Jumaat, 21 Ogos 2009

SALAM RAMADHAN


Kedatangan Ramadhan kali ini amat menakutkan, lantaran saya berhadapan dengannya tanpa persediaan yang sangat kuat dan kukuh. Sehari demi sehari, masa berlalu sedangkan Ramadhan kian menggamit, saya berasa diri saya hampas semata, kekosongan dan penuh dengan kehampaan nikmat Iman.

Menjadi tradisi orang soleh, Ramadhan menjadi rindu-rinduan mereka. Mereka boleh hidup tanpa Muharram dan Syaban, namun jiwa mereka serba tidak tenang tanpa Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan adalah pengubat segala keluh kesah, penawar bagi segala kerunsingan. Bermunajat di malam Ramadhan adalah berbeza sama sekali dengan munajat di bulan lain.




Bukan kerana bulan lain tiada al-qadar, bukan kerana itu. Tetapi kerana Ramadhan adalah bulan yang dikhususkan untuk beribadat sepenuhnya. Namun erti ibadah ini bukanlah membaca al-quran sahaja, tetapi lebih luas daripada yang itu.

Ahli politik beribadah dengan membina negara dan dasarnya. Dalam masa yang sama, mereka mencari keluangan masa untuk membaca al-quran dan memperbanyakkan zikir sebanyak-banyaknya kepada Allah. Manakala bagi aktivis mahasiswa, bukan sahaja memberi kesedaran dan memperjuangkan kebajikan, malah mereka mesti mencari masa untuk berqiamullail dan berwirid setekunnya.

Adalah silap sekiranya Ramadhan dijadikan bulan untuk menghabiskan 30 juzu’ al-quran. Bukan itu tujuannya. Tetapi Ramadhan dijadikan bulan untuk mentadabbur maknanya dan menghayati sebaik-baiknya. Alangkah baiknya bagi seorang aktivis masyarakat untuk menghafaz sedikit sebanyak al-quran untuk dibawa ke dalam solat tahajjud bagi menambahkan perisa dan perasa dalam bermunajat.

Apapun, salam Ramadhan buat semua. Moga ia akan menambahkan rasa, bahawa kita belum layak menjadi penghuni syurga. Amalan kita selama ini, hanya layak untuk direndam dalam neraka sahaja.

2 Cadangan/Pandangan:

Nurhaslin Zaharudin on 21 Ogos 2009 pada 10:44 PG berkata...

T_T erm, insaf saya baca yang last tu. terima kasih byk2 ustaz utk post kali ni.

moja mojako on 21 Ogos 2009 pada 9:31 PTG berkata...

"Manakala bagi aktivis mahasiswa, bukan sahaja memberi kesedaran dan memperjuangkan kebajikan, malah mereka mesti mencari masa untuk berqiamullail dan berwirid setekunnya."

benarkah hal ini berlaku???
kalau berlaku.. alhamdulillah..
kalau tidak?? nauzubillah

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE