Seorang adik dari sebuah kampus meminta jasa baik saya untuk menilai bentuk pengisian yang disusun oleh kepimpinan mereka. Saya sempat menelaah dan memberikan beberapa pandangan. Seraya, saya memberikan contoh manual pengisian mengikut akal saya.
Sebagai contoh, saya mencadangkan agar diubah tajuk kebiasaan menjadi sedikit lain. Agar ada daya penarik. Saya bertanya beberapa soalan kepada adik tersebut. Agak-agaknya, dengan tajuk cadangan ntum, orang nak datang dengar tak?
Kita tak nak ahli gerakan hanya datang dengar kerana itu disiplim yang terpaksa mereka lalui. Atau kerana program dan pengisian itu wajib. Itu tidak baik untuk jangka masa lama. Lebih baik mereka datang kerana keinginan mereka.
Maka saya menyebut,ada dua faktor yang menjadi daya penarik utama. Merangkumi tajuk perbincangan yang baik dan pembentang yang berkualiti. Ini yang terpenting. Sekiranya tajuk baik namun pembentang biasa-biasa sahaja, maka ia telah sedikit mencacatkan.
Sebagai contoh; apabila mereka mencadangkan tajuk dakwah fardiah, saya mencadangkan agar ditukar dengan tajuk lain. Seperti contoh, mereka boleh membedah buku. Kita buatlah contoh tajuk: “Dakwah Fardiah Menurut Sheikh Abdul Halim al-Kilani; Satu Kupasan Berdasarkan Karya Beliau” atau “Fiqh Dakwah Fardiah Menurut Pandangan Mustafa Masyhur.” Atau mungkin mereka membedah buku yang ditulis oleh Abbas al-Siisi yang dalam Melayunya diberi judul “Kiat-kiat Memikat Hati.”
Tajuk ukhuwah pula, syaa cadangkan agar ditukar dengan tajuk Ke Arah Team-Work Yang Berjaya. Pembentangnya mestilah seorang pakar motivasi yang pastinya akan mengupas dari perspektif berbeza jika dibandingkan dengan kebanyakan ustaz. Saya memberikan cadangan seorang motivator haraki yang bagus untuk dijemput mereka.
Manakala bagi tajuk dakwah, saya melihat faktor tahu dan mahu mesti digandingkan. Bukan lagi soal tahu hukum dakwah. Seorang pendakwah yang berdakwah kerana hukumnya wajib, tidak akan bernafas panjang. Maka mereka mesti tahu apakah permasalahan ummah dan mereka mesti disuntik dengan perasaan mahu.
Maka yang terbaik ialah mereka didedahkan dengan suasana sekarang berdasarkan fakta bahkan statistik yang baik. Kes pengkid, mak nyah, kecurian, zina tegar, pengedar dadah, sumbang mahram, dan sebagainya. Kemudian dicari pula apa punca timbulnya permasalahan tersebut dan apa kesannya. Akhirnya, dibincangkan plan strategi bertindak.
Saya juga mencadangkan mereka membincangkan tafsir al-Quran dan sirah. Tafsir tentang kisah Talut menjadi pilihan saya. Manakala Manhaj Haraki tulisan Munir Ghadban yang mengkisahkan strategi pembinaan Rijal pada zaman rasul amat penting.
Malah kemudiannya elemen pembersihan hati mesti disentuh secara khusus. Tajuk pembersihan hati, dengan membincangkan apakah faktor menggelapkan hati dan bagaimana membersihkannya menurut Filosofi dan Metodologi Imam al-Ghazali bagi saya amat penting. Pastinya kitab Ihya’ menjadi pilihanh utama dalam membincangkan soal ini.
Ada beberapa lagi cadangan saya termasuk wacana tokoh. Semua ini bertujuan untuk membuka ruang lanskap baru bagi membentuk satu daya pemikiran dan thaqafah yang berdaya tahan. Jika boleh, mahu saja saya mencadangkan agar mereka membincangkan tulisan Fazlur Rahman dan orientalis, namun itu terlalu berat dan saya sendiri pun masih dalam pengkajian.
Semua ini menuntut komitmen yang tinggi. Saya hanya memberikan pandangan dan cadangan dan saya langsung tidak kisah sekiranya pandangan saya diketepikan.
Saya turut berterima kasih kepada adik-adik tersebut kerana masih sudi mendapatkan khidmat nasihat saya meskipun saya ditohmah sebagai pengucar-kacir jamaah. Apapun, saya meletakkan diri saya sebagai khadam ummah ini.
Moga-moga Allah menetapkan pendirian saya dalam beragama dan berjihad. Malah harap-harap, saya bukan sahaja konsisten malah konsten. Amin ya Rab…
5 Cadangan/Pandangan:
salam, adik stuju dgn abg,
kebanyakan org sekarang semacam jemu dgn tajuk2 ceramah atau talks yang biasa,
pernah satu ketika, program di dq, semua unit ditukar nama, sbg cnth, unit Disiplin n Ibadah, ditukar kepada unit Spiritual n Metafizik,selain itu gaya watak seorang ketua unit berbeza daripada program yang kebiasaan, daripada garang kepada seorang yang bersifat motivator.
bagus2,adik pun setuju dgan abang.
dunia dah berubah.... sy setuju bangat dengan ustz dzul kali ni.... dalam dunia sekarang jgn biarkan pemikiran kita static... mudah-mudahan setiap ahli gerakan berusaha membentuk fikiran mereka ke arah dynami sedynamicnya...
Salam abg Dzul,
ana nak minta pndgn abg dzul tntg beberapa perkara.
fokusnya kepada gerakan dakwah dlm kampus.
ana pljr IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia).
beradasarkan pemerhatian ana, surau, pusat islam dan masjid di kampsu2 IPGM lengang sama juga spt di IPT.
Apakah usaha2 yg blh kita laksanakan agar skematik pmkiran plajar tntg fungsi surau, masjid dan pusat Islam ini dpt kita ubah?
http://youmusthink.blogspot.com/2009/07/variasi-sinergi-dalam-idealisme.html
Catat Ulasan