Khamis, 2009 Julai 09

IMPIAN SAYA


Saya sudah lama menyiapkan permohonan untuk menyambung pengajian ke Jordan. Tujuan saya, beruzlah semasa muda untuk memperkasakan ilmu. Jika mampu, saya akan menyambung sampai ke PhD di sana.

Dalam masa yang sama, saya bersedia jika terpaksa menyambung pengajian di UM. Ada beberapa pemfokusan yang boleh saya tumpukan. Saya akan mengambil bahagian sejarah semestinya untuk kali. Berbeza dengan degree dalam bidang al-quran dan hadis.

Mungkin saya boleh membincangkan beberapa tajuk yang memerlukan komitmen terbaik saya. pertama, berkaitan Yahudi Menurut Perspektif al-Quran. Dalam hal ini, saya terpaksa mengkaji kesemua ayat yang berkaitan dengan Yahudi, juga yang mengandungi perkataan Yahudi sekalipun. Kemudian saya mesti merujuk pertalian dengan ayat lain. Asbab nuzul, bila diturunkan, apa suasana ketika ayat tersebut diturunkan dan juga tafsirnya.




Kedua, saya mungkin boleh mengkaji tentang kerajaan Muwahidun di Sepanyol. Semestinya ia amat berat namun saya berpelung untuk ke Sepanyol jika perlu. Mengkaji dan merenung bagaimana kerajaan Muwahidun membina kegemilangannya dan bagaimana ia runtuh. Bahkan saya sepatutnya boleh mengkaji, apakah faktor luaran selain dalam yang melonjakkan kerajaan tersebut, juga apakah sumbangan kerajaan Muwahidun kepada dunia Islam.

Ketiga, saya mungkin juga boleh mengkaji tentang kepimpinan Abdul Rahman al-Dakhil. Setakat ini saya belum bertemu dengan dokumen lengkap tentang beliau. Namun ini tidak bermakna saya akan menyerah kalah, apatah lagi al-Dakhil bukan calang-calang orang dan seharusnya beliau dimasukkan dalam golongan pemimpin Islam yang besar.

Banyak lagi yang boleh saya bincangkan dalam MA ini. Namun saya tidak tergopoh-gapah. Saya mahu membuatnya secara strategis dan penuh dengan perancangan. Tektikal saya mesti tinggi. Saya sudah terfikir untuk menuntut secara berkala dengan Dr Zaki yang merupakan Pakar Andalusia.

Kemudian saya akan berjumpa dengan seramai mungkin pakar sejarah untuk menuntut ilmu daripada mereka. Saya juga seharusnya mengkaji banyak dokumen dan buku yang berbentuk ilmiah bagi menyiapkan projek saya termasuklah karya al-bidayah wa al-nihayah Ibnu Kathir. Rujukan Bahasa Arab dan Inggeris akan dijadikan rujukan utama saya, bukannya rujukan Bahasa Melayu yang kebanyakkan tidak bersendikan ilmiah.

Dalam memperkasakan keilmuan dalam diri saya, saya sudah berbincang dengan rakan karib saya untuk mengadakan usrah ilmiah. Saya akan mengendalikan soal tafsir dan hadis. Hasrul pula dalam bidang akidah dan Naim dalam bidang pemikiran Saya dapat merasakan perbincangan kami pasti akan rancak. Namun saya masih mencari beberapa pakar dalam bidang lain termasuklah sejarah, Nahu dan juga mungkin tasawuf. Ia agak berat.

Saya juga akan memberikan komitmen yang penuh untuk mengikuti usrah bersama pimpinan tertinggi Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Semalam bersama dengan Datuk Sheikh Halim, Dr Fauzi Deraman, Datuk Salleh Ahmad dan lain-lain, ia amat menyeronokkan. Namun sekali-kali ia tidak menghalang keinginan saya untuk berapat-rapat dengan golongan liberalis dan modenis. Semestinya kumpulan IKD dan SIS akan menjadi tumpuan saya.

Saya mahukan pertambahan ilmu. Maka tawaran untuk menjadi Timb SU PUM perlu saya pertimbangkan. Bukan kerana kewangan kerana gaji langsung tidak akan diberi. Tetapi untuk berapat-rapat dengan golongan ulama dan berkenalan dengan seramai mungkin orang yang berkemampuan.

Alhamdulilah, saya bertemu lagi seorang alim semalam. Saya akan menjadikannya guru saya. saya akan mencari seramai mungkin guru dan akan belajar dengan mereka secara khusus. Saya tidak mahu menyia-nyiakan peluang yang ada.

Selain itu, saya juga mesti membina hubungan dengan seramai mungkin orang. Sama ada yang berkepentingan mahupun tidak. Moga-moga Allah memberikan kekuatan yang luar biasa.





7 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

dah lama sy tak jengok blog ini. hri ini terbabas ke sini. alhamdulillah, sejuk hati merehatkan fikiran di sini stlh lelah bekerja.payah pula nk keluar dari paparan ini. sejak sy kenal tuan punya blog ini 5 thn yg lalu, trcetus hrpn besar kpd tuan blog ini.di tgh dunia hari demi hari khlgn ulama2 yg memimpin ummah dan terbaru sheikh soleh sadat dan sheikh fathi yakan, juga us fadil,kami mghrpkn lhirnya ulama2 muda yg akan kedepan.bila kali pertama sy mendengar suara tuan blog ini, sy sudah bercita2 besar mahukan dia memimpin ummah suatu hari nnt.

sy pernah berkongsi dengan k. pen pas us idris ahmad tentang mamat tuan blog ini. ust idris juga katakan dengan ikhlas, sy 'menggeruni mamat tuan blog ini."dia byk ilmu, rajin, sopan dan ada tokoh memimpin. ust idris katakan pada saya, dia juga punya harapan besar pada tuan blog ini untuk itu dan untuk ini pd suatu hari nnt.....
Tapi....apa yang tapi... saya tak terkata..us idris tak terkata... geram nak kata, tapi sayang dan mengharap masih tinggi...gitu juga sy rasakan perasaan disudut hati kecil us idris..
bila sy buka paparan blog hari ini...saya dpt kecapi semula kemanisan masa lampau..maka 'tapi..tapi...' yg tak terkeluar di beranda us idris itu hilang dengan sendiri..insya Allah, saya akan ajak us idris jenguk kembali blog ini,moga dia juga kesejukan setelah penat berkempen di manik urai.kesejukan itu maknanya meneruskan harapan dan doa kami tanpa 'tapi-tapi' lagi supaya tuan blog ini akan jadi dot dot dot satu hari nnt.moga Allah kabulkan doa kami..

jauh di sudut hati sy sygkan tuan blog ini, wpun sy prnh mncttkn yg 'keras-keras' di blog ini. sy tak pernah menegur atau bertengkar dengan tuan blog di luar, saya hanya mengkritik dua kali di blognya.. org kata saya penakut, sy kata bukan takut. sy ambik metod hj subki latif yg sekereta dengan us hasan syukri ke muktamar, tetapi membantah us hasan terus brtnding timb presiden melalui sinis di akhbar.. dlm kereta mereka borakkan hal rumah tangga dll..

semoga tuan punya blog tidak lupakan perjalanan kita dari jam 12 malam sampai 5 pagi di hutan felda dot dot dot...

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid on 10 Julai 2009 10:02 berkata...

semoga Allah permudahkan segala perjalanan abg ana mencapai impian yang murni..amin

Hasanhusaini on 11 Julai 2009 12:08 berkata...

salam...ana mempunyai impian yg xsama dgn abg..tp dataran syam yg sama bakal menemukan kita, i.allah...moga dipermudahkan urusan..

Tanpa Nama berkata...

kepada tanpa nama...

perjalanan 12 malam hingga 5 pagi di felda dot dot dot... mungkin bulan puasa kot???

rasanya ana ada sekali.....

aminn.... mudah2han termakbul.....

Syahida Majid on 12 Julai 2009 1:47 berkata...

Jordan sentiasa mengalu-alukan kedatangan Ust. Malah, mengharap :)

aisyahumaira on 18 Julai 2009 11:10 berkata...

salam....ana doakan semoga impian ust akan tercapai,dan biala pulang nati dapat di sampaikan pula ilmu kpd masyarakat di malaysia bumi bertuah ni...memang kita digalakn utk menuntut ilmu ke negara org,,ana pun ada menyimpan impian utk melanjutkan pengajian ke tnah arab...semoga dikabulkan hajat n impian..AMIN...

muslimat on 27 Julai 2009 12:05 berkata...

salam, ustaz, ada ayat menarik buat ustaz,saya petik dari satu buku, untuk mereka yang berani bermimpi..

kuberitahu satu rahsia padamu kawan,
buah paling manis dari bermimpi
adalah kejadian-kejadian menakjubkan
dalam perjalanan manggapainya..

moga tercapai impian...

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE