Saya dan Azlan memasang impian yang seterusnya. Kami akan mengadakan konsert mega haraki jihad yang akan menampilkan tiga kumpulan nasyid haraki Indonesia. Ruhul Jadid, Soutul Harakah dan juga Izzatul Islam. Saya tidak sabar-sabar untuk melaksanakan konsert tersebut dalam satu bentuk yang lebih menggegarkan.
Kali ini, bentuknya ialah jihad dan semangat perjuangan memartabatkan Islam. Kami belum merancang sebaiknya tetang apakah pengisian yang harus dimasukkan ke dalam konsert tersebut. Namun yang pastinya, kami akan cuba sedaya upaya untuk menimbulkan rasa dan ingin jihad yang tinggi dan meletup.
Doakan perjuangan kami. Insya-Allah, jika kena dengan cara, kena dengan ketentuan Allah, kami akan mengadakan konsert haraki itu dalam bulan tiga tahun hadapan. Nantikan kemunculan kumpulan nasyid Indonesia yang memukau.
Ini 7 Cara Bermain Lords of the Fallen bagi yang Masih Pemula
Seminggu yang lalu
2 Cadangan/Pandangan:
salam.masyaAllah ust.bagus sgt idea 2.amat2 ana sokong.ana br berangan dgn shbt2 klu la ada konsert khas bkaitan jihad shj,pasti amat bagus.lagu2 jihd yg dismpikn oleh soutul harokah hr tu amat2 bertenaga dan dpt mmbgkitkn smgt jihad.sygnya konsep lagu begini msh blm wujd di Mlaysia.ap2 pun,ana amat2 sokong dgn hasrat ini.moga mjadi kenyataan & d permudhkn.insyaAllah.
salam... Tak de ke di kalangan muslimin kita yang mahu menjadi penasyid lagu2 jihad/haraki? Seperti kumplulan2 tersebut? Bukankah industri nasyid di negara kita juga agak luas dan ramai penggemarnya? Jadi, pastikan juga suatu hari nanti, kita yang dijemput dalam kosert jihad di indonesia....
Catat Ulasan