Sabtu, 11 Julai 2009

GAMIS AKAN TERUS MENZAHIRKAN DIRINYA


Alhamdulillah, ia sepatutnya diungkapkan guna memuji Allah taala setelah membantu kami dalam menjayakan kongres. Ramai mungkin tidak tahu, betapa inilah program pertama GAMIS secara legal, terbuka dan profesional.

Maka kami telah membina hubungan dengan banyak pihak. Termasuk apabila saya dijemput ke rancangan Astro Awani. Kami juga dapat membina kerjasama dengan ramai ahli akademik dan intelektual termasuklah pihak Bukit Aman dan Ketua Polis Negara itu sendiri. Malah hubungan dengan beberapa pimpinan NGO dan MB Selangor.

Saya kita, GAMIS tidak boleh menyembunyikan lagi identitinya sebagaimana terdahulu. Mesti GAMIS mesti seterang matahri, bukannya lagi bersembunyi di sebalik awanan. Apa lagi pada 1 Ogos nanti, GAMIS buat julung-julung kalinya akan mengadakan konsert yang lebih besar dan meriah tentunya dengan izin Allah, insya-Allas, amen.



Saya tidak sangka sejauh ini langkah GAMIS. Saya yakin saya boleh melangkah lebih jauh ke depan, tetapi saya tidak melakukan semuanya pada zaman ini. Beberapa perubahan sudah cukup, dan yang pentingnya adik-adik generasi akan datang memahami idealisme yang sudah terpahat. Jika tidak, akan pupuslah segala gagasan.

Dr Abu Hasan berkata kepada saya, “Abang yakin GAMIS boleh melangkah lebih jauh ke depan.” Ini juga keyakinan saya. Dan saya tidak mahu sangat melayan suara-suara kecil yang mengajak untuk saya berpatah ke belakang. Tidak mahu saya melayan mereka. Saya mesti terus ke depan dan menoleh kadang-kadang tetapi tidak akan berundur.

Sekejap lagi, saya akan membincangkan satu gagasan baru GAMIS yang sekaligus akan mengubah 80 peratus watak GAMIS selepas ini. Kemungkinan. Saya yakin gagasan ini akan ditentang hebat terutajanya oleh golongan fundementalis tetapi akan didokong penuh oleh golongan yang mahukan arus perubahan. Saya akan membentangkan perkara itu selepas membincangkannya dengan barisan pimpinan.

Seingat saya, ada beberapa perubahan yang terpaksa saya telah celaan lantaran ketidak biasaan ramai pihak. Isu GAMIS mendaftar sebagai NGO pun dianggap sebagai menghilangkan roh jamaah dan mendedahkan ahli kepada kebahayaan dari sudut sir hazar. Saya ingin sahaja bertanya. Mana gerakan yang tidak beramalkan dengan konsep sir hazar.

PAS pun mengamalkan sir hazar tetapi seluruh negara mengetahui gerakan PAS. yang sir adalah strategi dalaman. Bahkan ada strategi yang boleh kita dedahkan. JIM dan ABIM juga terbuka. Jadi apa salahnya sekiranya GAMIS sebagai NGO. Sampai bila GAMIS mahu bergerak secara haram dan terus menerus dikenali sebagai budak nakal.

GAMIS mengadakan pula tarbiah dan tamrin secara terbuka. Ada yang mengkritik. Saya ingin bertanya balik, apakah tarbiah kita eksklusif? Saya jika boleh, mahu saya tarbiah UMNO mahupun MCA. Kita tarbiah dan dakwah semua. Maka Akademi al-Fatih yang dianjurkan telah mempromosikan apa itu tarbiah GAMIS. Saya berharap, ada seseorang yang akan menerbitkan buku menceritakan apakah impian dan bentuk tarbiah GAMIS untuk bacaan umum. Biar semua mengenali apa itu GAMIS dan apa gagasan serta impian mereka.

Dan banyak lagi sehinggalah ke kongres dan konsert. Saya mahu terus membicarakannya di lain masa. Sekarang, saya mahu berehat..

7 Cadangan/Pandangan:

acabeire berkata...

jadi pemimpin memang kena besar cita-cita. pemikiran kena melampaui zaman sekarang. pekakkan telinga dengan caci maki orang. teruskan kehadapan. yang penting, anda sudah dilantik secara demokrasi dalam GAMIS. orang2 di luar GAMIS nak kritik silakan. jangan perlahankan langkah anda dalam membawa GAMIS. yang penting, musyarawah sebelum keputusan, supaya keputusan adalah bulat dan muwafakat. GAMIS memang kena isytiharkan diri. saya tak tahu bila kawan h*zb* di UK nak jahar juga. selagi bergerak underground, selagi tu lah fundamentalist conservative akan memperdayakan student utk kepentingan politik mereka.
jgn lupa didik orang yang akan menggantikan anda nanti, supaya visi dan misi anda dapat diteruskan.
salam perjuangan dari saya

acabeire berkata...

jadi pemimpin memang kena besar cita-cita. pemikiran kena melampaui zaman sekarang. pekakkan telinga dengan caci maki orang. teruskan kehadapan. yang penting, anda sudah dilantik secara demokrasi dalam GAMIS. orang2 di luar GAMIS nak kritik silakan. jangan perlahankan langkah anda dalam membawa GAMIS. yang penting, musyarawah sebelum keputusan, supaya keputusan adalah bulat dan muwafakat. GAMIS memang kena isytiharkan diri. saya tak tahu bila kawan h*zb* di UK nak jahar juga. selagi bergerak underground, selagi tu lah fundamentalist conservative akan memperdayakan student utk kepentingan politik mereka.
jgn lupa didik orang yang akan menggantikan anda nanti, supaya visi dan misi anda dapat diteruskan.
salam perjuangan dari saya

Atriza on 11 Julai 2009 pada 9:21 PTG berkata...

Teruskan perjuangan.

Tahniah buat semua penggerak yang menjayakan Kongres ini.

Alhamdulillahi Rabbil `alamin, dapat ana menjadi peserta kongres itu.

Moga perlaksanaan yang berterusan itu mendapat redha Allah, insya`allah

Salam Perjuangan

alfatonah on 12 Julai 2009 pada 3:31 PG berkata...

slm
alhamdulillah, walaupun terpaksa duduk ditangga, kehangatan kongres mmbincangkan isu spin(sistempendidikan islam negara) amat terasa.tahniah pd pembentang kertas kerja dan seluruh warga penggerakn ko-spin
moga ada tindakan/pelaksanaan yg blh dirancang slps kongres ini utk merealisasikan objektif2-ajk modul kongres

Tanpa Nama berkata...

Salam saudara.
saya menyokong saudara
walaupun rakan2 aktivis PAS tidak setuju dengan tindakan saudara
Ya, GAMIS perlukan pembaharuan, walaupun ada yang berkata, GAMIS adalah proksi PAS, mesti mengikut apa yang PAS kata....
Ya, kita perlukan pembaharuan.
GAMIS perlu memimpin perubahan ini dalam kalangan mahasiswa.
Mungkin ABIM, PKPIM, boleh kita jadikan rujukan.
Kita mahu ramai aktivis intelek, bukan sekadar aktivis parti semata.
Kerana , GAMIS adalah kilang pimpinan masa hadapan.
Tahniah saudara

www.muhammadridwanto.wordpress.com

Tanpa Nama berkata...

pandangan sy,saudara berjaya dengan gagasan baru,tahniah!!tapi apa yg membimbangkan sy adalah pelapis saudara...mampukah mereka menyambut kepimpinan gamis yg ada skrg???persoalan ini bukan sy lontarkan pd saudara,tetapi mereka yg berbiah akn memegang GAmIS...jika KamPus tungang langang,sudahsiapkaH persediaan anda semua bekerja diperingkat NasioNal???

Tanpa Nama berkata...

Kata Imam Hasan al-Banna: Prinsipnya, “Bersatu dalam perkara yang benar dan betul lebih baik dari tidak bersatu dalam perkara yang lebih benar dan lebih betul.”

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE