pemikiran anak muda jgn dicantas, dengarkan dulu penjelasannya. jd, tolong jelaskan agar semua faham apa yg terbuku dan hadir difikiran saudara.

qulilhaqqa walaukaana murra.

teruskan perjuangan wahai saudara.

slmt bmujahadah

muhammad berkata...

Saya mengharapkan Ustaz dapat fikir semasak2 sebelum membuat sesutu kenyataan. Kami bimbang sekiranya kata-kata ustaz yang seolah2 "mencalar hati" pimpinan pusat, maka seluruh ahli JIK dianggap derhaka kepada pimpinan, kerana ustaz adalah pemimpin kami di peringkat kampus..

semoga ustaz tidak berhenti dari terus mencambahkan pemikiran mahasiswa dan
TOLONG BUKTIKAN KATA-KATA USTAZ INI UNTUK ENTRI2 SELEPAS INI
-(Pertama, saya tidak memberikan penjelasan yang setepatnya berkaitan pandangan saya. Saya tidak berniat mencetuskan kontroversi sebaliknya memang itulah bentuk pemikiran saya. Namun saya kurang memberikan penjelasan terbaik.)

Tanpa Nama berkata...

dulu kata GAMIS non partisan. kemudian sdra sokong giler-giler kpd PAS. apa makna ni sdra. semua org tau GAMIS tu proksi PAS. sepatutnya sdra masuk terus dalam Pemuda PAS. tak payah lah berselindung disebalik tabir GAMIS.

hmmm... berkata...

adoi sedeynyer gua tak dapat nak membebel dalam shoutbOOOX.. kuwang2..

weh! caya la bro dzul!! jgn termakan sangat pujian mangkuk2 di atas ni bro dzul.. (takut lu cair ja..huhu)
teruskan kritikan membina ust dzul.. pimpinan bukan maksum beb! (tp perlu juga dihormati selagi tak bawak jemaah ke arah kemungkaran dan kejatuhan!! )... bravo! wa caya lah sama lu..

adios mbeledos!!

Tanpa Nama berkata...

Kepada tanpa nama di atas:

Kalau benar pun GAMIS itu proksi PAS, apa masalahnya?? Salah di sisi undang-undang ke??

Pemikiran yang kolot lagi ketinggalan zaman...

UmmuUmairah berkata...

Salam kepada Adikku Dzulkhairi,

"Percayalah bahawa Islam itu tertegak melalui jemaah. Jemaah itu tidak boleh wujud tanpa bai'ah (sumpah setia). Bai'ah tidak ada nilai tanpa wala' (ketaatan). Wala' tidak boleh terbina tanpa thiqah (kepercayaan). Dan thiqah tidak boleh hidup tanpa sabar.
"

Walauapepun..teruskan perjuangan TINTA anda..sesungguhnya TINTA anda bukan sampah kerana ia didengar dan dijiwai oleh pihak2 yang berkenaan. Namun jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan..TINTA yang teliti dan penuh hikmah perlu.

Atas tuntutan NGO dan suara mahasiswa dan wakil golongan muda yang bernama GAMIS, pihak PAS Selangor telah membetulkan ayat usul kembali nya tentang isu SIS. Namun harus diingat adikku, jagalah nilai2 yang sewajarnya ketika membahaskan sesuatu isu..

Jangan ugoh dengan segala cobaan namun nilailah ia sebagai satu usaha penambahbaikan..Nilai keazaman dan keikhlasan yang tinggi akan membuahkan hasil yang berkualiti...jauhilah dari perasaan riyak dan membesarkan diri. wallahu'alam.

Ada Nama berkata...

aduh, kasarnya bahasa. ni lah kot bahasa pejuang2 GAMIS. sepatutnya GAMIS memperjuangkan objektif yang tersendiri. bukan macam lembu kena cucuk hidung. jika PAS terlompat dgn sesuatu isu. Pimpinan GAMIS terus keluar kenyataan menyokong isu-isu yang di bawa oleh PAS.

Tidak boleh kah GAMIS bertindak sebagai pelopor dalam isu-isu semasa. Bukan hanya setakat golongan yang menepuk tangan sahaja.

Sehinggakan kepimpinan baru PAS pun, GAMIS nampak terlalu ektrem menyatakan sokongan.

Kalau lah memang objektif memang untuk sokong PAS, masuk sahaja dalam Pemuda PAS. Zaman moden sekarang ni tak payah lah nak berselindung di sebalik topeng.

"Budi Bahasa Budaya Kita"

Tanpa Nama berkata...

Salamullah..
Pada pendapat sya lontaran idea dan pandangan ustaz Dzul dek kerana ustaz Dzul berani melangkah dan menyatakan kebenaran, bukan terikat dengan dogma atau stigma dan tradisi yang tidak berpadanan dengan worldview dan mad'u yakni masyarakat di luar sana..

pandangan kritis dan membina ustaz Dzul tidak akan disalah faham org jika mereka ambil substance dan bukan form..namun soal adab dan budi bahasa kita xboleh kompromi..

apa pun, bagi sya ustaz Dzul seorang yang berani dan tidak bersifat taksub atau jumud, dan seorang yang sangat banyak membaca buku yang pada fikiran ORANG ISLAM kini bukan bidang mereka...

dan semoga GAMIS dlam teno ustaz bjaya membentuk sebuah persatuan Islam yang berfikiran kritis dan membina dengan idealisme tersendiri..

tahniah ustaz. Jemput hadir ke UIA nilai bila bagi forum.
Mungkin kita bicara soal dikotomi ilmu atau captive mind dlam masyarakat barangkali?

Ayuh membangun bersama Islam!

Tanpa Nama berkata...

tahniah akhi..beginilah rijalullah..kesilapan x pernah lari dari kt.Ana kagum dengan akhi..jk begini saratnya ilmu..pasti PAS X ketandusan pendokong2nya selepas ini

Tanpa Nama berkata...

slm
tahniah kerana sedia mohon maaf tpi tetap idak gntar untuk mmbuah pandgn bernas

jika berani menerima teguran dn kritikan sebnrnya anta telah meankah jauh kehadapan
kran kritikan itu yg mematangkan kiter btul tak?

terlajak perhu boleh diundur terlajak kata buruk padhnya..

erm.tak boleh guna pakai ni pepatah ni
kata kata boleh dibaiki dengan permohnan maaf yg ikhlas..

namun.yelah anta perlu lebih beradab dlm menyuarakn pendapat
memang kiter perlu lantang berkata kata.menyuarakn sesuatu..
tatpi kerna kita ni deal dgn manusia...kna hati hati tapi jgn smpai terlalu berhati hati smpai takut lak nk mengkritik..
cume perlu diseimbangkan...
pasal hapus dewan ulama tu memnglah..tak patut kan>>

stulagi meng kite najk idea yg fresh yg hebat
tapi bile bercakap pasal sesuatu yg melibatkan org lama..perlu piker masak2..dalam2...sebelum mengeluarakn kenyataan...
apalagi kalau kter org yg berpengaruh
andai kata terlalu menyimpang ia mepengaruhi org sekitar rite?

anayway,..ustaz teruskan perjuanagn...
bukan senng menjadi insan sehebat ustaz...
smga kmahiran klebihan yg ada diguakan sebeknya utk islam tercinta...

Tanpa Nama berkata...

be what u think u are coz u are the one who can define your own self

as long as there is a room of improvement within yourself
do believe that u'll never lost..

mabruk!

d.i.s.m.a berkata...

yuk. dzul, anta dihentam bukan main hebat juga. tp hebat lagi tujahan batu yang dilempari penduduk bani Thaif.

Rasulullah penyabar, baginda bukan pendendam. Kiranya baginda pendendam, baginda berupaya menerima tawaran pertolongan dari Malaikat yg dihantar Allah. Dalam masa yg sama Allah terus menguji dan membimbing insan bernama Muhammad itu. Ternyata tiada sekelumit amarah dan dendam kepada bani thaif. Baginda maksum. Ya, Allah sentiasa pelihara baginda.

Akhi,
Itu hanya secebis berita dari siratunnabawi. Anta menerima ujian juga. Dihujani dengan kata-kata yang kurang manis kerana anta mencetuskan buah fikiran anta. Ana tertanya, sampai bila masyarakat nak maju, kalau inilah hasilnya, bila ada sedikit kelainan dalam buah fikiran. Anta melobi Husam? Ana tak nampak pulak kes lobi melobi ni. Anta kemaruk tengok husam jd Tim Pres Pas? Apalah sangat dengan kemaruk dan taksub orang. Bukan itu di benak dan fikiran anta. Anta memandang halatuju gerakan dan Islam ke hadapan. Bukan anta memandang enteng pada kebolehan kebijaksanaan Ust Nasa. Sama sekali tidak, bukan?

sebenarnya dipihak sana, mereka bergembira lantaran ahli dan kepimpinan sudah berlaku berpuak-puak. Mereka berjaya dengan ciptaan provokasi cetusan jahanam mereka. Mereka berbangga melihat pendokong2 Islam ini berpecah belah.

Akhi, keputusan sudah diperolehi. sekarang, kita sudah punya tanzim. Tanzim gerakan pusat sudah dibentuk. Redha adalah jalan terbaik. Bukan ana kata akhi tak redha. Malah anta lebih memahami konsep redha dari ana yang dhaif ini. Barangkali perlu dibuat penilaian semula dan pemilihan semula? Teruskan lah. Teruskanlah menyokong dan membantu pimpinan yang ada. Tak semestinya yg x terpilih itu x layak, bukan?

Pilihan dan ketetapan Allah lebih baik. Sdr Husam hebat dalam stratergi. Ust Nasa, dengan kelembuta, Abg Mat dengan keberanian yg kita sendiri nampak jiwa yang sanggup berkorban. masing masing ada kelebihannya. Saling tampung menampung. Mereka semua arif benar tentang perkara ini. Saudara juga arif.

Janganlah membantu pihak yg suka mencaca merbakan keadaan itu bersorak gembira kemenangan dengan apa yg mereka lakukan. Benar, apa yg mereka kata, xboleh tolak mentah2. tp, menerima itu bukan untuk pemecahan dan melemahkan gerakan. Buat tapisan yg baik. Supaya ia menjadi koreksi yg berkesan menghadapi lawan. Bukan pemecahan yg berpanjangan.

Akhir kata, saudaraku dzulkhairi.. dan juga saudara2 lain..

kita meyakini apa yg kita perjuangkan. Matlamat pembentukan sebenar adalah dakwah Islam tersebar luar. Cahaya Islam sampai kepada semua.
jadi, kita penggerak pendokong..
jika sibuk terlalu dalam membahaskan hingga menghancur dan mencaca merbakan keadaan, maka visi takkan tercapai. Jika sebelum ini kita bercakap PAS sebagai alat, politik sebagai alat, kita mengasah alat sampai tak sedar kita ditujahi peluru musuh hingga berderai alat, musnah kem pertahanan, maka akan tercapaikah matlamat?

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid atau kemenangan.

Bangkitlah anak muda,
berlapang dadalah wahai tua dan muda

Jangan kamu berputus asa dengan rahmat Allah.Teruslah, terbang mencari redha rabbi di sidratul muntaha..

sekian.

Ahmad Ulwan b Hassim on 21 Jun 2009 pada 1:15 PG berkata...

Salam..
pertamanya nak ucapkan tahniah kerna berani untuk mengakui kesilapan yg dilakukan seperti mana hadis nabi" setiap anak adam melakukan kesilapan,dan sebaik2 org yg melakukan kesilapan ialah orang yg bertaubat kepada allah"..

CUMA saya sekarang semakin bingung dan kadang2 terasa kecil hati kerana ramai dlm klgn ahli jemaah islam itu sendiri sudah semakin melupakan adab di dlm berjemaah itu sendri..sebagai contoh isu KERAJAAN PERPADUAN yg dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden..ramai dlm klgn ahli mhpun mahsswa lntg menentang secara trg2gn sehgg boleh merosakkan jemaah itu sendiri..TIDAKKAH.kita semua pernah membaca @ MENGKAJI sIRAH NABi ttg bgmna semasa pprgn BAdar..nabi mengarahkan kepda tentera ISLAM agar membuat kubu dibelakang mata air..dan shbt nabi yg tidak bersetuju dgn cdgn itu terus berjumpa dengan nabi meminta penjelasan drpd nabi ttg cdgn itu smda itu adlh wahyu @pndgn nabi..?bukannya shbt itu terus menghina atau mengutuk cdgan itu dikhalayak ramai...membuat sidang media mengutuk cdgan itu..akan tetapi shbt tersebut berbincag face 2 face dgn nabi meminta pnjlsan drpd nabi..bknkah ini lebih baik????

Ada Nama berkata...

semua komen dan artikel berlegar tentang PAS sahaja. bukan kah GAMIS patut menilai kembali objektif penubuhannya. Kalau sekadar ingin mengembur-gemburkan isu-isu PAS. tidak perlu penubuhan GAMIS. banyak lagi isu kebajikan pelajar yang perlu diperjuangkan..

Kenapa lah pimpinan GAMIS seolah2 milihat apabila keluar dari universiti. perjuangan melalui PAS. sungguh cetek dan dangkal pemikiran ini..

tolonglah GAMIS kembali memperjuangkan obkjektif asal penubuhan GAMIS. jika ada pimpinan GAMIS yang ingin perjuangkan PAS. sertailah platform PAS. jangan memperkudakan GAMIS.

'Budi Bahasa Budaya Kita'

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE