Saya akan meletakkan jawatan dalam masa terdekat. Sudah tiba masanya untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada adik-adik baru yang saya kira lebih enegertik berbanding saya.
Dengan harapan, teruskan pacuan momentum. Dua perkara yang harus dititikberatkan ialah, perubahan dan empowerment. Jangan sekadar ingin berubah tetapi tiada empowerment. Inilah yang saya cuba lakukan dalam tempoh dua sesi kepimpinan saya. ia terlalu berat kerana untuk menyerasikan fikrah dan impian kalangan pimpinan pun mengambil masa yang sangat lama.
Sebagai contoh, apabila kami berbincang untuk menyewa pejabat, timbul satu persoalan. Siapa yang akan bekerja di pejabat? Ini kerana hanya saya yang tidak bekerja. Yang lain semua ada komitmen. Namun pada saat-saat akhir, dua lagi MT menjadi full-timer semacam saya dan mereka berdua yang banyak merancakkan perjalanan Gamis.
Bukan senang untuk sefikrah. Ini bebanan yang paling berat. Saya kira, antara perkara yang paling perit saya buat ialah untuk tidak sekata dengan orang-orang besar dalam parti Islam. Amat perit. Namun saya tegaskan, salahkah saya berbeza pandangan dengan orang-orang besar? Walhal dengan para sahabat yang besar sekalipun, kita boleh berbeza pandangan.
Mungkin saya ada biadap, namun saya tidak menganggap itu satu kesalahan yang besar. Saya kepelikan dan keanehan. Apabila adik-adik KIAS datang berjumpa saya, mereka juga keanehan. Mereka berkata, “Orang-orang tua kata, orang muda mesti berani buat silap.” Tetapi apabila kita buat sesuatu, kita pula yang dimarahi. Budaya ini amat memeritkan dalam menuntaskan tunas baru dalam gerakan Islam.
Orang-orang muda, mahasiswa ramainya terkena virus ‘tua’. Fikir panjang action kurang. Berhati-hati banyak, tidak berani mengambil risiko. Pandai mengangguk tetapi tidak berani menggeleng. Bagi saya, ia amat merugikan dan memeritkan. Jika begini, lebih baik nama Gamis ditukar kepada Gabungan Orang Tua Islam Se-Malaysia. Jika orang-orang dalam PAS mahukan Gamis jadi Pas totok, maka Gamis tukarlah nama kepada Gabungan Mahasiswa Pas Se-Malaysia.
Namun saya tidak mahu membayangi kepimpinan baru. Saya akan serahkan kemudi Gamis kepada mereka sepenuhnya. Ikutlah mereka nak jadi apa. Nak jadi Pas totok, atau UMNO totok, terpulang. Saya berfikir, dan saya bergerak mengikut lunas gerakan Islam dalam ruang lingkup yang pelbagai rencam.
Tidak bermakna apabila kami mengadakan konsert, maka kepimpinan baru turut mahu mengadakan konsert. Lebih baik diadakan konferens antarabangsa. Libatkan mahasiswa daripada pelbagai negara. Atau antara Gamis dengan KAMMI terlebih dahulu. Saya amat berharap dapat mengadakan satu gabungan antara Gamis dengan Kammi dari Indonesia. Namun masa kian menyempit.
Adik-adik diharap dapat meneruskannya. Kita mesti mengukit sejarah.
6 Cadangan/Pandangan:
"perbezaan pdapat itu adalah satu rahmat"
ana doakn ustz dzul semoga sntiasa dlm rahmat Allah SWT... tahniah atas perubahn positif yg dlkukn... perubahn & perbezaan pdapat yg byk membuka minda...
jgn lupa doakn kami dsini...
Alhamdulillah dapat bertemu anta berhampiran di Sogo sebentar haritu.
Semoga anta semakin teguh di dalam perjuangan menegakkan Islam.
salam...kalau ana jd umar al khttab..dah lama ana 'pecat' abg dzul...hehe, minda kritis yg abg ajar kan..?
salam...kalau ana jd umar al khttab..dah lama ana 'pecat' abg dzul...hehe, minda kritis yg abg ajar kan..?
"Ujian terakhir bagi seorang pimpinan adalah menyediakan pengganti yang bersedia meneruskan misi perjuangan yg telah dipersetujui bersama"
Semoga Gamis terus memimpin gerakan dakwah mahasiswa nasional...
salam, sebaik pimpinan yang kurang adalah yang mengekalkan ape yang lepas,
harap pimpinan seterusnya lebih maju, harap lebih rencam,
nasihat ana...
ANALISIS dahulu sebelum mengKRITIK.
tetapi KRITIK itu mestilah KONSTRUKTIF supaya semua berMOTIVASI
Catat Ulasan