Ahad, 2 Ogos 2009

KONSERT ANTARA DUNIA YANG MEMUKAU


Saya, AlhamduliLlah, hamdan katihran, wa syukru liLlah di atas segalanya nikmatnya yang melimpah ruah. Tidak putus-putus saya mengulangi kalimah alhamduliLlah di malam konsert. Hati saya dibasahi rasa gembira yang amat melihat perjalanan konsert yang lanca serta tiada masalah. Kalutnya hanya satu di peringkat saya, iaitu terpaksa bergegas menyiapkan nama VIP dalam tulisan jawi apabila diminta mengejut oleh Tuan Guru sebagai perasmi konsert tersebut.

Menanti malam konsert adalah satu keperitan yang tidak terbayangkan oleh saya. AJK, MT GAMIS sekalipun terpaksa bersengkang mata, berbincang dan bekerja, menyelaras dan bertindak, tanpa rasa jemu mengatur langkah, tidur kadang-kadang di pukul 4 pagi, kadang-kadang lima pagi dan esoknya terpaksa melakukan kerja yang lain pula. Ia suatu tempoh yang amat meletihkan namun menyeronokkan.



Saya dengan Kusaire sendiri, setelah berhempas pulas seharian, ke sana ke sini seharian sebelum konsert, akhirnya kami tiba di stadium jam 3 pagi dan saya berkata kepadanya, “Kita tidur dalam 10 minit.” Namun apabila kami tersedar, jam menunjukkan pukul 6 pagi. Lama sekali kami tertidur, sedangkian hajat kami ingin menggantung bunting pada malam itu.

Ia suatu keseronokan. Tuan Guru MB Kelantan datang pada malam tersebut. Pastinya ia satu kenangan manis buat saya apabila dapat berada di samping beliau. Melihat sendiri secara lebih dekat betapa zahidnya beliau. Yang lain yang turut datang ialah, YB Dr Zulkifli Ahmad, YB Rodziah, YB Khalid Samad, YB Dr Mariah Mahmud, Haji Annual Bakri, Haji Izham dari Ummah Centre, “Abah” Kota Raja, Ust Ali dan Ust Zul Permata Hijrah dan ramai lagi.

Banyak ingin saya ceritakan. Saya tidak mampu membayangkan rasa seronok saya melihat perjalanan konsert tersebut. Apa lagi apabila melihat kedatangan penonon yang ramai di luar jangkaan. Segalanya saya simpulkan dalam dua perkara apabila ditanya oleh pihak media,

“Kejayaan ini adalah kerana hubungan kami dengan Allah dan semangat setiakawan antara GAMIS dengan RABBANI.”







15 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah..konsert hebat!moga diterusi program2 sebegini sbg medium mengikat muda-mudi...

Tanpa Nama berkata...

ana tak dapat mai malam tu...ade baut dalam bentuk cd tak ...?tak pun dvd ke...??pleaseeeee...

Tanpa Nama berkata...

tahniah gamis..mmg mantop..ana betul2 tak pnh rasa konsert yg lg best dr ni,wlupun ade p'tmbungn dgn knsert kt tmpt ana,tp ana ttp g knsert antara dunia.dan tidak rugi.tahniah..syukur pd Allah semuanya lancar..

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz on 2 Ogos 2009 pada 8:25 PTG berkata...

N

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz on 2 Ogos 2009 pada 8:30 PTG berkata...

nak cd x1000

Ikhwan Muslimun Malaysia on 2 Ogos 2009 pada 10:02 PTG berkata...

Alhamdulillah konsert nasyid dan persembahan lakonan Islamik bertujuan dakwah bagi meningkatkan lagi tarbiah bagi ahli GAMIS dan bukan ahlinya,

Maaf sekadar sedikit teguran ikhlas sebagai sahabat,berkaitan tempat duduk penonton yang bercampuran antara bukan mahram.Harap akan datang dapat di perbaiki :)

Nurhaslin Zaharudin on 2 Ogos 2009 pada 11:30 PTG berkata...

Bingkai Kehidupan ~ by Shoutul Harakah

Mengarungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allohu ghoyatuna
Ar Rosul qudwatuna
Al Quran dusturuna
Al Jihadu sabiluna
Al Mautu fi sabilillah
asma amanina

Allah dalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi...

KAD '09 - Konsert dakwah dan konsert jihad!

Tanpa Nama berkata...

to Ikhwan...

Actually... hari tu,ajk keselamatan dah kawal,tapi sebab terlalu ramai, ada yg 'x terkawal'...sebenarnya yg bercampur tu dikhaskan utk family je...

InsyaALLAH,mudah2han akan diperbaiki....

Mardhiya Ahmad Yazid on 4 Ogos 2009 pada 9:42 PG berkata...

Assalamualaikum wrt..
sahabat2 GAMIS did a very good job..
setelah penat di siang hari,
malam tuey kiter bersama2 mengumpul & membakar semangat semula..
moga ALLAH memberkati hidup antum yang bersusah payah untuk kami semua..
demi ummah ini...
ana cadang lepas neyh buat lagi!
taKbir!!!

Ameen Muslim on 4 Ogos 2009 pada 9:22 PTG berkata...

salam utk saudara ikhwan dan semua..

1stly, syukran utk 'Tanpa Nama' yg ketiga kerana membela kami (ajk keselamatan).

seperti yg dijelaskan oleh TN3, yg duduk bercampur 2 seats utk family (family tiket). muslimin (tiket inividu) sebelah kiri pentas dan muslimat sebelah kanan pentas.

kami dah cuba sebaik mungkin dlm tugas kami.yg terlepas pandang 2 rasanya disebabkan oleh kebanjiran pentas pd mlm 2...

penat + pening + cramp kaki adalah keputusan fizikal utk kami...

puas hati + bersyukur + gembira adalah keputusan rohani kami

Ahyana Solehah on 6 Ogos 2009 pada 2:50 PG berkata...

Alhamdulillah. keterujaan konsert malam tu masih terasa... segala puji bagi Allah.. tahniah buat semua yang bekerja, yang mendoakan..yg solat hajat dn sbgnya,.. ana amat2 kagum dgn konsert malam itu, malah merasakan ia antara yang terbaik. Projek Dakwah terbesar gamis, mg ia memberiimpak yang besar kpd smua yg hadir..

p/s: konsert itu terlalu menyentuh hati...x sedar air suam menitis ke pipi banyak kali during d concert.

Alhamdulillah.mg Allah kekalkan hidayah ini kpd smua rakyat..

Mujahidah Timur on 9 Ogos 2009 pada 8:00 PG berkata...

Salam..KAD'09 best.. sempat bawa family sekali.diorg pun suka.. satu konsep dakwah yg terus ke hati mad'u..

SRIKANDI STYLO on 14 Ogos 2009 pada 8:19 PG berkata...

salam...
tahniah buat mt dan ajk yang terlibat dalm konsert KAD mlm itu...
alhamdulillah...konsert hebat dan memukau..
alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...
ia dapat mengeratkan silaturahim di samping menyebarkan dakwah..
sewaktu bertugas..ana sempat kilas pandang pada penonton yang hadir...alhamdulillah...
yang hadir seperti tentera dari Allah...
tahniah GAMIS dan RABBANI...
buat la lagi...
takbir!!!

tintaKUIS on 14 Ogos 2009 pada 8:25 PG berkata...

salam...
tahniah buat yang terlibat...
alhamdulillah...konsert ini berjalan dengan lancar...
walaupun penat bertugas dan berjaga...hilang rasa itu bila terpandangkan penonton2 yang hadir...alhamdulillah...ia bagaikan tentera yang dihantar oleh Allah...
alhamdulillah...tahnih...
komsert yang hebat dan memukau...
ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di samping menyampaikan dakwah...
tahniah...
p/s: boleh buat lagi...
takbir!!

SRIKANDI STYLO on 14 Ogos 2009 pada 8:30 PG berkata...

salam...
tahniah buat yang terlibat...
alhamdulillah...konsert ini berjalan dengan lancar...
walaupun penat bertugas dan berjaga...hilang rasa itu bila terpandangkan penonton2 yang hadir...alhamdulillah...ia bagaikan tentera yang dihantar oleh Allah...
alhamdulillah...tahnih...
komsert yang hebat dan memukau...
ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di samping menyampaikan dakwah...
tahniah...
p/s: boleh buat lagi...
takbir!!

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE