Sabtu, 18 Julai 2009

PENGAJIAN HADIS


Saya terbaca satu hadis yang sangat baik untuk dikongsi bersama. Hadis itu menjadi pilihan Abu Bakar al-Jazairi untuk dimasukkan dalam kitab pengajian beliau. Saya lupa riwayat siapa. Jelasnya, ia merupakan pesan nabi saw kepada Muaz bin Jabal.

Kata nabi saw kepada sahabat besarnya itu, “Hai Muaz, demi Allah, aku sangat-sangat mengasihimu. Janganlah kamu meninggalkan solat kecuali kamu berdoa, Allahumma, bantulah hamba dalam mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu serta memperelokkan amal kepada-Mu.”

Ajaran doa nabi saw ini sangat bagus. Ia menggambarkan simbolika kelemahan dan kefakiran manusia sebagai hamba. Maka sebagai hamba yang lemah, kepada Allah taala jugalah tempat kita bergantung sepenuhnya. Bahkan yang menariknya ialah, Muaz diminta oleh nabi saw untuk mengadu kepada Allah taala agar Allah taala membantu beliau untuk sentiasa ingat kepada-Nya. Ini satu keindahan dalam berbahasa.




Seolah-olah saya berkata kepada ibu saya, “Ibu, tolonglah peringatkan saya agar saya bangun seawal pagi esok untuk membantu ibu mengemas rumah.” Atau seorang kawan berkata kepada kawannya, “Bantulah saya untuk sentiasa merinduimu dalam doa.”

Contoh yang diberikan saya masih kurang menarik sebenarnya kerana contoh tersebut hanya terkait antara hamba dengan hamba. Tetapi sekarang doa itu merujuk kepada satu pengkisahan, seornag hamba yang ingin berbakti kepada Tuhannya, maka ia meminta kepada Tuhannya agar ia dibekalkan kekuatan untuk berbakti. Ini satu keelokan dalam beramal ibadat.

Ada tiga elemen yang ditekankan oleh nabi saw dalam doa tersebut. Pertama, zikir kepada Allah taala. Kedua, bersyukur kepada-Nya. Ketiga, memperelokkan amal ibadat kepada-Nya.

Hamba yang sentiasa mengingati Allah boleh diperihalkan sebegini, agar lebih nampak. Apabila ia mendapat sesuatu nikmat maka ia bersyukur ALHAMDULILLAH. Apabila ia mendapat musibah ia redha dan bersabar seraya mengungkapkan INNA LILLAH WA INNA ILAIHI RAJI’UN. Apabila ia melihat suatu perkara yang tidak diingini, ia mengatakan, NA’UZUBILLAH.

Apabila ia melihat kebesaran Allah taala, pantas sahaja ia melafazkan SUBHANALLAH. Mendengar kemenangan Islam, ALLAHU AKBAR. Takjub dengan sesuatu [erkara, MASYA ALLAH. Ketika memohon kekuatan agar dapat melepaskan diri daripada kesulitan termasuklah cengkaman Iblis supaya melakukan kejahatan, LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH AL-‘ALIYYUL ‘ADZIM. Apabila ia melakukan kesilapan, ia membaca ASTAGHFIRULLAH dengan penuh penghayatan. Ini adalah gambaran orang yang sentiasa ingatkan Allah taala dalam banyak hal.

Kita teruskan sedikit lagi. Ia membaca doa dalam setiap keadaan. Baik semasa memakai baju atau memasuki tandas, memulakan makan dan bersama isteri, semasa lapang mahupun susah, memulakan pekerjaan atau sebagainya, semuanya dimulakan dengan doa atau zikir.

Perasan atau tidak, kehidupan kita penuh dengan kalimah tahmid ALHAMDULILLAH. Tidak sah solat kita melainkan perlu kita ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAHI RABBIL ‘ALAMIN pada setiap rakaat. Bangun sahaja daripada tidur, kita mengucapkan ALHAMDULILLAH. Apabila kita ingin tidur, kita juga membaca tasbih Fatimah yang mana terkandung dalamnya ucapan tahmid sebanyak 33 kali. Apabila keluar tandas, masih juga GHUFRANAKA ALHAMDULILLAH… Selepas sahaja makan, ALHAMDULILLAHI ALLAZI AT’AMANA…maka seluruh kehidupan kita sarat dengan kesyukuran.

Hanya yang buta tidak bersyukur. Setiap saat, bahkan setiap detik kita mendapat nikmat. Nafas dan udara ini adalah nikmat daripada Allah taala. Seluruh anggota tubuh badan kita, nikmat daripada Allah taala. Mata yang kita guna untuk melihat, nikmat daripada Allah taala. Semuanya nikmat daripada Allah taala.

Maka jika kita ingkar dengan nikmat Allah taala ini, dan kita ingin melakukan kerosakan di muka bumi, maka dengarlah baik-baik cabaran yang dilemparkan oleh Ibrahim bin Adham. Satu, kamu buat bumi sendiri atau. Kedua, kamu buat makanan sendiri atau. Ketiga, kamu buat udara sendiri atau. Keempat, kamu tangguhkan kematian dengan Malaikat Maut atau. Kamu lawan Malaikat yang mahu lemparkan kamu ke dalam neraka. Tapi, MAMPU KE?

Hamba yang dekat dengan Allah taala sentiasa bersyukur kepada Allah taala dan sentiasa berbaik sangka dengan-Nya. Tidak kira ia mendapat nikmat atau tidak, hati dan lisannya tetap sentiasa bersyukur. Jika ia mendapat musibah sebesar mana sekalipun, ia tetap bersangka baik dengan Allah taalam. Sebagai contoh,

Ketika ia mendapat kejayaan dalam temuduga kerjaya, ia bersyukur kepada Allah taala. Ia berjaya kerana Allah taala. Ia memulangkan segala pujian yang berhak menerimanya iaitu Allah taala. Jika ia gagal, ia berpesan kepada dirinya, “Mungkin aku ada silap dengan Allah, maka hari ini aku gagal. Aku mesti tingkatkan amal kepada Allah dan sentiasa ingat kepada-Nya.”

Inilah tanda aras kejayaan seorang mukmin yang merindui Allah taala.

Ketiga, nabi saw berpesan kepada Muaz dalam soal memperelokkan amal ibadat.





6 Cadangan/Pandangan:

H.I.S.Y.A.M.U.D.D.I.N on 19 Julai 2009 pada 9:02 PG berkata...

" dan sedikit sekali dari hamba-hambaKU yng bersyukur" (34:13)

cuba kita renung balik ayat di atas dengan kehidupan seharian kita.

sebelum makan, kita tidak lupa untuk membaca bismillah, tetapi selepas makan, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum tidur, kita tidak lupa membaca doa tidur, tetapi selepas bangun tidur, jarang yang menyebut alhamdulillah.

sebelum masuk tandas, kita amalkan doa memasuki tandas, tetapi selepas keluar tandas, jarang yang membaca alhamdulillah

apabila nikmat Allah berada di hadapan mata, kita ingat kepada ALlah, tapi selepas habis kita menikmati kurniaan Allah, kita terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah.

itulah realiti kehidupan kita..
manusia sering terlupa.. termasuklah ana sendiri..

GAMIS Selatan on 22 Julai 2009 pada 7:38 PTG berkata...

Assalaamualaikum...

Untuk Ust Dzul, ada beberapa perkara yang saya ingin cadangkankan untuk kepentingan GAMIS & masa depan gerakannya.

Saya mendapat makluman bahawa transisi peralihan kepimpinan GAMIS bakal berlangsung tidak lama lagi. Oleh yang demikian, saya ada beberapa cadangan kriteria untuk Presiden GAMIS akan datang.

Pada saya, Presiden GAMIS akan datang haruslah mempunyai seluruh view tentang tarbiyah, dakwah & gerakan politik GAMIS. Beliau harus bersifat play-maker & perencana gerakan yang cerdik & licik, di samping boleh tampil sebagai figure & ikon gerakan yang boleh memberi inspirasi kepada seluruh ahli GAMIS yang ada.

Beliau juga seharusnya seorang yang berani membuat keputusan & cepat dalam mengambil tindakan serta mampu memegang kelompok muslim & non-muslim dalam memimpin perjuangan.

Beliau juga mestilah seorang yang benar-benar faham kondisi politik baru dalam memimpin gerakan. Saya tidak mahu Presiden GAMIS yang tidak cekap membaca situasi & hanya sekadar seorang manusia yg baik & 'thiqah' semata-mata.

Lagi, Presiden GAMIS yang saya impikan haruslah dihormati & digeruni oleh lawan (pemerintah & konco-konconya) serta menjadi qudwah terbaik di kalangan kawan-kawan dalam gerakan.

Mudahnya, beliau mestilah mempunyai 'kepala' & mempunyai idealisme yang tersendiri dalam memimpin GAMIS.

Harap ada respon yang positif oleh Ust Dzul terhadap cadangan saya ini...

Wallahua'lam..

Tanpa Nama berkata...

jangan naikkan shazni munir um dan idris ukm.. dua-dua kaki sembang~

gamis tronoh berkata...

Ye.. Naikkan je Tanpa Nama di atas.. Nampaknye dia sorang je la yg plg layak kot.. Dh org lain smua dia dok kata sembang.. Hm.. Aku x kesah sape yg naik.. Janji dia dpt concern dgn kmpus2 lain & btul2 bleh tmpilkn gamis sbg sbuah bdn grakn.. Tp scra pribadi, aku prefer syazni munir la, sbb dia pn mmg dh teruji sblm ni dgn mcm2 dugaan.. Lgpn dia ni mmg dh famous dlm mainstream pn la ni.. So ssuai sgt la utk keadn gamis yg sudh smakin dikenali.. Ok, chow!

Tanpa Nama berkata...

salam tanpa name,

aku rase ko ni kaki sembang gak kot, sebab mesti tiap2 kali ko jumpa abg deris n abg shazni mesti dowg sembang2 je ngan ko kan? sebab munkin dowg tgk ko ni kaki sembang, so bdakwahlah dowg dgn cara sembang dgn ko ek?

Tanpa Nama berkata...

Ramai pengikut PAS ikut PAS bukan sebab pemimpin, tapi ideologi pemimpin yang inginkan syi'ar islam tertegak dan melihat perlembagaan al-qur'an, ghairah ingin hidup dalam keharmonian islam sebagaimana zaman rasuluLlah.
Pemimpin yang hebat membawa manusia mengenali Allah, meningkatkan keta'atan kepada Allah.

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE