Apabila kita melaksanakan program tarbiah, maka sasaran kita sebenarnya ada dua. Sasaran pertama adalah peserta dan sasaran kedua adalah panitia pelaksana program. Saya dalam ruangan yang sempit ini cuba menjelaskan beberapa perkara yang perlu diambil berat oleh semua penggerak tarbiah.
Pertama
Pengarah program mesti dipilih daripada kalangan orang yang paling berkeinginan dalam bidang tarbiah. Tidak boleh diambil pengarah yang hanya bijak mengurus tetapi tidak mempunyai keinginan yang tinggi dalam tarbiah. Perubahan memperuntukkan dua aspek kekuatan iaitu kekuatan fikiran serta perancangan dan kekuatan keinginan serta keazaman.
Pengarah program mesti dibekalkan ilmu dan maklumat yang serba lengkap khususnya untuk menjayakan program tersebut.
Pengarah mesti seorang yang mempunyai semangat untuk mengenali semua peserta dan tingkah laku mereka sekurang-kurangnya secara asas. Jika perlu, dihafal semua nama peserta dan mengetahui kekuatan yang mereka boleh curahkan untuk perjuangan Islam.
Pengarah mesti orang yang berkeupayaan untuk memastikan peserta sentiasa berada dalam kondisi yang terbaik sama ada dari sudut mental, fizikal, keupayaan rohani dan kemampuan merancang.
Pengarah mesti terdiri daripada orang yang boleh mengawal AJK Program sekaligus merupakan orang yang paling berpengaruh kalangan mereka. Dengan itu, pengarah akan mampu untuk mengawal dan mengemudi semua AJK ke arah mencapai matlamat dan wawasan bersama-sama.
Pengarah sebolehnya orang yang mampu mengimamkan solat dan membimbing rohani peserta dan AJK. Tidak mungkin seorang pengarah terdiri daripada orang yang hanya pandai mengurus tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk membimbing rohani peserta.
Pengarah mesti seorang yang bijak membaca suasana dan mampu memberikan keputusan dalam keadaan terdesak tanpa memerlukan mesyuarat. Bahkan pengarah mesti bijak memastkan program sentiasa terkawal dan berkembang dengan pantas.
Pengarah bertugas untuk memastikan semua AJK bergerak dalam adunan masing-masing dan memastikan tiada AJK yang berat dan curi tulang.
Pengarah mesti pandai mengawal suasana program sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti terdapat peserta yang memberontak.
Pengarah mesti dibekalkan dengan sebuah buku atau planner khusus untuk progrm bagi memastikan kelancaran dan kelicinan.
(akan bersambung kelak)
5 Cadangan/Pandangan:
Salam...
Penulisan yang bagus..
Ini boleh dijadiakn panduan yang berguna dan boleh diaplikasikan
saalam.nice article..mgkn boleh dibukukan panduan utk buat prgm..
salam...
masalahnya, realiti yg berlaku pd hari ini, kita buat prog syok sendiri... Konon nak mentarbiyah orang, tp ajk pelaksana belum bersedia utk ditarbiyah...
Ironinya, bila pengarah dan AJK tertinggi dibuai mslh hati & perasaan, maka segala usul tentang penambahbaikan prog, tdk menjadi gara2 si muslimin tdk sampai hati utk menegur kesalahan muslimat suri hatinya *sedikit meluat*...
Kita sedar bahawa setiap maksiat yg kita buat, Allah akan byr cash, tp masalahnya bila Allah timpakan bencana, kita selalu anggap ia sbg ujian bg org2 beriman, xpernah nak ambil sbg teguran atau peringatan...
*Masih jauhla kemenangan ISlam andai begini caranya....*
salam..
u wrote diz in the nick of time..
we all here in college really need diz advice since we r pioneer in coordinating tarbiyah proggme..
nice to cont. reading..-ucsi univ.
terima kasih..moga usaha anta diberkati allah..ana da lama cari benda cam ni...nota2 dulu ana nye hilang kot..hehe..sama2 kita hadapi dugaan universiti yee
Catat Ulasan