Rabu, 8 Julai 2009

BUDAYA AL-QURAN


Saya sempat berbincang dengan Ketua Tarbiah PMIUM semalam. Perkara asas yang kami bincangkan ialag, apakah kemuncak aksiologi tarbiah. Beliau menyatakan, melahirkan manusia yang boleh berguna untuk Islam.

Kemudian kami melanjutkan perbincangan dan ia tambah menarik dengan kedatangan saudara saya Azlan. Biasa budaya berbincang sesama kami. Bermula dengan satu perbincangan yang sangat ilmiah, bertukar kepada strategi tarbiah.

Saudara Azlan mengemukakan gagasan menarik untuk saya dedahkan. Ke arah mewujudkan budaya al-Quran kalangan ahli jamaah dengan melaksanakan beberapa konsep.

Pertama, semua ahli jamaah mesti membawa mashaf al-Quran kecil ke mana-mana sahaja mereka pergi. Natijah yang paling besar ada dua. Satu, keversihan dan kesucian diri terpaksa dijaga lantaran mereka membawa mashaf. Kedua, mereka akan terdidik untuk membaca al-Quran.




Kedua, mewujudkan suasana cinta al-Quran dengan memulakan sebarang majlis dengan membaca al-Quran dan bertadabbur bersama-sama. Apatah lagi jika surah yang dipilih ialah tentang akhirat dan kematian. Ia pasti lebih melunakkan hati.

Jika kedua-dua perkara ini dapat diimplementasikan sebaiknya, saya yakin satu perubahan akan berlaku. Ia memerlukan kesungguhan bermula dengan komitmen kalangan pimpinan terlebih dahulu. Jika pimpinan memulakannya, maka pasti akan diikuti oleh semua ahli.

Al-Quran adalah asas segala-galanya. Zikir yang paling mulia ialah al-Quran. Tiada guna karya Fathi Yakan atau Syed Hussein Nasr yang ditelaah sedangkan al-Quran kurang menjadi pedoman dan irsyad. Ia merugikan sebenarnya.

Saya juga mencadangkan agar Ketua Tarbiah, Saudara Hadi meneliti semula sembilan ciri Ibadur Rahman yang difirmankan Allah dalam surah al-Furqan. Maka ciri-ciri itu mesti difahami oleh semua ahli dan menjadi amalan dalam kehidupan dan penghidupan mereka. Selain itu, seharusnya ahli meneliti apakah muwasafat tarbiah bersepuluh yang harus mereka capai. saya pun masih dalam proses pembinaan diri.

Budaya cinta al-Quran. Semasa berjalan, kita mungkin pernah melihat ahli berjalan sambil membaca. Tetapi ada atau tidak ahli yang berjalan sambil membaca al-Quran atau mulutnya terkumat-kamit melafazkan zikir dan tasbih?

Ia bukan satu fenomena lagi bukan?

Sebagai contoh yang lain. Apabila kita berhadapan dengan sesuatu masalah, apakah kita terlebih dahulu memohon pertolongan dengan mengerjakan solat, membaca al-Quran dan mengadu kepada Allah? Atau kita kalut dan berbincang sesama ahli?

Sesungguhnya ahli hanyalah makhluk yang tiada daya dan upaya, sedangkan Allah adalah Khaliq. Allah lebih mengetahui.

Saya menutup perbincangan jam 1 pagi semalam dengan satu cadangan, "Akhi, mungkin nta boleh buat satu lounching berkaitan Generasi al-Quran Yang Unik."







6 Cadangan/Pandangan:

Marwan Bukhari on 8 Julai 2009 pada 10:12 PTG berkata...

ttg generasi al Quran yg unik, kami telah diskusikan dalam satu majlis yg berupa brainstorming di masjid dq.
pelbagai hujah telah dikemukakan sama ada menurut syed qutb ataupun ulama lain.

budaya membawa al quran di dalam poket, budaya ini menjadi kebiasaan pelajar dq.. malah kekadang al quran dibaca sewaktu berada dlm KTM dan di ceruk kota jika ada masa lapang..

ana berpandangan, aktivis dari dq brsedia untuk berkongsi ttg tarbiah dan pembudayaan al quran ini kpd sahabat2 di luar. bukannya mengangkat yg diri yg kami ni hebat, tapi meyakini bahawa kami brgelumang hampir setiap hari dengan al quran..

boleh jd, dlm aspek ni, kami boleh berkongsi apa yg bermanfaat..

Mahmud Syarif Zahari berkata...

ANA SETUJU DGN ADIK MARBU,

mungkin juga ahli dq dapt memberi pandangan dgn lebih bernas kerana mereka setiap hari bergelumang dgn alquran.
sesetengah ahlinya yang telah graduate daripada dq masihj lagi tanpa segan melunakkan suara mendendangkan alquran di jalanan, walaupun quran tiada di tgn, mereka melayan quran itu menggunakan mp3 mp4....

Syis Abdul Kadir on 9 Julai 2009 pada 5:18 PG berkata...

salam..satu gagasan yg sgt2 perlu dilaksanakan..tarbiah ruhiah perlu dihidupkan..penjagaan hati adalah titik tolak kpd kberkatan perjuangqan...keberkatan adalah kjayaan sbnar..saya pernah menyarankan kpd ahli d kampus saya utk membaca alQuran serta terjemahan paling kurang 2 muka stiap hri dan 4 bg mslimat..paling tdk kita berjaya khatamkan alQ serta terjmahan dlm msa stahun...

Tanpa Nama berkata...

Salam.

1) Cadangan ana, di samping membaca al-quran. galakkan ahli membaca terjemahan @ tafsir al-quran.

2) Dalam masa yang sama, titik beratkan soal makhraj & tajwid.

3) Dalam tamrin. Tolong bagi ruang untuk peserta & ajk membaca/menghayati al-quran.

4) majlis tadarus perlu diadakan u ahli j

Tanpa Nama berkata...

Erm sangat sayang ahl pmium masih ketinggalan dlm pembudayaan al-quran..sedangkan ada jemaah lain sperti ikhwan alami yg terlebih dulu sgt membudayakan al-quran..tafsir al-quran pasti di bawa ke mana shj hatta pekerja kakitangan kerajaan maupun student..
Pengisian utama usrah mereka adalah pemahaman terhadap isi al-quran dan implentasinya dlm kehidupan..
Gagasan idea saudara dzul n azlan sebenarnye bukan gagasan baru dlm pmium..lama telah diutarakan dan pernah diutarakan oleh ahli tp tahap perlaksanaanya hnya melepaskan batuk di tangga..
Diharapkan usaha membudayakan al-quran dlm khdupan ahl j dititik beratkan disemua peringkat...

Khairul on 14 Julai 2009 pada 5:07 PG berkata...

Memang sume kita tahu Al-Quran itu hudan lilmuttaqin. Tapi byk yg tahu hanya sekadar knowledge yg boleh di bw berhujah ke mana-mana. Tapi Mcm aplikasi sebenar muttaqin terhadap al-Quran? Pastinya berbeza dgn cara kita lalui hari ini.

Contohnya, kita pernah dengar Sydn Umar pernah jatuh pengsan ketika mendengar alunan ayat dari Surah Toha. Rasulullah sendiri bsabda: " Surah Hud telah menyebabkan aku beruban". Banyak contoh aplikasi lain yg boleh kita dapati dalam sirah sebagai hasil tarbiyah Rasulullah s.a.w. Betapa beruntungnya sesiapa yang dapat melahirkan muttaqin yang ramai . Apa lagi sehingga diangkat oleh Allah menjadi imam kepada para Muttaqin.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE