Saya berkata kepada setiap yang bertanyakan saya tentang hukum turun ke jalanan membantah ISA. Wajib. Yang lain bertanya, kalau pimpinan kampus tidak keluarkan arahan? Wajib. Kalau ada perbincangan ilmu? Wajib. Itu sahaja jawapan saya, iaitu wajib.
Saya hanya berlonggar-longgar dengan beberapa pihak, antaranya AJK Konsert yang terpaksa melupakan keinginan mereka turun ke jalanan lantaran kerja carnival yang banyak dan menghimpit. Apatah lagi tarikh 1 Ogos adalah sudah lama dipilih dan diuar-uarkan, bahkan lebih mendahului tarikh demonstrasi itu sendiri. Maka yang semacam ini, ada kelonggarannya.
Bukankah tidak perlu semua turun ke jalanan, perlu ada yang mempelajari ilmu berdasarkan ayat al-Quran dalam surah al-Taubah? Saya tidak pedulikan alasan sebegitu. Saya tetap katakan wajib. Kerana ilmu bukan hanya satu masa dan satu keadaan. Ilmu boleh dipelajari sebelum, semasa dan selepas turun ke jalanan.
Orang yang tenggelam dalam ilmu tetapi tidak peduli soal rakyat adalah orang yang beku. Ibarat air yang bertakung yang akhirnya akan melahirkan jentik-jentik. Ibarat air longkang yang membusuk apabila tidak mengalir. Ibarat burung yag disangkarkan dan tidak terbang bebas.
Turun ke jalanan adalah wajib. “Tapi ustaz, pimpinan kampus kami tidak mewajibkannya bahkan ada yang melarang kerana bimbangkan faktor keselamatan.” Saya ingin katakan, itu pemimpin pengecut dan saya hairan bagaimana orang pengecut boleh memimpin. Jika Aidh al-Qarni mengetahui keadaan ini, pasti marahlah ia dengan kepengecutan yang ada itu.
“Tapi ustaz, ia menyusahkan rakyat.” Ini mentaliti UMNO, sangat sempit. Apa yang disusahkan berbandig dengan orang yang terkurung dan terseksa dalam tahanan ISA. Nampak gaya, orang yang pengecut ini mesti di ISA kan terlebih dahulu agar timbul sikap peduli dalam dirinya.
Demonstrasi adalah bid’ah. Itu pernyataan paling sempit dan dangkal saya dengar. Mana dalil kamu katakan ia bid’ah dan maksiat. Sebab nabi tak buat? Kalau begitu, banyaklah yang nabi tak buat. Banyaklah yang nabi tak laksanakan. Sempitlah Islam jika begitu. Jumudlah Islam dengan pemikiran sempit itu. Bagi saya, orang yang paling strategis adalah orang yang melaksanakan strategi yang nabi sendiri tidak buat.
Ini kerana strategi ini adalah melakukan sesuatu yang tidak terfikirkan orang lain. Sedangkan strategi nabi telah dikaji dan dianalisis oleh Barat. Jika nabi ada di zaman sekarang, saya berani mengatakan bahawa nabi sendiri akan sentiasa mengubah strategi baginda sehingga sukar orang memahami dan mentakwilkannya.
Sudahlah, jangan beralasan. Hukum turun ke jalanan baru-baru ini, adalah wajibul ghunnah.
21 Cadangan/Pandangan:
saya sokong abang dzull!!!
ana setju ....yang UMNO BN pro isa tukang pak karut dan tali barut...semua pengecut tidak digalakkan turun..
ana sgt2 setuju!
salam...ana jg setuju, cuma ada sedikit percambahan idea yg ingin dikongsikan..
Ap pendapt Us tentang satu qaul ttg situasi Imam Al Ghazali yg tidak turut serta berperang dizamannya..sebaliknya hanya duduk menulis kitab..malah ada yg mengkritik beliau kerana tidak menyertakan dalam tulisan beliau satu usaha untuk menggesa jihad pada zaman beliau...pohon pendapat dr us dzul...
Salam ana secara optimisnya bersetuju dgn akhi dzul.. Sesungguhnya perlaksanaan ISA adalah bertentangan dgn syariat Islam. ISA dijadikan sebagai alat rejim BN untuk menzalimi rakyat.
ya saya sangat2 setuju dengan pandanagan utz Dzul...
takbir.
Jangan nak tunggu kita kena ISA baru nak rasa agar org lain memahami dan beerjuang memasuhkan ISA..
Salam ustaz..saya rasa bagi mencapai sebuah keputusan yang mana melahirkan sebuah masyarakat yang sedar realiti dan faham keadaan, dan tidak trikat dengan cara jumud, seharusnya langkah yang lebih baik dan efektif (maksud saya dari segi kefahaman masyarakat serta aktivism mereka) mengapa tidak diadakan satu langkah secara aman.
apakah kita hendak melahirkan golongan mahasiswa y hanya tahu berdemo tapi mereka sendiri tidak tahu kenapa mereka berdemo?
ya, ISA salah. tapi, apakah cara sebegini yang sebenarnya kita perlukan?
kita hari ini ramai aktivis, tapi malangny mereka tidak berilmu.
apakah setiap tindakan UMNO disangkal GAMIS? andai satu hari nanti UMNO mmbuat pgajian kitab adakah GAMIS akan menentang juga?
saya sendiri tidak suka akan korupsi, ISA dan kerosakan y UMNO bawa, tapi harus diingat, sedikit sebanyak pembangkang pun ada membawa kerosakan kepada masyarakat terutama dari segi pmikiran.
Harakah contohnya, kenapa wujud kartun y mngutuk dan menghina UMNO, serta mengapa setiap kali berkempen, isi ucapan adalah menghentam pemimpin UMNO?
GAMIS sebagai sebuah ikon mahasiswa y mmpunyai leverage Islam y besar pada pndgn msyarakat, seharusnya mmpunyai pemikiran sendiri, bukan mengikut PAS.
oh ya, sya bercakap kerana sya berpengalaman dgn anak buah ustaz di kampus sya. Memang tak sangka begitu tarbiyyah GAMIS.
patut Said Nursi berundur dari politik dan berkata "a'uzubillahi minassyaitanirrajim wa minassiyasah"
Assalamualaikum abang dzulkhairi,
jika dikata wajib, wajib yang kategori mana ya ustaz?
sekarang ni kita mudah sangat letak hukum.
Wajib pergi... kalau tidak, berdosa?
Atau wajib sekadar arahan?
Apa pula jika seorang gadis yang tentunya di bawah jagaan ibubapa, jika dia berkeinginan nak pergi demo ISA ni, tapi ibubapa nya melarang keras. yang kes ini macam mana pula ya?
Disebabkan ini blog ustaz dzul, jadi saya harap dan amat mengharap agar ustaz dzul mahu dan tahu untuk menjawab persoalan ini...
Terima kasih,
Teruskan Perjuangan
Suka ana membaca entry kali ini..
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar
salam
listkan keburukan demo anti isa baru2 ini bagi yg tidak bersetuju dengan demo ari tu..
mgkn untuk muhasabah dan juga menjawab soklan yang belum terungkai
salam alaik...alhamdulillah...trkjut ana bce post y terbaru ni..ana sndri xtrun..tp trlibat dgn konsert..alhmdlillah..ana skong dgn pndpt ustaz..tp bgaimna pula dgn shbt2 y ade prkra y lbih pnting prlu dlaksanakan pd hari tersebut??Ana keliru..
100% sokong.. :) mantop!!
Meletakkan hukum wajib tanpa disertai dalil. Ini perbuatan dilarang dalam agama. Tidak ubah seperti pendeta nasrani dan rahib yahudi yang meletakkan hukum mengikut hawa nafsu dan semangat semata-mata tanpa didasari ilmu yang benar. Tidak boleh kita mewajibkan apa yang tidak diwajibkan Allah dan Rasulnya. Sila bawakan hujah dari nas dan dalil quran, sunnah serta pendapat ulama' yang mu'tabar demi menyokong pendapat anda.
Mana boleh ada pilih-memilih dalam nak turun demonstrasi?
Sepatutnya konsert itu dibatalkan apabila ada seruan turun ke jihad seperti demonstrasi.
biar ada hujah yang kukuh la. kita dok marah geng2 abim teruskan seminar mereka..
jgn sentimen beb......
sy rasa hukum demo dah di beritahu oleh ustaz abd ghani ajk pas pusat merangkap pengerusi sekteriat ulama rantau asia (SHURA) sbgai harus saje..
klau wajib, siapa yg x turun adalah berdosa..
jd janganlah kita memandai2 dlm bab hukum.. nanti org UMNO mainkan isu..
Salam ustaz..(anonymous pertama)
harap ustaz tak menyatakan sesuatu itu betul hanya kerana itu apa yang ustaz dan geng2 ustz anjurkan, seolah-olah menidakkan tindakan org lain.
ada org menenentang sesuatu mengikut kemampuan dan juga kepakaran masing2.
sepertimana yang diajukan Hasanhusaini, Imam Ghazali dahulunya bermula dengan pemurnian fikrah, menulis kitab hinggakan lahirnya sebuah masyarakat dan generasi Islam yang berjaya.
demo, antara lain bagi saya (sudah dinyatakan sebenarnya) tidak membina fikiran dan idealisme. bahkan apakah para peserta demo memahami apa tujuan mereka berdemo? apakah dengan berdemo dpat menyelesaikan masalah y btul2 pnting?
permasalahan utama adalah kita sering melihat permasalahan kepada furu', hingga lupa usul.
sya yakin Imam Ghazali menjumpai usul atau masalah pokok ummat Islam ketika itu, lalu beliau mengambil langkah bijak dngan cara y boleh dikatakan mengambil masa y lama.
Demo juga menggalakkkan keganasan.jika tidak dikawal, ya. jika dikawal, mungkin tidak, tapi pasti akan ada tindakbalas antara dua pihak, polis-pendemo.
bahkan, bagi saya, gerakan demo meruntuhkan akhlak masyarakat jika tujuan dan perlaksanaan demo diterangkan secara terperinci.akibatnya, semangat sahaja lebih, tapi bila demo berakhir, di mana para pendemo ini? ada yang menghadiri demo sekadar ingin menjerit-jerit dan melelas jiwa muda.
TAPI sy tak nafikan efektiviti demo dalam sesetengah isu.
HANYA sesetengah isu.
Janganlah kerana ustaz ingin menonjolkan GAMIS, ustaz mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang membuatkan orang mentertawakan presiden GAMIS.lawak.
Wallahua'lam.
salam...terima kasih atas keunggulan jiwa dan ruh abg dalam menegakkan KEADILAN,tapi bagi saya abg perlu kaji baik2 dulu sebelum mengeluarkan hukum ya,bawa nas-nas yang sahih melalui AL-QURAN & AL-HADIS berdasarkan pandangan para sahabat...
Apa ar...komen pandangan ust dzul pun pakai tak pakai nama. Nampak sgt pengecut.
Yang hang duk komen demo ni x membina ni apahal? Hang tu dah membina ke? Lagi menyedihkan, hang tu asyik nak duk kutuk org berdemo je...nampak sgt hang tu buta maklumat atau isu. Hang tak tahu ke ISA tu menahan aktivis agama tanpa bicara? Hang masih tido ka weh!!!
Bukan teroris pun, tapi aktivis agama yang ditangkap...tanpa soal bicara pula tu. Takkanlah orang kenekan kita tanpa berbincang, kita nak ajak berbincang dgn depa pulak? Cara mereka menangkap org kita pun dah jelas menunjukkan mereka tidak boleh dibawa berbincang...hang masih buta lagi ka?
Hang ni pejuang agama ka pejuang ISA ni...suka-suka je kutuk demo menentang kezaliman.
Satu lagi, kalo hang rasa mereka yg berdemo tu entah kemana, hang join la...bina yang lagi elok...tak gitu namanya cerdik? BODOH BETUL...!!!
hm...jangan r berbicara mengikut emosi syeikh..intelektual r sikit..kate mahasiswa..di mana kite letakkan ilmu dalam bicara kita?kaji dulu ISA tu ape..jangan main serbu je..
salam.
maaf, bukan semudah ini menjatuhkan HUKUM! harapnya saudara lebih berhati2 dalam memilih patah perkataan
salam
ckp senanglah, kuarkan hukum pun ikut suka hati je dek kerana terikut dan taksub dengan kepimpinan penganjur.
dah kaji betul-betul ke ISA tu apa? skdr dgr ceramah je, x kaji dulu,baik duk umah, kutip tin kosong pi jual lagi bagus.
ni tak hbis2 demo apa kes,MINTA PUJI DAN PERHATIAN JE KEJA KORANG NI...HAHA..
KAJI DULULAH ISA TU APA, TAU LA STUDY TYINGGI2 TP ILMU XDAK NK PRAKTIS CARA SEPATUTNYA TAK GUNA JG...
Catat Ulasan