Isnin, 24 Ogos 2009

JADI PENGARAH MENGEJUT, HEHE


PEMBETULAN TARIKH PROGRAM: 1 SEPTEMBER 09, ISNIN

Saya menjadi pengarah dalam satu program yang dirancang tidak sampai setengah jam, dan ia terus dipersetujui dengan cara yang amat mudah sekali. Pengarah kepada Malam Sinar Ramadhan, anjuran River View (RV), rumah sewa saya dengan kerjasama Masjid Al-Rahimah atau dikenali dengan Masjid Cina (lantaran ia dikelilingi ramai penghuni Chinese) dan PMIUM.

Tujuan diadakan program tersebut adalah untuk merapatkan hubungan kami ahli jamaah dengan penduduk mukim tersebut. Ia sebuah masjid bersejarah. Universal dan unik. Dikelilingi ramai orang Chinese, dan anjing garang yang akan mengejar di pagi Subuh ketika ke masjid, malah dipenuhi dengan ramai orang India, Bangladesh dan Indonesia. Penduduk tempatan dan asing lebih kurang sama ramainya.

Ia tidak pernah meriah dan acap suram. Namun kami penghuni RV, bermula menjadi kepimpinan PMIUM, kami sentiasa memasang tekad untuk melunaskan solat berjamaah di sana meskipun terpaksa menunggang motor kerana jaraknya dan walau terpaksa berkejar dengan anjing.


Berikut adalah senarai program yang bakal kami adakan. Tanpa sebarang sponsor kecuali kemungkinan RM 100 daripada pihak masjid. Ust Naim terkedu untuk meneruskan program yang bakal menelan belanja melebihi RM 1 ribu. Namun saya membulatkan tekad untuk meneruskannya. Alhamdulillah dan Insya Allah, duit akan mencukupi. Ini semua tertakluk kepada kekuasaan Allah taala.

TARIKH: 30 OGOS, HARI AHAD

6 pm : Kehadiran Masyarakat
630 pm : Special Talk : Ust Mohd Khairul Naim Che Nordin (Timb Pres UKP)
“Bersama Rasulullah saw di Bulan Ramadhan”
650 pm : Zikir Munajat & Doa oleh Ust Mohd Fauzan Ma’ruf (CEO I-Mind Centre)
720 pm : Iftar Ringkas
730 pm : Solat Maghrib : Ust Ahmad Shahir Shah (Tutor Fak Sains UM)
750 pm : Iftar Jamaei
830 pm : Solat Isya’ : Ust Mohd Fauzan Ma’ruf (CEO I-Mind Centre)
Solat Tarawih I : Ust Jamal (Syria)
Solat Tarawih II : Ust Shahriul (UM)
Solat Witir : Ust Mohd Hafiz Hassan (KPLI UKM)
945 pm : Forum Perdana
“Membina Keluarga Bahagia Di Bulan Ramadhan”
Moderator : Mohd Syazni Munir (YDP PMIUM)
Panelis : Dr Lukman Abdullah (Pensyarah Jab Fiqh Usul APIUM)
Dr Che Zarina Shaari (Pensyarah Jab Akidah & Pemikiran Islam APIUM)
1045 pm: Deklamasi Sajak+Slide (Ust Yusri Hafiz, PUM)
11 pm : Pembahagian Hadiah

2 Cadangan/Pandangan:

Tanpa Nama berkata...

hebatnye kawan2 aku...

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.....

ust dzul, sy hasna..x-APIUM (sc gunaan dgn peng.ISlam-biotek)

saya ade psoalan nk tny ust, nk mtk pndangn tp sy xtau nk tulis ktmn...so main msuk jela mna2 post.sory....

skg sy kerja kt MOSti (ptd kontrk) bhgian Biotek Kbgsaan. so buat msa ni sy diberi tugas utk jd seketeriat bg penubuhan JAWATANKUASA BIOETIKA KEBANGSAAN. ni lah pengalaman 1st sy buat bnda2 besar ni....takut sgt.skg masih dlm rgka kerja. by end of this year jawatankuasa tu akan b'operasi.....

so smlm bos sy tny perancangan dan pndapat sy sbg org ade ilmu dlm bidang Sc+peng.Islam ni (konon je...padahal xtau ape pun-hampeh je). dia tny cara terbaik nk sebarkan mklumat bioetika ni pd org rmai x-pesialy pd org2 yg kurang pndidikan agama.....

so sy pun pk lma, smpi skg saat ni pun.........otak buntu je. blh ust tlg x? ust jwb dlm emel sy blh? sitihasna_hassan@yahoo.com atau hasna@mosti.gov.my

terima kasih..................

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE