Selasa, 9 Jun 2009

SAYA SUKA AHLI YANG KRITIKAL


Apabila saya menjadi peserta dalam satu program, saya menjadi orang yang paling kontroversial. Pihak AJK mula pening-pening dengan saya dan melaporkan ‘akhlak’ saya kepada pihak pimpinan.

Bagi saya, itulah program pembinaan yang paling teruk pernah saya lalui. Sehingga sekarang, saya benci untuk mengingatinya kembali. Saya jadi orang yang sangat marah dengan AJK yang membuatkan kami semacam budak-budak.

Saya kenal siapa AJK. Saya kenal komitmen dan disiplin mereka. Bahkan sebelum itu saya sangat rapat dengan mereka. Namun saya sangat bencikan kepuraan yang terwujud dalam program. Saya bencikan lakonan dan marah-marah.

Sehingga apabila saya dijemput ke dalam satu program, saya diminta untuk berkenal-kenalan dengan peserta. Kalangan muslimat. Pihak AJK melaporkan, seorang peserta tersebut seorang yang degil dan suka mempersoalkan tindak-tanduk AJK.




Apabila saya cuba mengenali peserta itu dengan lebih dalam, agakan saya tepat. AJK yag tersilap mentafsir dan peserta tersebut yang benar. Malangnya, terdapat beberapa dogma yang menakutkan dalam program sehingga saya berani membuat satu kesimpulan,

“Banyak tamrin membuatkan peserta jadi semakin bodoh”

Apakah dogma yang saya maksudkan? Jelas, dogma AJK yang tidak boleh menerima hakikat ada peserta yang suka mempersoalkan tindakan mereka. Saya amat memahami perasaan peserta tersebut. Kerana saya sendiri pernah merasai perasaan yang syahdu itu.

Peserta tidak dibenarkan untuk menyuarakan kehendak mereka sedangkan dalam gerakan anak muda, kita diajar untuk berani bersuara, bahkan kita yang memperjuangkan kebebasan bersuara. Maka mengapa dalam program, lain pula jadinya?

Peserta yang bertanya dan mempertikaikan dicop sebagai peserta yang biadap dan kurang ajar. Lalu perlbagai tohmahan dilemparkan kepadanya. Sekiranya niat AJK untuk menguji keberanian dan menguji ketahanan mental peserta, tidak mengapa. Malangnya saya yakin, AJK sebenarnya yang tidak mempunyai ketahanan mental yang kuat untuk berhadapan dengan peserta yang berani itu.

Maka dalam gerakan Islam, nampaknya begitulah jadinya. Pertama, ahli gerakan Islam tidak boleh menegur dan mempertikaikan keputusan pimpinan. Saya tidak tahu di mana munculnya ideologi yang karut-marut ini. Mengapa ahli yang berani menegur pimpinan dan mempertikaikan keputudan pimpinan dicop sebagai kurang ajar?

Kedua, perasaan wala’ dicurahkan secara tidak bertempat. Memang ketaatan itu perlu bahkan wajib, namun apabila ia diletakkan tidak pada tempatnya, maka kezaliman berlaku. Kezaliman dalam wala’. Ahli hanya diminta untuk mengikut tanpa mempersoalkan, sebagaimana kes Musa dengan Khidr. Maka semakin bekulah pemikiran ahli.

Saya langsung tidak kisah sekiranya ada ahli mempertikaikan keputusan pimpinan. Sekiranya ada ahli Gamis mempertikaikan keputusan kami sekarang, saya langsung tidak kisah. Inilah dinamika. Yang tidak menariknya ialah, apabila ahli mempertikaikan tanpa hujung pangkal dan tidak tahu menahu. Sebaliknya hanya mendengar kisah-kisah belakang yang belum pasti tepat.
Malah saya langsung tidak kisah jika orang mahu mengata belakang kerana saya tahu, orang sebegitu tidak berani berhadapan. Maka saya tidak kisah kerana inilah dinamika. Namun janganlah hanya pandai mempertikaikan tetapi tidak bekerja, dan jangan hanya mengkritik perkara-perkara kecil yang merugikan.

Ketiga, apabila tiada ahli yang berani mempertikaikan tindakan pimpinan, atau sekurang-kurangnya menegur pimpinan, maka ia juga merupakan satu kerugian yang sangat besar. Ini kerana pimpinan terasa ia selesa dan berada dalam zon tersebut tanpa sebarang ancaman dan cabaran. Tiada check and balance.

Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun saya ingin berhenti di sini. Ingatlah, jangan menghukum dnegan nafsu, tetapi membaca dengan akal yang diterangi cahaya kefahaman.





28 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

salam wbth...ana setuju dengan pandangan ustaz tentang tamrin. Kepatuhan pada pimpinan ada hadnya kerana selaku manusia yang dhaif, setiap yang bernama manusia itu ada kelemahan.apa salahnya ahli biasa yang dianggap tidak tahu apa-apa ini didengar pendapat dan pandangan mereka.Sebab setiap dari kita saling melengkapi antara satu sama lain.Tamrin bukan sekadar lakonan atau teori tapi perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan saat diperlukan tenaga, sumbangan dan pengorbanan semasa gerak kerja yang sebenar...

Tanpa Nama berkata...

salam.. sy sokong tu pandangan anta..bg sy kebanyakan tamrin or program fasilitator byk yg nmpak nak memberanikan peserta, tp bila peserta bersuara, maka dipandang sinis..

ada plak jenis yang macam menganggap lakonan mereka untuk marah kami suatu yg baik untuk mendidik lebih berdisplin, dan menepati masa, hakikatnya kosong, bg sy yang dah tegar, rasa nya ia suatu lakonan yang memualkan, kebudak-budakkan,tidak melambangkan kecerdikan..

kita ada byk cara untuk mendidik, gunakan pendekatan ilmiah.. bg kami, kami akan menerima mana yg baik, walaupun yg bercakap itu tidak btul orangnya, dan kami menyangkal yang salah kalau ia salah.. kami menanalisis segala input yg datang dan diterjemah untuk mencari kebenaran.

Amy berkata...

Salam.ana setuju..ana pun xfaham kenapa ada ajk yg bsikap begini. Jujurnya anala salah 1 product drp tamrin yg memarahi org xtentu pasal.Hanya isu yg kecil diperbesarkan, kononnya nak mengajar ahli. Dengan memarahi sebenarnya hanya merosakkan mental.Sampai skg ana mmg xpuas hati dgn tamrin yg ana pg. Marah peserta atas sbb yg bodoh.Bila bersuara.."pandai ye melawan.."kata ajk terbabit dan terus denda diberikan.
Akibatnya lahirlah ahli yg berdendam dsb.

Tanpa Nama berkata...

saya stuju panadangan ustaz..N mungkin tak semua tam. Pesreta yg hebat yag dh baiasa dgn tam(mgkin sblm ni dia sudah b'ada di tahp pimpinan), akan ambik jalan palysave, ambil jln snyap. Wallhu a'lam. N sy ykin, ada tam yg tk seperti yg digambarkan. AJK akan menilai org yg cb mnegur/bsuara@etc, akan di "specialkan"mgkin berjaya... Wallahu'alam bissowab..

Tanpa Nama berkata...

Entahlah.. saya pun pernah mengalaminya ust... hu...

muhammad berkata...

salam. saya setuju bangat dengan ust. saya memang sangat memusuhi tamrin sebegitu, tapi saya tak terpikir nak melawan. tapi saya konpius skit, apakah kesimpulan drpda kenyataan ust ini.

adakah tamrin itu dikira berjaya sekiranya ada peserta yang melawan? ATAU

sekiranya ada peserta yang melawan, AJK perlu membiarkan dan menggalakkan lebih ramai peserta yang bangkit supaya tamrin dikira berjaya capai visi dan misi??

ATAU MACAM MANA??

Akhirnya, saya harap ustaz dapat jawab@tulis entri baru mengenai BAGAIMANAKAH BENTUK TAMRIN (tamrin baiah 3 hari? seminggu) YANG PALING BERKESAN dan mampu lahirkan ahli yang mantap rohani, fikrah, intelektual, jasmani dan kebeberanian. Kalau ust dapat bagi sample tentatif yang terbaik.

Ahli2 sangat2 memerlukan bimbingan Ust Presiden GAMIS yang mengetuai JIK2 seluruhnya, bukan sekadar kritikan pedas tanpa cadangan dan bimbingan yang membina.
Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum.. masalah ini akan berlaku apabila seseorang tidak memahami dasar sesuatu organisasi ataupun dasar sesuatu program atau tamrim.. Samada pimpinan atau yang dipimpin dan samada ajk atau pesarta tamrin.. Semuanya sebab tak faham dasar sesuatu perkara dilakukan.. Semalah dengan yang selalu berslogan dan berkata untuk menjulang Islam.. Tapi tak faham dasar Islam.. Agama Allah s.w.t hendak ditegakkan tetapi Allah s.w.t Pemilik agama iini tidak dipasak di dalam hati. Tauhid tidak dihayati, maka bagaimana Allah s.w.t hendak dikenali, apatah lagi dicintai. So, referlah dasar sebelum lakukan sesuatu.. Fahami matlamat baru boleh rancang alat..

abu on 10 Jun 2009 pada 10:07 PTG berkata...

Assalamu;alaikum wbt...

tamrin itu penting...utk membangun jiwa dan bekerjasama dengan lebih rapat erat tali persahabatan itu...tapi....

ana tidak suka tamrin yang biasa dilakukan oleh mne2 persatuan baik pmi baik pkpim walaupun ana salha seorang pimpinan pkpim kampus...amir...yg xpernah pi tamrin...kerana apa???

kerana tamrin yg dijalankan tidak praktikal dan berkesan...hanya tamrin, mrh2 , mkn2, borak2, dan....selepas tamrin...duk senyap je...

ana lebih suka bila bertamrin dengan sahabat2 NGO ana di utara...UMMAH AID...layarilah UMMAHAID.blodspot.com , kerana tamrin kami naik kg org asli lagi mencabar dan praktikal...dan bila pulang...rindukan suasana dakwah dan nilai persahabatan yang terjalin...dan kami juga telah membuka rumah anak yatim DARUL UMMAH,,,layari DARULUMMAH.blogspot.com dan ana di selangor telah membuka dengan kwn2 rumah ank ytim taman baiduri,dengkil...layari baidurisolution.blogspot.com...

inilah yg ana katakan...tamrin yg lebih praktikal...bkn hanya duk ckp saja...buang masa saja...syukran...jazakallahu khoiran kathira...

UmmuUmairah berkata...

Assalamu'alaikum buat penulis dan pembaca yang budiman. Mmm inilah matlamat asal penulis iaitu untuk melahirkan ahli yang kritikal thinking dan kritis. Bukannya jumud dalam berfikir dan memberikan pandangan.
Izinkan ana untuk berikan pandangan ana. Ana membaca, meneliti, menganalisis dan mentafsir segala bentuk tulisan dan cadangan dr pihak pembaca tentang persoalan ini. Ada yang ana sokong dan ada juga yang bercanggah dengan pandangan ana. Ana mohon maaf. Dapat ana simpulkan 2 point utama pokok perbincangan iaitu :-

1. Wala' ahli pada pimpinan
2. Tamrin keras dan lembut

Untuk persoalan pertama, ana amat menyokong pandangan penulis yang menyatakan bahawa sememangnya pihak pimpinan perlu mengadakan ruang perbincangan bersama ahli sebelum memutuskan sesuatu keputusan. Bermusyawarah. Sememangnya ahli berhak! dan perlu ada ruang sebegitu. Namun, setelah melalui proses perbincangan yang teliti bersama pihak pimpinan pula, maka lahirlah sesuatu keputusan, yang diputuskan oleh pihak pimpinan yang lebih menjiwai dan memahami akan keperluan ahlinya. Maka haruslah ahli wala' pd keputusan tersebut. Ahli seharusnya meletakkan thiqah kepada pimpinan walaupun arahan yang dikeluarkan itu bercanggah dengan ahli. Itulah yang perlu diterima dan terbaik untuk semua. Inilah yang akan menguji Kesatuan Kefahaman dan Kesatuan dalam gerak kerja. Ahli perlu meletakkan 'Sangka baik' dalam menerima dan bukannya hanya mengata dan tidak berpuas hati. Pihak pimpinan membuat sesuatu keputusan setelah melalui banyak peringkat perbincangan dan kita perlu ingat bahawa sesuatu keputusan mesyuwarah itu adalah tuntunan petunjuk dr Allah swt. Ini yang perlu diyakini.

UmmuUmairah berkata...

Persoalan yang ke2, adalah berkaitan dgn bentuk tamrin yang dijalankan samaada keras atau lembut. Bagi ana, jangan letakkan 'kepentingan diri' kita dalam melalui sesuatu proses tamrin dan pentarbiyyahan. Setiap orang inginkan ruang yang selesa untuk diri sendiri. Siapa yang nak susah? siapa yang nak ditengking2? siapa yang nak makan makanan yang tak sedap? siapa yang suka tidur lambat? semua nak senang kan?
Selagi mana kepentingan diri sendiri diletakkan didepan, selagi itulah BENTUK tamrin macammana sekalipun yang kita lalui, selagi itulah rasa tidak puas hati dan dendam sj yang beraja dalam hati.
Ini merujuk kepada tahap KEIKHLASAN kita dalam menerima sebarang bentu pentarbiyyahan.
Ana boleh katakan orang yang mempunyai sikap dendam ini adalah orang yang dhaif dan masih belum belajar dan takkan mahu untuk belajar. Kenapa ana berkata demikian? kerana org yang sebegini masih lagi tidak memahami matlamat asal tamrin itu untuk apa. Antum semua perlu ingat bahawa "Kita bukan sahaja layak untuk mentarbiyyah, malah kita juga sedia untuk ditarbiyyah". Knp? untuk menundukkan keburukan yang ada dan melahirkan satu tingkahlaku dan pendirian yang positif.
Dalam istilah pendidikan, seseorang itu dikatakan belajar, apabila dia buat apa yang dia belajar. Tetapi, kalau cuma tahu tp tak buat, orang y sebegini boleh dikatakan masih belum belajar dan ana yakin, orang yang sebeginilah yang mudah futur dimedan perjuangan.
Ana juga pernah melalui bentuk tamrin yang amat keras. Namun, ana tidak meletakkan kepentingan diri ana sebagai matlamat utama. Kalau ana letakkan kepentingan diri ana dl, nescaya banyak perkara yang ana tak puas hati. Apa yang ana niatkan, hanyalah ana nak berubah ke suatu tahap yang lebih baik dan nak sumbangkan sesuatu yang terbaik untuk ALLAH dan ISLAM..Selagi mana sikap tak baik yang ada dalam diri ini tidak diubah, maka susahlah untuk membawa beban tanggungjawab yang hebat ini iaitu ISLAM.
Wahai pembaca yang budiman, nilailah dengan mata hati jangan menilai dengan mata nafsu.. Allah dah pilih kita semua untuk mengecapi 3 nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman, islam dan ummat Muhammad. Subhanallah, apa yang dapat kita lakukan untuk menunjukkan kita seorang hamba yang bersyukur??? tidak lain hanyalah dengan melaksanakan segala perintah Allah dan bukannya melaksanakan apa yang kita rasa. Perjuangan Rasulullah dahulu dihampar dengan pedang, senjata dan darah. Malunya kita, hinanya kita apabila kita tidak dapat menerima sedikit latihan ketahanan diri yang agak keras dan mencabar ini. Hidup kita ada modul terbesar iaitu Al-Quran dan Sunnah..sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan, rujuklah 2 perkara terbesar ini dahulu.
Kita mahasiswa adalah golongan terpelajar..sebelum menerima sesuatu kenyataan, analisislah sejauh mana kebenarannya, jangan hanya menurut sahaja tanpa usul periksa. Inilah sahaja yang membezakan kita sama ada kita mahasiswa yang cerdik atau kurang cerdik. Fikir2kanlah bersama.

hamba berkata...

maaf, berhubung kenyataan anda mengenai SIS di Daily....

saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan anda...

cuma yg ingin saya nyatakan..

beradab lah bila mahu menegur seseorang...terutamanya pimpinan.. dan orang yg lebih berilmu dan berpengalaman daripada kita yg masih "jagung' ini.. dimana Akhlak anda sebagai seorang Muslim yg di ajari Rasulullah??

hamba berkata...

oh ye...
anda mengatakan
"“Saya juga cadang agar dihapuskan Dewan Ulama dalam Pas, ini sebab pada pandangan saya, itu bukan Dewan Ulama. Adakah ulama hanya yang belajar agama sedangkan ayat 27-28 surah Al Fathir mengatakan sebaliknya. Dewan ulama harus diubah kepada dewan dakwah atau yang seerti dengannya. Maka dewan dakwah inilah yang akan berhujjah dengan SIS dengan penuh kasih sayang, bukannya benci dan haram mengharam, jika muktamar dan mentaliti Pas masih begini, akhirnya cita-cita Mursyidul am mereka untuk melihat Islam terserlah tidak akan menjadi realiti. Maka saya mendesak agar Pas menarik balik balik usul tersebut” jelas beliau panjang."

saya faham apa yg saudara ingin sampaikan... tapi tidakkah saudara tahu bahawa Pas sudah ada Lajnah Dakwah?? itulah yg harus digerakan dengan lebih Produktif... fungsi Dewan ulama' adalah lebih besar (walaupun begitu saya tidak menolak, siapa saja yg berada dalam PAS, dakwah perlu dilakukan..)

Bekas Pimpinan on 12 Jun 2009 pada 9:14 PTG berkata...

Saya kurang bersetuju dengan padangan penulis. saya juga merupakan produk hasil daripada sistem tamrin demikian, walaupun diherdik malahan pernah dihina saya rasa itu patut sehingga latihan tersebut kini saya mengisi jawatan AJK PEMUDA NEGERI.

Entahlah yang ditamrin sebelum ni, input & output setiap kali program tersebut diambil peduli atau tidak.

Saya ambil yang positif, diuji sedemikian membayangkan kita berhadapan dengan HEP. Dibaling fail dihadapan muka kita, tapi diuji kekerasan jiwa kita buat selamba. Kalu tak ada kena 'Flying Kick'.

Bila di Cawangan PEMUDA berhadapan dengan provokatif oleh puak lawan, takkan diorang kacau biarkan..biarkan...

Berkaitan dibiarkan marah, tak pernah dengar ke Ketua Pemuda PAS baru sekarang ceritakan kisah diorang tamrin macamana, ana pernah satu tamrin dikisahkan pemuda Al Azhar ditamrinkan oleh seorang budak belasan tahun, bagi menguji ketaatan.

Apa-apahal sekalipun, buat apa pergi tamrin yang dirancang oleh pimpinan yang telah di'syura'kan. Bukan mereka buat sekadar suka-suka. Sebab tulah pimpinan kampus sekarang berani mati masa belajar, bila dapat kerja 'PENGECUT' maaf buat semua.

Tanpa Nama berkata...

ustaz, ustaz sibuk menulis karangan buku ya...? lama x update.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Masf terlanjur singgah di blog ni. kebetulam menjadi follower oleh salah seorang anak Ana. Aaya baca lontaran pemilik blog dan semua komen. Maka terlintas dalam benak hati ini utk meninggalkan komen. Selama ini dan rasa2nya selama2nya apabila saya menghadiri tamrin rasanya seolah rindu utk menikmati hidangan mak yg dah lama tidak dijamah. betapa rindu utk bertemu dgn rakan Ikhwah seperjuangan yg selalu dihubungkan hati dengan doa rabitah. Rindu utk berkasih mesra Berukhwahfillah,bertukar2 fikiran,bermain2 dalam kerahmatan, kenikmatan bagi hati yg mana itulah anugerah Allah tg tiada bandingannya kepada sesiapa yg berada dlm jemaah yg tersusun berjuang dalam agamNya.Sehinggakan kita hati initidak nampak dan rasai melainkan kebaikan dan kemuliaan dari sahabat2 bukan komen/celaan. Kepada AJK: mereka para Naqib adalah tempat kita mengadu dan mengungkai masalah. pada wajah mereka tampak hemah dan cahaya rabbani dan Tsiqah bukan yg disengajakan atau dibuat2. Ketaatan yg luhur tanpa sebesar zarah pun kebencian atau sangsi.
Inilah yg ana rasakan rahmatNya bila berada dalam jamaah yg tersusun rapi dengan tanzim dan manhaj tarbiah yg bersifat rabbani dan ijtihadi secara jamaie.
maaflah...kalau tamrin menatijahkan seperti yg di lonterkan oleh pemulis (walaupun mungkin pemilik blog ini hanya nak provoke) dan komen2 seperti yg lontarkan follower dibawah ini: fahamlah bahawa pasti ada sesuatu yg tak kena dengan tamrin itu dan sesiapa2 yg onvolve dengannya...dan fahamlah bahawa utk kita memimpin Umah ini dibawah naungan Islam yg Syumul itu masih jauh lagi seandainya kita2 ini yg merupakan pemimpin2 yg ditarbiahkan pun masih tidak ada keselarasan fikrah dan tindakan.
Dan maaflah kalau saya katakan adalah tidak manis hal ini dibincangkan secara terbuka disini.
Maaf Ana menegur...itupun kalau ada manafaatnya. Moga Allah merahmati antum semua..Sebenarnya banyak lagi yg kita perlu belajar,tahu, praktik dan sebarluaskan secara fardhi, jamaie' dan Ammah.
Wassalam, dari vientien, Laos

A. Ubaidillah Alias on 13 Jun 2009 pada 5:22 PTG berkata...

Rasanya tulisan Dzulkhairi jelas menjurus ke arah satu perkara. Iaitu beliau mahu menekankan aspek 'Berani Bersuara'. Soal tamrin memberi input atau output, itu bergantung kepada perjalan program dan fasinya. Hal ini kita tidak perlu pertikaikan sangat.

Yang perlu kita jelas, sebagai jemaah yang membawa Islam perlu wujud amalan 'Amar Makruf dan Nahi Mungkar'. Kebiasaannya ahli yang berani bersuara, pasti kerana ada sebab yang membelenggu jiwanya. Ada sesuatu yang mahu dirungkai.

Justeru, pelaksana tamrin perlu faham apa yang ingin penkritik sampaikan dahulu. Dengar dalam2...jika benar kritikan itu. Kita sambut dan ucapkan terima kasih. Jangan dibunuh keberanian si penegur dengan ego kita. Jika salah kritikan itu, kita tangani dengan baik. Jangan buat pengkritik lari jauh dari kita dengan mengherdiknya.

Pengkritik ini ibarat pembangkang dalam kerajaan yang berkuasa. Ahli yang mengkritik ini sebenarnya cermin yang akan membantu keseimbangan pelaksana tamrin. Jangan cantas...jika kita cantas dan marah2 tanpa punca. Bimbang nanti kita juga macam pemerintah sekarang yang tak tahan dengan pembangkang.

Hidupkan semangat berani menegur. Bukan sekadar menegur sahaja...malah turut bekerjasama.

Insya allah...khair.

aku berkata...

salam. justeru, ustaz dan para pembaca,
bagaimana nak hadirkan semula roh dalam program dan tamrin?
kerna aku rasa seperti ianya diprogramkan saja. mungkin aku saja merasakan demikian. kosong. ia, salah aku. tapi apa benar pundaknya kesalahan itu atas diriku cuma? ataukah ahli merasakan diri diprogramkan. maksudku, ia, berbaiah, lantas seharusnya wala' dan thiqah. tapi aku ingin dan masih mencari roh perjuangan ketika dalam program, yang suatu masa dahulu aku merasakan sangat asyik dalam program serta tamrin. kenapa ya? aku merindukan dan aku ingin menawarkan diriku agar dapat sama2 ujudkan kembali menaikkan kmbali semangat yang begtu baek. berikan aku cadangan/pndgn/teguran secara lembut/keras, agar x merasa diprogramkan. thanks.

along pchg berkata...

salam..sdikit uluasan je mengenai komen2 dari diatas2..em.. "meletakkan kepentingan diri sendiri shaja" dan "Saya ambil yang positif, diuji sedemikian membayangkan kita berhadapan dengan HEP. Dibaling fail dihadapan muka kita," wow...


em..
kita bukan nak meletakkan kepntingan diri, tp kalau dah asik marah2, di tengking, ia adalah effect dalaman ok.. boleh pastikan berapa ramai yang akan nak join lg tamrin yg sebegitu??
mmg xramai..
bagi yg dah biasa pula, mereka akan terasa seperti diperbodoh2 kan.. yup mungkin ada sesetengah yang akan "ikhlas" dan akan kata ,yup ini bagus, nnt kalau kita kene marah ke dgn siapa2, kita akan biasa shaja...haha

ada pulak.. sapa yg kne marah xtentu pasal mesti la lawan dan bertegas kalau x salah.. kenapa nak biasa shja?? ajaib..

saya pernah mempersoal kan kepada naqib sy, knapa kita perlu nak marah2 macam ni, then dia cakap, "ini bagus supaya nnt bila kita di universiti kita dah biasa, cnth kalau kita datang lewat kelas dan kene marah, kita boleh biasa je..
jelas penjelasan yg mengarut..



ingat " KAMI AKAN MEMBANGAKANG JIKA IA SALAH WALAUPUN DATANG DARI ORANG YANG SHIKAH DAN KALAU BENAR , AKAN KAMI KATAKAN BENAR WALAUPUN DATANG DARI MEREKA YANG (X BETUL) "

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada yg ktakn marah2 dalam tamrin untuk kita biaakan diri bila kena marah....alasan yang mengarut?????

tamrin adalah program tarbiyah..mengetahui darah pemuda yg mudah cepat menggelegak lantas mudah jg meletus...kami meletakkan matlamat mematangkan peserta dgn marah2...hahaha plek bukan?? boleh ke jd matang ngan marah2 ni???

Nilailah sendiri....kami ingin meliht kader2 kami ini terus bercambh matang...berdiri teguh bila dimarahi dan matang dalam tindakan dan latahan mereka...berapa ramai orang yang dimarahi menangis...berapa ramai orang yang dimarahi bergaduh...berapa ramai orang yang dimarahi berdendam...berapa ramai orang yang dimarahi membalas...tp kader2 kami bila dimarahi mereka tersenyum tenang, mengatur langkah, mengatasi dengan kematangan...inilah kader2 kami...tidak tergugah dek kekerasan apatah kelembutan lg tidak terasa..

Ahli kritikal berkata...

salam...berkaitan dengan tamrin tu ana setju sangat...tetapi knapa perlu dikaitkan kisah nabi musa a.s dan nabi khidir a.s akibat kpd pembekuan pemikiran? mohon penjelasan..

Tanpa Nama berkata...

salam...berkaitan dengan tamrin tu ana setju sangat...tetapi knapa perlu dikaitkan kisah nabi musa a.s dan nabi khidir a.s akibat kpd pembekuan pemikiran? mohon penjelasan..

Tanpa Nama berkata...

slm
ana sgt stuju dngn pandangn ustaz

seb ana pun pnah ada pnglaman cam tu
jadi yg kontroversial..
ana dilarang mmpetahankn sesuatu yg jelas slah bg ana
yer kerana nafsu ,ajk memrahi ana ntah la naper
smpai skrng ana rasakan ana disuruh diam, diam dan ikut jer dipakasa faham tapi adakah dngn mrah ,diam ikut je ckap ajk boleh faham

smpai skrang ana pker kbnyakan tamrin penuh dgn lakonan..kadg meluat ana..
pada permulaan pgram mgkin ana rsa berani bersuara tpi kerana marah yg tak tentufasal..smpai ke akhir pgram ana jdi diam dan kecut..
dn ini beri kesn trauma pd ana tiap kali meyertai prgam len
bukan nak cite hal sendiri.
tapi juz nak sokong pndgan ustaz tu..
melahir ahli yg bodoh btul gak!
bila dimarah otak jdi beku dilarang mepersoalkan jadilah pak turut..
akhiirnya karakter sebnar peserta ditutupi dengan ketakutan..

akhirnya

ajk berlakon nanti peserta pun berlakon..
pada zahirny prgram berjaya tapi sejauh mana ia secara psikologinya
mambntu kfahaman peserta?

Tanpa Nama berkata...

slm
marah tu boleh tapi kalau ia jelas salah
tapi yg brlaku di tamrin ana tak tau tamrin lain kdg kiter betul tapi kerana tak nak kiter bsar kpala..dia hentam kiter\\

kononnya ada gap la antara ajk dn peserta//emm

em apa kjadah ni
akhirnya kite kecut nak suarkan pdapat lain//boleh ke jd berani bersuara kalau dah diperbodohkan direndahkan dimalukan tanpa sebab yg kukuh,krana benda yg remeh?
kalu melawan boleh marah tapi jika mempertahankan mempersoalkn bukan utk btujun nk melawan pun...
kna hentam jga
ana bukan aper cume tak faham
berkesan ke method cam ni
marah tu tak salah
tapi kdg2 emosi ajk tu yg menjadikan method yg betul jadi tunggang terbalik
mangsanya mestilah pserta...

maaf jka ada tesalah ckap ape ape dlam tulisan ana kat topik ini//
skadar pndngan dangkal based on my experiences...

Abu Uwais berkata...

ummu umairah.anda menggunakan qias yang batil. meng"qias"kan susah payah para sahabat dan Rasulullah demi menghalalkan perbuatan "tengking,keras dan yang tak relevan" itu. Iya kita hendak melatih umat islam sekarang agar lebih cekal dan tabah. Tapi perlu kita menilai method yang kita guna. Kekerasan yang di maksudkan perlu selari dengan kehendak Quran dan Sunnah. Bukannya dengan tiada sebab, dada ditumbuk(pengalaman ana),ditengking. Sejarah agama samawi membuktikan, ketabahan Iman pengikutnya adalah dari kefahaman mereka terhadap agama. Bagaimana hendak faham agama? Perlu kepada Ilmu. Mengapa tidak persoalkan, bagaimana Rasulullah melatih sahabat?Kenapa tidak ditengking2?Bahkan Rasulullah menggalakkan para sahabat bersikap kritis. Tidak perlu kepada tamrin2 tak guna untuk membuatkan ssorang itu tabah. Apa antum tak setuju dengan Rasulullah? Kita tengok pula khalifah2 zaman keemasan Islam. Bagi pada ana satu ketika sahaja di mana Islam menjadi gemilang dengan method tamrin anda. Ingat firman Allah "Bagi kamu Rasulullah sebagai contoh tauladan terbaik". Maka hendaklah segala pendirian dan penetapan kita bersandarkan kepada Ilmu. Bukan semangat yang ibarat buih. Sekali ditiup habis pecah berterabur. WA

Asqalani on 18 Jun 2009 pada 10:31 PG berkata...

Tahniah Ustaz Zul....

Anda telah berbicara diatas lidah-lidah yang selama ini kelu...Dengan penulisan ini sekaligus menafikan bahawa orang diluar kem sahaja yg tak faham tarbiyyah dalam tamrin...

anda membuktikan selaku ketua kem yg lebih memahami tamrin pun mempunyai silang fikrah dalam proses pelaksanaan tamrin...

teringat ana program kepimpinan yg dilaksanakan oleh salah sebuah persatuan anak negeri utara semenanjung...ana salah seorang yang peserta...program penuh dengan tekanan, marah, brainwash dll...senang cerita, pgram kepimpinan sebijik ikut modul 'TAMRIN'...

Ana tak kesah sebab dah biasa...tapi ana kesian sebab dalam program tuh ada ramai peserta dari Fakulti luar, ada pmpuan pakai lengan pendek, tak pakai stokin dll...kesian ana tgok lepa..muka merah semacam ja...pgram tuh membuatkan mereka lebih jauh dari cintakan kepimpinan Islam...boleh bayangkan dak..setiap kali pengisian mesti dok cerita bab politik, sang penyampai pulak dok baca harakah depan audience...ana takla..kesian kat org yg baru berjinak dalam prgram keislaman...tu cerita lama...

APapun...Ana agak lucu... Bila pena blog asqalani berbicara secara 'bertentangan' maka asqalani dicemuh dengan pelbagai dakwaan...

bila asqalani menyatakan suatu kritikan maka asqalani dituduh anti-pmi...

benarlah kata saudara kita Hasbie Muda kpd ana..." ramai dikalangan Ahli pmi tidak mampu mengkritik masalah dalaman Pmi kerana takut dicop musuh dalam selimut"...

Tanpa Nama berkata...

semasa saya aktif dalam jemaah kampus cukup ramai yang tak puas hati dengan tamrin dan fasi. kini mereka sudah tidak aktif dengan jemaah atau sudah jadi umno

UmmuUmairah berkata...

Kepada Abu Uwais

"Perjuangan Rasulullah dahulu dihampar dengan pedang, senjata dan darah. Malunya kita, hinanya kita apabila kita tidak dapat menerima sedikit latihan ketahanan diri yang agak keras dan mencabar ini."

Ana tidak mengetahui sejauh mana kekerasan yang Abu Uwais lalui..masing2 ada pengalaman masing2..namun, fahamilah ungkapan yang dinyatakan di atas.

syukran atas teguran.

Mohd Masri bin Mohd Ramli on 20 Jun 2009 pada 7:39 PG berkata...

Assalamualaikum wbt.

Apakah Tamrin itu dilakukan dengan akhlak yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah?

Mohon sesiapa yang pernah menyertai Tamrin menghuraikannya, mungkin Ustaz Dzulkhairi boleh menimbulkan dari sudut ini. Apakah akhlak di dalam tamrin berteraskan al-Quran n as-Sunnah, dari segi bagaimaa brainwash, marah-marah peserta dan lain-lain.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE