Isnin, 1 Jun 2009

PENJELASAN 3


Saudara mengatakan bahawa sudah tiba masanya untuk ahli Jamaah meninggalkan bahan bacaan asasi seperti tulisan Fathi Yakan, Hassan al-Banna, al-Maududi dan yang seumpama dengannya. Boleh saudara jelaskan?


AlhamduliLlah wabihi nasta’in

Terima kasih di atas soala yang baik. Saya bercadang untuk menjawab seringkas mungkin dengan daqiq dan harap difahami dengan baik.

Jelasnya, bukanlah saya mahu ahli Jamaah terus meninggalkan sentuhan karya ahli harakah yang terdahulu. Bukan itu niat saya. Bagi saya, tulisan mereka sewajarnya dijadikan bahan bacaan asas agar kelak kita tidak tersekat.

Cumanya, saya tidak mahu kita terus-menerus membacanya dari awal hingga akhir tanpa menilik buku lain yang masih banyak. Ia hanya akan melemahkan daya berfikir kita dan merencatkan kekuatan ijtihad kita.



Maka saya menegaskan, tanda kita memiliki ilmu yang banyak ialah apabila kita sanggup bertentang pandangan dengan al-Banna dengan hujjah yang daqiq. Mengapa kalangan kita terlalu pantang untuk bertentang pandangan dengan al-Banna sedangkan ramai sudah ulama yang bertentang pandangan dengan Imam Mazhab Empat dalam bidang fiqh.

Bahkan ada juga pandangan al-Banna yang telah ditolak sepanjang hidup beliau termasuklah berkaitan dengan syura, sama ada ia mulzim atau mulhim. Sehingga akhirnya al-Banna mengubah keputusannya. Anwar al-Jundi juga menceritakan bahawa beliau biasa berbeza pandangan dengan tokoh gergasi itu.

Itu perkara biasa. UMar Abdul Aziz suka mencintai khilaf yang berlaku kalangan sahabat. Jika Ibnu Abbas berbeza pandangan dengan Ibnu Umar, maka salahkah jika kita memiliki tahap keilmuan yang membolehkan kita tidak bersetuju dengan al-Banna, Syed Qutb dan lain-lain.

Kedua, mereka hidup pada zaman mereka yang sangat jauh daripada kita. Malangnya banyak tulisan usrah yang masih banyak berdalilkan mereka. Tulisan Syed Qutb dalam Ma’alim fit Tariq disanjung dan ramai kalangan kita yang mempertahankannya meskipun sebenarnya ramai pun yang belum membaca karya itu.

Al-Maududi antara orang yang menolak pandangan Syed Qutb. Baik, Syed Qutb hidup di Mesir. Kita di Malaysia. Dua negara yang jauh dan adat resam pastinya berbeza. Budaya hidup dan berfikir juga berbeza. Cara berdakwah dan berjihad juga berbeza.

Syed Qutb hidup pada zaman yang agak jauh daripada kita. Maka apakah idea beliau tentang harakah semuanya masih relevan dengan sekarang? Bagi saya tidak. Saya lebih suka jika kita mengemukakan gaya berfikir kita sendiri untuk menangani situasi semasa.

Bahkan YB Solahuddin berkata, ilmu politik tiada dalam kitab tetapi ada dalam rencah masyarakat.

Sedangkan dalam fiqh boleh berubah, apatah lagi dunia harakah yang sangat dinamik.

Bahkan Fathi Yakan sendiri, meskipun hidup pada zaman kita, namun ia berada di satu tempat dan budaya yang berbeza. Bahkan pandangan saya dalam Gamis juga berbeza dengan pandangan Ketua atau Bakal Ketua Pemuda PAS dan UMNO.

Ini adalah perkara biasa.

Ketiga, saya mengharapkan agar pimpinan harakah yang mengarang karya sendiri. Jangan hanya terpengaruh dengan idea orang tanpa kita sendiri mengeluarkan satu karya yang bebas daripada sebarang pengaruh. Ditulis secara jujur dan berdasarkan penelitian.

Saya sendiri tidak bersetuju dengan konsep usrah yang berat bagi peringkat ta’rif. Saya tidak setuju dengan banyak syarahan berkaitan dengan konsep sir hazar bahkan pandangan ini paradoks dengan pandangan banyak ustaz.

