Cadangan Latif amat menarik. Sekiranya beliau jadi Pengarah Akademi Pengajian Islam (AI), beliau mahu semua mengerjakan solat Zohor dan Asar di surau apabila masuk waktu. Semua kelas dibatalkan. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau.
Benar ilmu sangat penting dan tidak mengapa dilewatkan solat. Namun adalah lebih baik jika semua mengerjakan solat pada waktu yang sama. Ia akan menguatkan syiar Islam, menghidupkan roh beragama dan mengeratkan ukhuwah. Pasti surau AI akan penuh. Saya berkata kepada Latif, “Benar ilmu penting. Namun ilmu mengajar kita, solat berjamaah di awal waktu secara ramai-ramai adalah lebih baik. Maka tibalah masanya untuk mengamalkan ilmu.”
Kedua, beliau juga memasang impian agar pelajar diberi ruang untuk menyampaikan khutbah Jumaat. Saya amat bersetuju dan menyokong pandangan beliau. Anehnya, USM, KUIS dan beberapa kampus lain boleh mengizinkan kepimpinan pelajar menyampaikan khutbah. Maka apa lagi di AI, sepatutnya ruang dibuka lebih luas. Barulah kepimpinan terasah.
Saya menutup perbincangan kami hari itu dengan satu persoalan yang menggasak, “Bilalah agaknya semangat ingin mengerjakan solat secara berjamaah di masjid akan timbul dalam diri kita semua? Malangnya, ramai juga staff AI yang melewat-lewatkan solat Jumaat dan ada yang tidak nampak wajah di surau. Saya tidak mengata sape-sape, maaf.”
2 Cadangan/Pandangan:
Salam Ramadhan Kareem.
Ana sependapat dgn ustz bab ni.=) Kampus ana alhamdulillah, walaupun hanya dalam lingkungan minoriti, tapi budaya solat berjemaah dalam kalangan staf dan pelajar di masjid masih diamalkan.
Adalah sangat sedih dan memilukan bila kita yang bedegar-degar berpidato, berceramah tentang Islam, tentang perjuangan Islam, tapi tidak mencintai solat berjemaah.
Satu soalan yg ana cetuskan pada minda ana sendiri, kenapa pd hari ini sukarnya hendak menyatukan hati pejuang dan umat Islam itu sendiri? Sedangkn kita berada dalam satu daerah. Rasulullah dahulu mampu menyatukan para sahabat dan umat Islam yg datangnya dari latar belakang, pendirian dan sifat yg sangat berbeza. Bagaimana Baginda tercinta mampu? Rupanya kerana solat berjemaah. Baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dalam situasi apa sekalipun. hatta dalam peperangan (shngga adanya solat khauf).
Tapi kini? sebab alasan takut tlambat kelas, takut lmbat masuk offce, kita tega mniggalkan sunnah Rasulullah yg paling mahal. Yang rupanya adalah kunci sebenar kejayaan ummah dan kekuatan Islam.
Sedih mengenangkn kita, umat akhir zaman.
(maaf ustaz, mencelah bnyak sngat)=)
p/s: bagaimana nk melahirkan ummah penggegar dunia, jika bakal umi2nya tak sehebat sahabiah zaman RAsulullah,
Dan bagaimana nak membentuk umi2 yg mampu melahirkan Hujjatul Islam, jika bakal abi2nya masih tega mengorbankan saf jemaah daripada meninggalkan urusan kecil dunia. (Allahu Taala 'Alam)
salam Ramadhan...
hmm, ana sependapat dengan antum..
hakikatnya kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan solat jemaah..
Indahnya hidup jika sekiranya semuanya memahami dan mencintai kehidupan berjemaah..allahu'alam.
Catat Ulasan