Saya menyebut dalam ucapan akhir-akhir saya dalam muktamar GAMIS, bahawa pertelingkahan ini wujud kalangan sahabat nabi lagi. Yang penting ialah mengurus perbezaan pandangan. Ansar pernah bergaduh sesama mereka akibat dilaga-lagakan Yahudi.
Ansar pernah terasa dengan Nabi saw yang kelihatannya lebih mementingkan orang Muhajirin. Semacam nabi bersifat kroni. Umar sendiri pernah melahirkan rasa terkilan dengan keputusan baginda saw dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Kemudian pertelingkahan itu berlaku juga. Namun tidak perlu kita panjangkan. Saya menyimpulkan, berbeza pandangan adalah perkara biasa, maka janganlah terlalu pelik dengannya. Bahkan kritikan dan nasihat juga perkara biasa. Maka saya menyebut kepada muktamirin, jadikan muktamar sebagai medan menasihat dan mengkritik, serta memberi pandangan.
Dalam muktamar, kita bukannya mahukan orang bekerja. Kita mahukan orang bercakap. Bercakap memberikan nasihat dan pandangan. Bukannya membisu dan kelu. Bukan itu sifatnya muktamar. Sifat muktamar adalah bercakap dan meluah rasa. Dan saya bersedia untuk dikritik.
Allah menciptakan pemikiran manusia itu berbeza. Maka saya sudah sepakat dengan Mantan MT, bahawa kita tidak akan peduli dengan apa yang pimpinan baru lakukan. Buatlah apa sahaja selagi tidak mencarik dan mengoyak syariat. Jika GAMIS sudah bergerak secara legal, tetapi adik-adik mahu menukar bentuknya, lakukanlah. Saya tidak mahu masuk campur.
Jangan lawan nabi sudah. Mahu bertindak radikal, silakan. Maku eksklusif, silakan. Saya tidak akan mengkritik. Saya menyebut kepada mereka, kami hanya sepakat untuk memberikan bantuan kewangan jika diperlukan. Saya rela susah asal-asal kepimpinan baru senang dan dapat menjalankan tugas dengan baik.
Bagi saya, saya tidak hidup senang tidak mengapa. Kerana saya ini, neraka sudah confirm namun syurga belum pasti. Mengapa saya mesti terlalu berbakti kepada diri saya sedangkan saya sendiri tidak tahu arah tuju saya. neraka atau syurga. Pintu neraka terbuka luas untuk saya sedangkan pintu syurga amat sempit.
Maka saya tidak menganggap diri saya penting. Saya menganggap yang lain lebih penting daripada saya. Maka saya menguatkan tekad untuk membantu adik-adik yang memerlukan kewangan jika terdesak. Namun untuk idea GAMIS, antum, gerakkan sendiri. Kerana antum lebih tahu tentang urusan kepimpinan antum.
Allahu akbar
1 Cadangan/Pandangan:
moga ustaz istiqamah. walaupun pemikiran orang ana katakan lebih terkehadapan dari lain2. buat perubahan mesti yg tak bersetuju. biasalah tu...
ana cdg ustaz buat satu lagi NGO yang beri manfaat pada Islam dan Jamaah. Satu NGO seperti Wan Saiful Wan Jan barangkali?
Catat Ulasan