Syukur alhamdulillah, saya baru berkesempatan untuk mencoret sesuatu yang baru dalam blog ini. Sudah lama saya menyepi dan terperosok dalam lembah kebisuan, lantaran mood tidak terbina sebaiknya dan rasa bosan menerjah-nerjah, selain pemfokusan yang terhakis dek program dan akticitas yang bertubi-tubi. Malah saya merenung blog sahabat saya yang lain, lebih kurang sama sahaja, tiada perkembangan baru dan lama sekali menyepi daripada gagasan idea yang mencabar.
Saya sudah meletakkan jawatan dalam Gamis. Saya sudah mendapat tawaran unuk berada dalam satu posisi yang mengujakan saya. Saya juga telah merangka dua lagi kedudukan saya dalam dua tempat yang berbeda. Pastinya saya ingin sekali menempatkan diri saya dalam posisi yang paling sesuai dengan kemampuan saya.
Kata saya kepada beberapa sahabat, “Kalau ana berada dalam posisi yang sesuai, sebagai apa sekalipun asalkan sesuai, ana akan terima. Tetapi jika ana diminta menjadi ketua sekalipun, bagi menggerakkan media, ana surrender awal-awal.”
Adik ana Idris dari UKM kini menggantikan tempat yang sudah ana pegang dua tahun lamanya. Saya berkeyakinan beliau mempunyai aspirasi tersendiri dan keinginan untuk menggerakkan Gamis dalam bentuk yang beraneka. Saya mengetahui beliau sangat berpotensi untuk mencipta satu perubahan paradigm yang besar asalkan mendapat sokongan daripada sahabat-sahabat yang lain sepenuhnya.
Menariknya, Presiden dan Pengerusi Sigma, hafiz hafizah dalam bidang Quran. Kedua-duanya asalah dari rahim tarbiah Darul Quran. Mereka pernah dalam satu ruang vakum yang sama di DQ dulu, dan kini menyambung tradisi perjuangan dalam Gamis pula. Ini satu perkembangan yang menarik bagi saya.
Saya tidak mahu meletakkan sebarang harapan kepada mereka. Saya juga tidak mahu memberikan sebarang idea dalam blog ini. Saya tidak mahu marah-marah mereka jika ada silap yang dilakukan. Ikutlah mereka mahu jadi apa. Asal mereka tahu, bahawa mereka berjuangan untuk kebaikan Islam jua. Selamat berjuang adik-adikku, saya doakan kalian.
4 Cadangan/Pandangan:
Semoga Allah memberi balasan terbaik untuk Abang Dzul diatas mujahadah yang Abang Dzul berikan selama ini. Biarlah apa yang manusia nak komen, komen Allah itu lebih penting. Allah ma3ak ya sayyidi(^_^)
Moga segala cita-cita GAMIS disambung dan didokong oleh generasi pimpinan yg baru. Buat mantan2, tahniah kerana telah berusaha sebaik mungkin dalam menerajui GAMIS yg lepas.
jasa ust Dzul moga dibalas oleh Allah selayaknya.
Salam,Mungkin apa yg diimpikan Syed Qutb bakal menjadi realiti...kembalinya generaswi Al Quran yang unik...Ameen..
Tak sabar saya nak lihat Ustaz Idris dan Kak Fasihah mencorakkan Gamis.
Gandingan mereka berdua ni,insyaAllah, mampu menjadikan Gamis sbg satu gerakan yg maju dan laju.
Kita sm2 sokong,insyaAllah.
Catat Ulasan