Rabu, 8 Julai 2009

KEMUNCAK PENGAKHIRAN TARBIAH


Mungkin kita boleh berbincang satu perkara. Yang saya kira, amat menakutkan saya sebenarnya. Saya gentar untuk membicarakannya. Namun ia amat penting.

Apakah kemuncak pengakhiran tarbiah yang dilalui selama ini? Mungkin di sana ada beberapa jawapan. Apakah tarbiah kita ingin melahirkan nuqaba’ cemerlang yang akan meneruskan gerak kerja perkaderan?

Atau tarbiah kita melahirkan pakar dalam bidang masing-masing? Atau mungkin melahirkan pimpinan yang berjiwa besar mahupun politikus terbilang? Yang ini harus kita perhatikan.

Ada satu elemen yang paling menarik saya perolehi daripada Ust Yusri Presiden ABIM. Beliau bertanyakan saya satu soalan yang sudah ada jawapannya. Apakah ada university di Malaysia yang mengajar mata pelajaran tasawuf?



Mungkin ada, Dr Che Zarina di UM mengajarnya. Namun tidak banyak. Jika banyak sekalipun, sejauh mana aplikasinya? Maka saya cuba kaitkan dengan tarbiah yang dijalakan baik oleh GAMIS atau jamaah lain. Maka saya simpulkan, elemen tasawuf belum lagi menjadi satu penekanan yang amat penting.

Maka mungkin saya ingin katakan begini pada hari ini. Kemuncak tarbiah ialah melahirkan ahli yang berhati bersih, khusyu’, khudhu’ serta bertaqwa kepada Allah. Maka harus ada satu penekanan yang paling utama ke arah matlamat ini.

Baik, kita cuba menjawab beberapa persoalan bersama-sama. Cuba kemukakan kepada saya satu elemen dalam tarbiah yang menitik beratkan soal zuhud dan tawadhu’. Atau soal qanaah dan bersifat syukur. Mungkin jamaah akan menilai siapa nuqaba’ yang melaksanakan usrah tetapi sejauh mana penekanan jamaah terhadap qiamullail.

Saya pun sangat lemah dalam bab ini. Sekali lagi saya tegaskan. Saya juga tidak bersaya, cuma saya ingin sekali berbincang dan membincangkannya. Baik, sejauh mana jamaah mengambil berat tentang pembacaan al-Quran kalangan ahli?

Apakah ada jamaah terlalu menekankan soal amalan zikir dan wirid-wirid tertentu selain al-mathurat. Apakah ada elemen pembersihan hati menerusi amalan-amalan tertentu? Mungkin ada, cuma apakah ia sangat penting buat jamaah?

Benar ilmu penting. Tetapi kebersihan hati itu yang terpenting. Benar pemikiran dan politik penting. Tetapi politik akan kacau bilau sekiranya makin kurang orang seperti Ust Tuan Ibrahim. Apa lagi semacam Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Maka kita boleh fikir-fikirkan bersama. Saya akhiri dengan satu pesanan, jangan sibuk membersihkan hati sehingga meninggalkan gerak kerja yang lain.








3 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

aiwah... kuwais keda...

Anak Muda Reform on 8 Julai 2009 pada 6:50 PTG berkata...

cuba buka blog ustaz zaharuddin...die ada komen hadis mengucap lailahaillah, hadis sohih dalam sohih muslim bab iman...bagaimana saidina umar menghalang abu hurairah menyebarkan hadis berkenaan tentang itu..hebat umar, nabi arahkan abu hurairah sebarkan, tapi bile 22 mengadap nabi, nabi setuju dengan pandangan umar...

so, dzul komen sikit..

Tanpa Nama berkata...

sedara anak muda reform, cuba la bagi tajuk artikel tu skali. susah da nak cari. pa da.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE