Saya rasa saya sedikit tersilap mengatakan PAS sebagai kuku besi. Saya bermaksud sebenarnya, sekiranya PAS lebih suka mengambil jalan untuk menghukum seseorang, maka PAS akan jadi kuku besi jika memerintah kelak.
Saya tidak menyokong Islam Liberal, itu sudah pasti. Namun saya yakin bahawa perjuangan SIS bukannya perjuangan kosong tetapi bersebab. Mereka cuba memahami al-Quran namun ternyata fahaman mereka berbeza.
Saya sebenarnya telah membaca beberapa pandangan Islam Liberal. Yang paling menakutkan ialah apabila seorang tokoh mereka menyatakan tidak pernah wujud istilah Syariah Islamiah. Tidak pernah wujud Syariah Islamiah sebenarnya, kerana syariah tidak pernah Islamiah.
Lalu beliau kemukakan beberapa bukti yang kukuh nampaknya, selain mempertikaikan beberapa perundangan yang wujud dalam Islam. Namun beliau bukan mengkritik Islam, sebaliknya mengkritik fahaman ulama berkaitan Islam.
Antara perkara yang dikritik oleh beliau ialah soal poligami dan sistem perhambaan yang wujud dalam Islam. Baik, saya tidak mahu mengulas panjang pandangan beliau. Namun saya hanya ingin membawa satu kesimpulan penting iaitu,
“Golongan liberal sebenarnya sayangkan Islam namun ada beberapa fahaman mereka yang perlu diteliti. Namun dalam masa yang sama, golongan ulama harus juga memerhatikan apakah hujjah yang dikemukakan oleh mereka.”
Saya turut membaca dan menekuni pemikiran dan idea Syed Hussein Nasr yang ternyata dikritik berat oleh ramai orang termasuk Ikhwan al-Muslimin. Sa’ad Zaghlul antara orang yang sangat mengkritik pendangan beliau. Namun saya cuba menilai dengan adil, bahkan saya bersetuju dengan beberapa pandangan beliau yang dianggap sebagai sangat kontroversi ketika itu.
Saya lupa siapa tokoh SIS, namun beliau sentiasa menekuni ayat al-Quran setiap kali sebelum tidur. Ini bermakna, beliau cuba memahami Islam dan memperjuangkannya.
Dalam konteks ketidaksetujuan saya dengan PAS berkaitan dengan usul tersebut, tidak kira sama da ia terbit dari mulut siapa sekalipun, mahupun Khalid Samad, mahupun hanya dalam bidang tertentu, mahupun untuk menyiasat, saya tentang habis-habisan.
Dengan saya melaungkan beberapa slogan, Kami Pendakwah Bukan Penghukum. Beza seorang pendakwah dengan ahli fiqh ialah, pendakwah melihat semua orang berpotensi untuk difahamkan tentang Islam, dan pendakwah melihat semua orang dengan penuh kasih sayang.
Manakala ahli fiqh melihat sesuatu lalu menghukumnya dengan lima genre sama ada haram, wajib dan sebagainya. Ini bezanya.
Di saat PAS ke depan, maka seharusnya PAS tidak boleh membanyakkan musuh. Malah PAS mesti bersahabat dengan semua orang dalam proses menundukkan UMNO. Menundukkan UMNO tidak bermakna menghukum ahli UMNO.
Maka golongan SIS tidak boleh dipersalahkan begitu sahaja. Mesti ada usaha dakwah. Bukan hanya debat sebagaimana Ustaz Tantawi berdebat dengan Astora Jabat. Tidak boleh hanya dengan debat. Malah mesti dengan pelbagai dan banyak kaedah. Ini kerana saya berkeyakinan, golongan liberal adalah golongan yang sangat cerdik.
Baik, kita menyentuh sedikit sahaja daripada perjuangan mereka. Mengapa mereka menentang poligami? Saya ingin bertanya. Apakah kita semua tahu bahawa mereka menggunakan ayat al-Quran untuk berhujjah dalam isu ini?
Maka mereka turut menggunakan kaedah nasikh mansukh dalam menghuraikan pandangan mereka. Mereka turut membaca suasana semasa dan menerapkan unsur penghukuman berdasarkan suasana dan situasi tersebut. Maka apakah kita mahu salahkan mereka?
Cukuplah, jangan menghukum mereka. Saya tetap tidak bersetuju..
9 Cadangan/Pandangan:
Terima kasih ustaz atas penjelasan..
harap lain kali ust lebih beradab dlam menegur pimpinan.
mungkin kena cari buku /karang buku pasal "adab dalam membuat kontoversi etc ..:). Siiru ala barakatillah..
Salam.
Maaf, saya hairan dan keliru dengan cadangan saudara supaya Dewan Ulama' dibubarkan.. juga dengan kenyataan mengatakan tindakan PAS ini sebagai kuku besi, bagi saya amat kurang tepat dan mengelirukan..
Perlu difahami, usul yang dikeluarkan bukanlah terus mengharamkan SIS dan menahan ahlinya.. PAS tidak mempunyai kuasa untuk mengharamkan dan mengambil tindakan langsung terhadap SIS..
usul itu antara lain menyatakan:
"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.
"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya".
benar spt kata Tanpa Nama,
peliharalah ADAB dalam menegur pimpinan.. lebih-lebih lagi kepada mereka yg bergelar ULAMA'.
"Kesejukan kasih sayang-Nya semoga selalu menerangi hari-hari anda dgn kebahagiaan"
~hamba yg fakir disisi Tuhannya~
apabila bercakap tentang berdakwah, berdebat dan menggunakan pelbagai pendekatan dalam berdakwah..bagaiamana ek GAMIS dalam memberikan penjelasan segala bentuk pembawaan dan pembaharuan yang terus-menerus mencetuskan polimik di kalangan ahli...yang secara terus-terang, menyebabkan ahli berbelah bahagi dan gagal memahami apa yang cuba digagaskan oleh presiden...dan dari sinilah, GAMIS telah mencipta banyak musuh dari kalangan ahli..wallahualam
Salam,
SIS tetap merupakan satu kecelaruan dalam umat..
SIS tidak salah jika menggunakan sister in Malaysia,
Cuba tekuni semula siapak tokoh SIS? Kelupaan merupakan satu bentuk hujah yang sangat lemah.
Pada hemat saya, mengkritik memang tidak salah, apatah ia membawa rahmat kepada umat..
Bagaimana mungkin kritikan yang menimbulkan kecelaruan kepada umat boleh diraikan dengan juga menggariskan mereka sebagai menyayangi ISLAM?
Mungkin menghukum atau cara PAS mengharamkan SIS agak kasar uslubnya... menimbulkan polemik dan eksploitasi political mileage bagi sesetengah yang cuba menagguk di air keruh.
Selidik siapa tokoh SIS? Apa peranan dalam Kerajaan ? ...siap pula pengikutnya? Apa yang disokongnya selama ini? ..dalam suasana umat ISLAM memerangi murtad, kemnakah SIS meletakkan sokongannya?... Sungguh , ada perkara boleh diraikan dalam bentuk mengembang ninda, namun batas ISLAm serta akidah umatnya mungkin menjadikan kita berfikir banyak kali sebelum mengatakan SIS tetap tidak bersalah.
Wallah hutaala a'lam.
Cuma menambah,, Di dlam usul tersebut, hanya meminta agar SIS dikaji semula. Bukan Diharamkan.
walau apepun...........
kesimpulannya, SIS tetap keliru..ai, nanti ramailah pasni jd macam Aminah Wadud..ana rs cukuplah untuk perbahasan isu ni..banyak lg perkara y perlu dibahaskan..isu murtad, keruntuhan akhlak yang menjadi2 sekarang ni, kes jenayah yang semakin meningkat?????keretakan rumahtangga, isu artis yang semakin tidak sopan, mengagungkan barat dr semua segi dan sebagainya? apa tindakan kita wahai pemuda pemudi Islam!!!
Masih lagi layakkah kita untuk berpeluk tubuh??
selagi mana kepimpinan jahil yang ada sekarang ni tidak mengamalkan islam..selagi itulah isu ni takkan sudah..
jgn tuding jari kepada orang lain..kalau anda kata dlm pas tiada ahmad deedad atau pas kuku besi,silakan gamis buat rundingan dgn SIS... jgn terlalu byk mengkritik sedangkan kita sendri belum tentu mmpu buat sesuatu itu. ALANGKAH hebat islam di mlysia jika kita saling mengambil posisi masing2 dan saling memperkuatkan satu sama lain.
Catat Ulasan