Ahad, 14 Jun 2009

PENJELASAN BERKAITAN DEWAN ULAMA


Saya menekuni nasihat sahabat karib saya, sdra Mior. Nasihat beliau berasas dan baik sekali dan harus saya jadikan pedoman. Saya bersetuju dengan nasihat beliau.

Saya juga ingin memohon maaf atas statement yang tidak dijelaskan sepenuhnya. Malah statement saya itu pada pandangan saya, adalah tidak tepat. Saya bersetuju. Mohon peluang untuk saya menjelaskan maksud sebenar saya.

Saya memohon maaf terlebih dahulu. Atas kes Dewan Ulama, bukan isu SIS.

Baik, saya sebenarnya berhasrat ingin mencadangkan nama Dewan Ulama diubah. Itu sebenarnya. saya kemukakan hanya satu hujjah terpenting. Iaitu, saya ingin meninggalkan polemik Ulama dan Profesional. Nama Dewan Ulama secara tidak langsung telah mewujudkan konflik ini.



Saya tetap mendokong kepimpinan Ustaz Harun Taib. Saya mengenali beliau serba sedikit dan beliau seorang zahid yang berkarisma. Jasa beliau terlalu banyak khususnya di kawasan Manir. Saya juga sangat menghormati Ustaz Daud Iraqi.

Mereka ulama yang tulen. Saya yakin.

Namun perkara yang ingin saya sebutkan ialah, ubah nama Dewan Ulama bukannya kepimpinan Dewan Ulama. Diubah kepada satu nama lain yang akan meninggalkan konflik siapa ulama dalam definisi sebenarnya.

Saya tidak tahu apa nama gantian yang terbaik. Saya tidak punya idea untuk itu. Tetapi saya rasa seeloknya diubah kepada satu nama yang lain.

Itu sahaja penjelasan saya. Saya mohon maaf atas ketersilapan saya. Saya berharap, idea ini bukanlah bertujuan merendah-rendahkan siapa. Cuma saya menghulurkan idea sebagai seorang yang sayangkan Gerakan Islam.

Saya memohon maaf sekali lagi…




4 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

jangan dohk bahas istilah....

Kerepek UBI

Tanpa Nama berkata...

hmm, apa salahnya kl izzahkan institusi ulama'..k, just pandangan peribadi.kemanisan ikhtilaf, salah satu keunikan dalam Islam:).

dr w on 16 Jun 2009 pada 1:40 PG berkata...

Baca balik ucapan dasar Allahyarham Yusuf Rawa(bekas YDP PAS)...

beliau mencadangkan nama Dewan Ulama dan Intelekual..............

Tanpa Nama berkata...

Comel doh nama tu...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE