Kisah para anbiya dalam berumah tangga benar-benar menjadi taulan. Ada nabi, isterinya rosak. Ada nabi, isteri menjadi pendokong perjuangan. Ada nabi, tidak beristeri bahkan ada yang tidak berkeinginan untuk berteman.
Nabi Lut dan Nuh mempunyai isteri yang buruk tingkah laku. Sejarah tidak pula mencatat dengan baik, apakah faktor kerosakan isteri kedua-dua nabi itu. Maka pendakwah harus mengambil pedoman, berhati-hati memilih isteri.
Nabi Yahya dan sepupunya pula, Isa tidak beristeri. Bahkan Nabi Yahya tidak ada keinginan mendirikan rumah tangga. Nabi Yahya mendapat sokongan moral daripada keluarga baginda yang memahami, apatah lagi warisa kenabian itu tertumpah daripada ayahanda baginda, Nabi Zakaria itu sendiri.
Mungkin Nabi Muhammad saw, Ibrahim dan Musa yang paling beruntung. Ismail juga begitu, dan beberapa nabi yang lain. Yang agak masyhurnya, kesolehan Sarah dan ketabahan Hajar dalam menjadi de-facto kepada perjuangan suami mereka.
Nabi Musa AS juga bertuah kerana memiliki isteri yang sangat. Keberanian baginda juga harus dinilai mengikut pengorbanan seorang isteri yang tabah. Bahkan isteri baginda menurut Surah al-Qasas adalah seorang wanita yang cerdik.
Semestinya Nabi kita saw yang paling bertuah. Khadijah merupakan peniup motivasi dan pendorong dari sudut kewangan perjuangan. Kehadiran Khadijah merupakan satu nkmat yang paling besar dalam hidup baginda.
Asiah pula wanita yang kurang bernasib baik dari sudut rumah tangga. Beliau terpaksa berkahwin dengan seorang raja yang berlindngkan kuasa sihi. Pemberontakan dalam diri beliau membuak-buak namun beliau tidak mampu untuk menterjemahkan Iman kecuali setelah mengambil tempoh yang agak lama.
Maka apa maksud yang baik untuk yang baik dan buruk untuk yang buruk? Adakah semestinya wanita baik memperolehi suami yang baik dan sebaliknya. Ia mungkin begitu namun ada fakta sejarah yang menafikannya.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan dua versi tahniah kepada Ust Ramadhan Fitri Ellias yang merupakan naqib saya.
Tahniah ‘lama’ kerana mendapat isteri yang sangat bersabar. Kak Khadjah, baik saja saya denga dia. Sampai skarang. Sangat penyabar dan sangat pengasih.
Tahniah ‘baru’ kerana telah mendapat seorang anak puter yang pastinya cantik, dan insya-Allah mewarisi kecerdikan dan kepintaran ayahanda dan bondanya. Tahniah dan selamat berbahagia.
3 Cadangan/Pandangan:
lebih baik awak menulis cerita2 cmni je.. baru aman dunia
Apakah maksud suami yang baik untuk isteri yang baik? walaupun seorang suami yang baik mendapat temannya yang merupakan seorang isteri yang tidak baik, percayalah bahawa Allah telah menentukan si suami itulah sebenarnya yang paling layak dan terbaik untuk isteri tersebut. peranan suami untuk mendidik isteri menjadi baik. Begitu juga sebaliknya apabila si isteri mendapat suami yang tidak baik.
taniah ustaz ramadhan.
mamat.com a.k.a suami kak jalalilah
Kita bertemu di Muktamar baru2 ini bersama ustaz zaidi rombongan pemuda sabah.
Catat Ulasan