Jumaat, 11 September 2009

FATHIYAH IV


Teringat saya pesan abah dulu-dulu. Sampai sekarang ia masih terngiang-ngiang dan saya mengharapkan agar pesan abah itu menjadi sumber pahala yang berterusan kepadanya.

Kata Abah, di saat-saat saya bakal menduduki SPM, “Doakan agar hati kita terang untuk menerima ilmu, bukannya doa kejayaan begitu sahaja.” Pesan abah itu luas maknanya. Makna pesan abah adalah, ilmu bukan sekadar untuk dicurahkan ke dalam kertas peperiksaan tetapi adalah sebagai penghias amal kehidupan.

Pesan abah itu, sampai sekarang masih melekat dalam hati. Seperti api, ia terus marak membakar dan seolah-olah tidak akan padam.

“Papa, tok abah dulu garang tak?” Fathiyah bertanya. “Sayang, tok abah tak garang. Tok abah baik. Tok abah yang suruh papa hafal Quran. Tok abah yang nasihat papa agar jadi anak yang soleh. Tok abah yang nasihatkan papa agar jadi pemimpin masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan,” terang saya.



“Papa, along nak tanya papa satu benda, tapi papa janji papa jangan marah along,” ada saja anak sulung saya yang nakal. Entahla bagaimana pula bila Faqih besar kelak. Pasti banyak mulut macam kakak dia. Sekarang pun saya dan isteri sudah tidak larat melayan karenahnya yang macam-macam.

“Kenapa papa pilih mama?” terkejut saya mendengar soalan itu. Namun cepat-cepat saya sembunyikan riak wajah saya yang berubah. Saya perlu menjaga hati anak kesayangan saya ini. “Pada along, mama macam mana?” saya sengaja bertanya balik.

“Mama baik papa. Mama selalu pesan kat along, along along, kalau along nak masuk syurga, along mesti sayang Allah, sayang nabi, sayang mama dan papa,” kata Fathiyah sambil mengajuk cara isteri saya bercakap. Pecah ketawa saya. Fathiyah turut ketawa.

“Lagi, apa lagi mama bilang?” tanya saya lagi. « Erm, mama kata, mamay sayang sangat dengan papa. Sebab, papa yang banyak menanam rasa cintakan akhirat dalam diri mama. Mama kata, mama sayang papa bukan sebab papa orang yang ada nama. Tapi mama sayang papa sebab papa selalu curah ilmu dan ajak mama ingat akhirat,” sayu saya mendengar ulah anak kecil itu.

Saya mencubit pipi Fathiyah. “Along, hidup kat dunia ni tak lama. Along, mama, Faqih, adalah harta papa untuk bertemu Allah kelak. Masa papa pilih mama dulu, mama bagitau yang papa hanya tiket ke syurga. Mama pilih papa dengan harapan papa membimbing ke syurga. Along nak masuk syurga?”

“Nak nak, mestilah along nak masuk syurga papa. Dalam syurga along nak main Barbie. Auntie Aisyah kan suka main Barbie dengan Nabi Muhammad papa?” saya tersenyum mendengar ulahnya.

“Along nak masuk syurga sebab along nak tengok muka Nabi Muhammad. Along nak minta coklat dengannya. Along nak bagitau, Pakcik pakcik, papa tak bagi along makan coklat. Pakcik marah papa pakcik,hihi,” haha, ketawa kami dengan lelucon budak seusia empat tahun itu. macam-macam karenahnya.

“Papa, mama bilang, bau neraka busuk. Penghuni neraka tak dibenarkan mandi. Takde syampoo, takde sabun, takde Barbie. Along taknak masuk neraka. Along nak mandi kat syurga. Papa, kat syurga ada pantai tak?” saya mengangguk-angguk sahaja. Geli hati saya dengan anak yang sebesar itu.

“Ha, papa tak jawab lagi soalan along,” alamak, budak ni masih ingat lagi soalannya. Saya menarik nafas panjang. “Ala, along tidur dulu ye. Nanti esok-esokla papa cerita,” saya berhelah. Fathiyah mula menarik muka masam. “Papa ni,” panjang je muncung mulutnya. Saya tergelak. Bertuah betul budak ni.

« Ha, jangan lupa baca tasbih Auntie Fatimah, » pesan saya sambil menyelimutkan Fathiyah. Saya perlu menyambung pembacaan saya tentang kitab Fathul Bari karya Ibnu Rajab al-Hanbali. sengaja saya ingin mencari titik persamaan dan perbezaan antara metodologi Ibnu Rajab al-Hanbali dan Ibnu Hajar al-Asqalani dalam mensyarahkan Sahih al-Bukhari.

Fathiyah menyalami tangan saya dan mengucupnya, seraya saya mencium pipi dan dahinya. Dalam dahi saya mendoakannya agar benar-benar menjadi hamba sebagaimana Maryam yang memasrahkan hidup untuk berbakti kepada Allah.

Saya mendengar sayup-sayup anak saya itu membaca tasbih Fatimah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar.

Saya ke ruang tamu. Isteri saya masih menelaah buku dan menghafal beberapa keratan hadis. “Belum mengantuk lagi ke sayang?” saya bertanya. Jarang saya memanggilnya begitu. Kadang-kadang saja, untuk mengambil hati dan mencuri perhatian. Kuikui. Biasanya saya hanya memanggil nama.

“Belum bang. saya merenung ayat dalam surah al-Rahman. Mengapa Allah mendahulukan ayat kedua berbanding ayat ketiga. Mengapa mesti Allah menyebut, “Yang mengajarkan al-Quran” terlebih dahulu daripada “Yang menciptakan manusia”. Logiknya, mestilah menciptakan manusia dulu kan?” saya merapatinya. Saya berasa bangga sekali memiliki isteri yang begitu rajin merenung kebesaran Allah.

Setiap kali kami dalam perjalanan jauh, pasti kami menghabiskan masa dengan berbincang tentang ilmu, dakwah, tarbiah, suasana politik dan keadaan umat Islam masa sekarang. Beliau ternyata seorang isteri yang cekal dan tabah.

Isteri saya bukanlah orang yang terbaik. Namun ia adalah orang yang paling berkenan dalam hati saya. Dan saya dapat rasakan isteri saya orang yang paling sesuai dengan saya. Teringat balik saya dengan persoalan Fathiyah tadi.

“Fathiyah, along tak tau bahawa mama along ni seorang muslimah yang sangat istimewa dalam hati papa. Bersama mama, papa berasa iman papa sentiaa meningkat. Itulah keistimewaan mama kamu, anakku,” bisik saya dalam hati sambil menarik hidung telinga isteri saya.

“Adoi, abang ni memang nak kena,” laung isteri saya dan saya mula melarikan diri sambil tergelak ketawa.



11 Cadangan/Pandangan:

ad_din on 11 September 2009 pada 9:24 PTG berkata...

kikk bgus laa cerpen ustaz...teringin skali sy nak mendidik ank mcm cara ustz didik ank2.allahmdulillah harap adik fathiyah jd org yg snggup berjuang dlm islam seumur hidup nya...ust doa kan sy biar dpt dipertmukan jodoh yg muslimah yg sejati fi sabilillah...amin

NHB on 11 September 2009 pada 9:46 PTG berkata...

sayang - sayang tu kana la lebihkn ustz, barulah nampak romantik gitu. tak caya ustz baca buku 'pemilik cintaku' karya fatimah syarha noordin.

apa la ustz nie segan2 pulak, hehehehe

p/s : Saya masih mnanti episod yg seterusnya...

mrs cikgu on 12 September 2009 pada 3:21 PG berkata...

penulisan yang menarik, teruskan karya ust...

Ir Mohd Dzulhuzmi Nasruddin on 27 September 2009 pada 6:16 PG berkata...

Assalamualaikum....

Ana mungkin terlewat mengikuti cerpen yang Utz tulis...bagi saya,mmg berbakat. Bakat yang ada jgn didiamkan. Utz mungkin boleh membantu jiwa remaja yang ketandusan pengurusan cinta. Utz boleh boleh menulis dibawah mana-mana penerbit buku. Berminat? Hubungi Saya Mohd Dzulhuzmi Bin Nasruddin ;013-7976501 atau zul_mujahid@yahoo.com.
Saya menunggu episod seterusnya...

ogy on 5 Oktober 2009 pada 9:11 PTG berkata...

salam..saya roziyah, editor dari synergymate sdn. bhd ingin mempelawa tuan untuk menghasilkan novel untuk diterbitkan syarikat. saya berharap dapat maklum balas dr tuan dan akan ada perbincangan lanjut lagi selepas ini. segala maklum balas boleh emailkan kpd damya_ogy@yahoo.com.my

atau terus hubungi saya di:
synergymate sdn.bhd
5A, jalan 1/5, seksyen 1,
bandar teknology kajang,
43500 semenyih selangor.
tel: 03-87235830
faks: 03-87235734

fatin nasibah on 7 Oktober 2009 pada 9:43 PTG berkata...

ustaz..ustaz..
wt cite mcm org dah kawen je..

Tanpa Nama berkata...

ustaz..sy nantikan episod seterusnya..terharu sy membaca cerpen ustaz ni..sy doakn ustaz dpt istri yg solehah..cerita ni meninggalkn kesan yg amt dlm di hati sy,sbp tergmbr ciri2 seorg suami yg mnjd idaman..

sahabat keresahan on 14 Oktober 2009 pada 8:15 PTG berkata...

salam ustz...
crita nie bgs, nk tny berpa soalan pd ustz n shbt2,1)mnusia dcpta sbg khalifah n jg pmimpn, mgpa ironi mnusia biasa, srg mlhat y bkl jd pmimpin org yg hbt bkata2, bnyk mcrhkn idea, tp krja d blkg tabir xthu sgt? bla ana tny pd shbt2, mrk pn kelu nk bg reason y mnasbah...2)bla ana bce bhn2 ilmiah, kbnykkn ia bkait rpt dng dunia kita n dri sndri, tp bla org tny pd ana tntg ssuatu, ana xblh nk bg pnrngn, ia juz utk kfhmn ana, & org lain manggap dri nie xpduli pd dnia luar, da pndpt x? 3) adkh mnusia y btnya bnyak soaln y dianggp "bodoh"@ y bmain nga "ilusi" di ktakn mnuasia y nk org lain mmahaminya n sntiasa mnkan org bwhn wt krja...trs trg ana ktakn, ana lbh ska mggunkn bhsa kiasn dlm stiap bcra...syukran ats respon ustz & shbt2, wslm

sahabat keresahan on 14 Oktober 2009 pada 8:16 PTG berkata...

salam...asif tclap taip (crita nie mrujuk kpd cerpen ustz)

Pn Siti Fatimah Idris on 15 Oktober 2009 pada 11:22 PTG berkata...

ooo bru tau tasbih fatimah tu...romantiknyer..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum..
kita semua mengimpikan kebahagiaan dunia dan akhirat daripada pembinaan rumah tangga. Ubahlah diri kita dahulu ke arah yang lebih baik sekiranya mengharapkan pasangan yang terbaik.. Mulakan dari sekarang, jgn hanya berangan2..

Sahabat semua, jadikanlah syaitan2 itu musuh kamu yang sebenarnya, perangi mereka sekuat upaya kamu. Pabila Syaitan dan Nafsu bergabung, maka rosak dan hancurlah semuanya..

Marilah sama-sama saling menasihati..

Archive

Zaharuddin.Net

Followers

 

AKU HANYA PENULIS (013-2968703). Copyright 2008 All Rights Reserved DZULKHAIRI BIN KAMARIAH by GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA Converted into Blogger Template by ILHAM CENTRE