Saya menganggap abang-abang Rabbani semacam abang-abang kandung saya sahaja. Jika ada yang muda, adik saya lah. Jika ada yang sebaya, saudara. Apapun, Enc Azadan, Ust Asri dan lain-lain banyak membantu dalam menjayakan konsert yang tidak terhinggaan ini.
Saya juga seharusnya mengucapkan terima kasih selangit-langitnya kepada seluruh yang menjayakan agenda besar Gamis ini. Kepada pengarah dan seluruh AJK, juga kepada seluruh yang terlibat termasuklah MT Gamis yang bersengkang mata tidak tidur malam demi memastikan kejayaan berpihak kepada Islam. Yup, bukan kepada Gamis, tetapi kepada Islam sesungguhnya.
Semua ini agenda Islam. Gamis tidak pernah meletakkan sesuatu perjuangan melainkan untuk Islam. Sama ada ketidaksetujuan Gamis dengan ISA, kebencian Gamis terhadap kezaliman, sokongan Gamis terhadap perjuangan Palestin sama da ia diperjuangkan oleh Hamas mahupun Yahudi, kesungguhan Gamis dalam membela kebajikan dan menjuarai isu mahasiswa, keseriusan Gamis untuk tarbiah dan gerakan dakwah, membawa suara ke peringkat antarabangsa, semuanya untuk Islam. Tidak untuk Gamis.
Maka, Islam ada pemiliknya. Gamis tidak pernah gentar dengan sebarang kekangan yang akan menimpa. Bahkan Alhamdulillah, sampai sekarang saya tidak begitu gentar dengan budget dan kos yang terpaksa ditanggung Gamis dalam menjayakan konsert yang sebegini besar. Ya, meskipun kosnya sangat besar. Namun saya langsung tidak gentar. Saya hanya gentarkan satu perkara sahaja.
Baik, mengapa saya tidak gentar? Saya ingin bertanya balik, mengapa saya mesti gentar? Gamis ada pemiliknya. Islam ada pemiliknya. Rabbani ada pemiliknya. Pemilik kami dan agama kami adalah Allah taala. Maka sebagaimana jawapan bernas Abdul Muttalib ketika ditanya Abrahah, “Mengapa kamu bimbangkan kambing kamu? Mengapa tidak kamu bimbang tentang kaabah yang bakal diserang kami?” Maka Abdul Muttalib menjawab tegas, “Kaabah itu ada tuannya.”
Maka apabila Islam itu ada tuannya, maka saya hanya bimbangkan satu perkara. Saya bimbang saya tidak mampu melakukan yang terbaik untuk Islam. Itu sahaja. Saya bimbang saya akan disoal Allah taala, apa yang saya buat untuk Islam dalam konsert tersebut. Itu yang saya bimbangkan. Saya tidak bimbangkan sangat tentang Gamis itu. Kalau Gamis lemah, saya yang akan dicerca. Tetapi jika saya tidak melakukan yang terbaik untuk Islam, saya yang akan rugi besar.
Ini kerana saya berpegang, “Kami mulia kerana Islam.” Saya juga berpegang, “Kami yang memerlukan Islam dan Islam tidak memerlukan kami.” Maka dengan pegangan sebeginilah kami melangkah berani untuk membawa konsert dan kami tetap meletakkan Islam di depan. Apabila soal Islam selesai, maka konsert akan berjalan dengan baik.
Saya juga berpesan kepada diri saya, berbaik sangka kepada Allah taala., pasti Allah akan berbaik snagka dengan saya. ya Allah, Engkau berilah kejayaan kepada konsert antara dunia anjuran Gamis dengan kerjasama Rabbani, dan Engkau berkahilah program kami ini dengan nilai keimanan, amen.
4 Cadangan/Pandangan:
amen amen ya Rabb alamin..smga konsert ini berjaya dgn jayanya utk dan kerana ISLAM...tp sygnye sy xleh nk join konsert ni..huhu, xdapat nk g kl lagi time tu..xpe la sy sokong dari jauh je la..smga us n rakan-rakan berjaya n sentiasa dirahmati ALLAH..jgn lp ltkkn kt youtube ye..skt pun jdla..huhu
itu lah untungnya bekerja dengan insa2 yang sefikrah dan seperjuangan..sama2 memahami kepenatan, sama2 meniti dinihari sedang insan lain nyenyak.. jadilah insan yang luarbiasa.. moga istiqamah..
salam.
mmg kita bekerja untuk islam.. semua kerana islam.
tp pelan tindakkan mesti disusun atur dengan cermat.. mesti control dengan betul.
pengarah dari gamis tp mcm diarahkan oleh pihak rabbani.. last sekali defisit beribu2.
kerja menjadi beban kerana kelemahan pengurusan dipihak kita sendiri.
tahniah di atas kelancaran dan terjadinya konsert antara dunia..
semuanya dengan pertolongan ALLAH SWT..
...ilmu yang tinggi nilainya ilmu yang memberi kesan pada akhlak dan tingkahlaku,ilmu yang rendah nilainya hanya berlegar-legar dihujung lidah..
-ILMU-
Catat Ulasan