Saya setuju konsep tarbiah untuk semua tanpa berselindung. Saya tidak mahu dengan tajuk Ta’addud Jamaah dengan kupasan yang panjang lebar. Saya tidak suka ahli Gamis menarik ahli PKPIM sebagaimana saya juga tidak suka sebaliknya. Saya juga tidak setuju dengan pandangan Fathi Yakan berkaitan kesatuan jamaah (kena baca balik dalam abjadiyat).

Ini kerana saya yakin, saya lebih memahami waqie di Malaysia berbanding Fathi Yakan.

Seterusnya, banyak persoalan yang semakin aneh timbul pada masa sekarang. Persoalan yang timbul adalah tinggi dan mencabar pemikiran khususnya dari sudut liberalisasi. Maka saya menggalakkan agar semua membaca karya mereka seperti tulisan Abdullah Ahmad al-Na’im, Ali Abdrul Raziq dan sebagainya bagi memahami bentuk pemikiran mereka sebagai persediaan.

Persoalan semasa tentang politik, dakwah dan lain-lain turut mencengkam kita. Kama apakah cukup dengan tulisan Hassan al-Hudhaibi untuk berdepan dengan reality? Pastinya tidak. Maka kita mesti memperluaskan lagi bahan bacaan kita.

Selain itu, kehendak semasa menuntut kita untuk boleh menjawab persoalan semasa yang ditimbulkan oleh banyak pihak. Sekarang, siapa yang mampu menerangkan kepada khalayak berkaitan Negara Islam secara propel dan baik, jelas? Siapa yang mampu menerangkan kepada mereka tentang erti hudud dan perlaksanaannya dalam bentuk yang boleh menimbulkan rasa puas hati?

Maka saya mahu simpulkan dalam jawapan yang ringkas ini. Saya sebenarnya perlu memperuntukkan banyak lagi ruang untuk penjelasan sebenarnya.

1- Jangan meninggalkan karya asas, namun percepatkan. Biarlah pada peringkat ta’rif dan awal-awal takwin, karya tersebut sudah habis dibaca. Mungkin kita kena membaca karya Dr Jum’ah Amin Abul Aziz dan Munir Ghadban pula pada peringkat takwin untuk mempercepatkan proses.

2- Perluaskan bahan bacaan kita sebagai persediaan menjadi angkatan dakwah, ahli politik dan murabbi yang berwibawa. Sekian sahaja daripada saya, terima kasih.





2 Cadangan/Pandangan:

ea berkata...

sekali lagi ana bersetuju. waqi' di Malaysia x sama dgn negara lain. lain tempat, lain suasana dan keadaannya. Bahkan, bukan hanya antara negara. Antara kampus pun lain waqi'nya.

bacalah buku fathi yakan,hasan al-banna, syed qutb.

tp jgn lupa, bnyk lg penelitian dan pembacaan lain yg perlu dikuasai jg. apatah lg bdasarkn waqi' semasa, di mana malaysia memerlukan da'ie yg tidak membeku dalam warisan silam.

Tanpa Nama berkata...

salam

banyak lagi kitab2 yg perlu dibaca..

tp yg ana nampak kekadang kita salah mengambil point..

contoh dalam mazayakni.. bahagian yg kedua..

10 ciri jemaah yg perlu kita sertai..

antaranya jemaah yg pertama ditubuhkan...

fathi yakan merujuk kepada jemaah ikhwanul muslimin yg mula tubuh seleaps jatuhnya khilafah islam

tetapi org PAS ni ambik fakta.. PAS yg mula ditubuhkan di malaysia.. so kena ikut pas.. tak boleh ikut ABIM< JIM dan semuanya..

(ini pengalaman ana masa dikampus la)

ahli jemaah kampus didoktrin dengan jemaah.. bukan dengan dakwah itu sendiri.. sudah final year.. mana ade dah usrah yg tiap minggu.. lagi2 bila dah kuar kampus... usrah hanya bila sempat sahaja...

kalau ana tgk batch ana di ukm... semuanya dah berubah.. dulu yg muslimat.. pakai jubah gelap2.. kain malap2... sume dah pakai tudung pendek kebanykkan.. even.. MT jemaah..

hidup pun ikut sempat sahaja untuk dakwah..

ehe tpi yg ana nampak.. mmg susah nk ubah keadaan... solution ana... ikut jemaah lain yg betul2 nk gerakkan dakwah...

alhamdulillah.. kami terjaga dengan dakwah yg kami ikut.. usrah tiap minggu tak pernah miss.. dengan ahli usrah yg sama.. dan murabi yg sama... mengikut manhaj yg tersusun... satu benda yg sukar nk dapat jika berada di dalam PAS sendiri..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE