“Hari ni ustaz akan bacakan kalam hikmah Ibnu Ataillah al-Sakandari untuk dijadikan renungan kita bersama,” saya memulakan pengajian Kelas Tafsir bersiri dengan kata-kata sufi sebagi usaha membersihkan diri.
“Bagaimanakah hati boleh bercahaya sedangkan dunia masih melekat dalam hatinya,” saya memulakan dengan ungkapan pertama dengan sedikit perasaan sebak. Alangkah, sekiranya syaitan hanya menyesatkan manusia dengan gula-gula keduniaan, mungkin masih ramai manusia yang mampu bertahan.
Namun yang paling menakutkan adalah apabila syaitan memperdayakan manusia dengan permainan akhirat. Ia telah menyebabkan ramai ulama yang telah tenggelam dan ditewaskan.
“Apa maksud abang dengan syaitan memperdayakan manusia dengan akhirat,” tanya isteri saya suatu hari ketika kami sama-sama bermunaqasyah. “Iaitu, syaitan menjadikan kita leka dengan ibadah. Ibadah banyak namun keimanan tidak meningkat,” saya menjawab seringkas mungkin.
“Saya belum faham apa maksud abang tu,” isteri saya masih mahukan penjelasan yang detail. Saya memegang tangannya erat. “Syaitan cuba sedaya upaya menimbulkan rasa ujub dalam diri manusia itu sendiri. Ini menyebabkan kadang-kadang mereka beribadat kerana ingin menjadi hebat. Ada kalangan mereka beribadah kerana ingin mendapat karomah di sisi Allah. Mereka melihat kepada ibadah namun ibadah mereka tidak mendekatkan diri mereka kepada Allah,” saya tahu isteri saya masih belum memahami sepenuhnya.
Ya, bagaimana hati kita bleh berkilauan dengan cahaya keimanan sedangkan kekotoran dunia masih terlalu melekat dalam diri mereka. Sepatutnya dunia dijadikan tanaman atau ladang untuk akhirat namun sebaliknya yang berlaku.
Teringat saya apabila Fathiyah bertanyakan soalan suatu malam, ketika ia hampir sahaja menutup mata setelah saya membacakan kisah Nabi Daud as yang bertaubat kepada Allah.
“Papa, kenapa kita hidup di dunia?” tanya anak saya seraya menggenggam erat jari telunjuk saya. Saya mencium dahinya. “Along, kita hidup untuk beribadah kepada Allah,” jawab saya perlahan. “Kenapa kita perlu beribadah kepada Allah, papa?”
Belum sempat saya menjawab, anak sulung saya itu terus menjawab persoalan yang dicetuskan olehnya sendiri. “Untuk kita hidup di akhirat dengan baik kan papa?” saya mengangguk-angguk. Sekali saya saya mencium dahinya sambil mendoakannya.
Untuk hidup dengan cemerlang di akhirat. Maka perlu bersifat zuhud. Zuhud itu maknanya tidak melihat dan tidak menoleh ke arah dunia. Dunia adalah tempat persinggahan sementara kita menuju ke sebuah alam yang kekal abadi. Di alam itulah akan ditentukan sam ada kita ke syurga atau ke neraka.
Saya bertemu dengan sahabat-sahabat Fakulti Kedoktoran semalam. Kami bermuhasabah dengan penuh kerdup keinsafan. Saya menyatakan kepada mereka, “Jika kamu mencari pasangan yang berfikrah seperti kamu sahaja, maka pandangan kau amat sempit. Tetapi jka kamu mencari ‘hamba’ untuk meneman hidup kamu, maka pandangan kamu adalah merangkumi dunia dan akhirat,” jelas saya.
“Apakah kita sekadar mencari pasangan hidup yang hanya membolehkan kita pergi usrah? Atau membenarkan kita pergi ke program latihan? Itu pandangan yang masih sempit. Sepatutnya kamu semua berusaha mencari pasangan yang akan menanam jiwa kehambaan dalam diri kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah,” mereka semua terlopong mendengar penerangan saya.
Pasangan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah, bukan sahaja akan menjadi pendorong kepada kita untuk aktif berjuang bahkan akan sentiasa memberikan peringatan kepada kita tentang kedahsyatan akhirat dan sentiasa menyiram hati kita dengan air keimanan.
Saya menegaskan sekali lagi di dalam kelas, “Bagaimana hati seseorang itu akan bercahaya sedangkan duna masih melekat dalam hati mereka.”
5 Cadangan/Pandangan:
Salam,
Saya pun kurang faham maksud ustaz tentang duia masih melekat tu... mungkin ustaz boleh huraikan lagi agar lebih jelas. syukran
salam..sy memg terkesan dgn ulasan ustaz semalam.byk perkara yg selalu dianggap remah sdgkan perkara itu yang sepatutnya diketahui as pendorong kita dlm hidup ini.syukran jaziilan..
salam ustaz, berderap darah terasa dihati apabila baca entri ustaz.alhamdulilah, Allah mendatangkan teguran kpd ana melalii blog ini.tetapi ana kurang jelas dengan point mencari pasangan sefikrah masih dianggap sempit.utk para daie, adakah dengan cara mencari pasangan sefikrah, lebih mudah untuk tidak terpesong/futur dalam kerja2 dakwah dsb?memang benar mencari pasangan yang dapat mendekatkan diri dengan Allah lebih baik.tetapi tidakkah lebih mudah untuk syaitan memperdaya kita apabila seronoknya 'berumah tangga' atau berehat bersama keluarga apabila pasangan bukan sefikrah? ataukah maksud ustaz pasangan yang dapat mendekatkan diri kepada akhirat itu adalah subset(segolongan) daripada pasangan sefikrah? harap diperjelasi
smoga Allah merahmati dirimu..maaf zahir batin jika ada salah silap.aqil mubashshir nuruddin b baharudin
ustaz...mcm mane nk buang kotoron yg melekat kt hati kite tu??
Catat Ulasan